Workaholic


A workaholic, is a person who is addicted to work (the correct medico-legal term is "ergomania")...sources: Wikipedia

gambar di atas bukan gambaran aku semasa di office



Erm..menarik. Word addicted tu yang membuatkan "workaholic" tu sesuatu yang menggerunkan. Tapi istilah medic cam biasa, perkataannya selalu 'menggulungkan' lidah aku untuk menyebutnya. Doktor yg membaca blog aku ni, sila ulas sikit. (aku tau ada doktor yg baca blog aku ni...hehe).



Kenapa aku tiba2 citer pasal workaholic ni? sebabnya aku rasa aku telah memaksa relakan diri aku ni menjadi workaholic sepanjang minggu lepas (dan mungkin jugak minggu yang mendatang). Terpaksa memaksa diri jadi workaholic kerana banyak sangat kerja yang perlu di'settle'kan dalam jangka masa yang pendek. Terkejar sana, terkejar sini.


Beginila kerja, terikat dengan dateline. Kadang-kadang kita terpaksa menjadikan diri kita workaholic. sebabnya, kalo kita tak buat camtu..alamak sampai bila pun kerja tak siap. Kalo kerja tak siap, sape susah,,kita jugak yang susah. dari sekecil-kecil peluru sampai la kepada bom atom kita diserang oleh bos. haha..Apapun, sebenarnya it is about responsibility. kerja dan tugas membuatkan kita lebih bertanggungjawab. Bertanggungjawab kepada amanah yang diberikan (cewahh!!).



Kalau diikutkan, minggu lepas sangat busy sehinggakan 3 hari cuti, terpaksa dikorbankan sedikit untuk buat kerja. Tension tu perkara biasa. Normal. semua orang yang bekerja aku yakin mengalami ke'tension'an. Bahkan orang yang tak kerja aku rasa lagi tension. kan?? Masa student dulu tension bila nak sipakan assignment.Cuma level tension tu yang berbeza. Bagi aku setakat ni, Alhamdulillah aku boleh lagi manage.



p/s: Kenapa aku rasa aku belum btol2 busy tahap maksimum??

nostalgia

Petang tadi tengah kebosanan, sempat aku buka web youtube. Tengah duk surf web tu, aku tertarik dengan iklan-iklan lama yg di'upload'kan kat situ. Waa..tergelak jugak la..mengingat kembali kenangan kecik-kecik dulu. Kalo nak banding jauh bezanya iklan dulu dgn sekarang. Pelakon-pelakon iklan dulu pun dh jadi veteran sekarang.

Dalam banyak2 iklan tu aku tertarik dengan iklan sabun Trojan ni. Iklan tahun 1992..masa tu aku masih di tadika. memang ingat lagi...sungguh nostalgia. Aku uploadkan iklan tu kat sini..mungkin juga boleh mendatangkan kenangan lama untuk rakan-rakan pembaca..




Menarik kan???

p/s: masa yg lepas tidak boleh diundur..tapi nostalgia tetap dalam ingatan

Selamat Tahun Baru

Selamat menyambut tahun baru 1431H..Semoga dengan kedatangan tahun baru ini memberi semangat untuk kita terus beristiqamah dan berusaha untuk meningkatkan keimanan. Semoga azam kita tahun ini dimakbulkan Allah.

salam tahun baru 1431H untuk semua

Marilah kita sama-sama berhijrah. Berhijrah dari keburukan kepada kebaikan, daripada kejahilan kepada berilmu, dari mazmumah kepada mahmudah..berhijrah la kerana Allah. InsyaAllah akan selamat.

peringatan untuk aku dan juga pembaca; ingatlah..kita semakin hampir dengan tarikh kematian kita ('',)

Interview Kali Ini

Hari ni, pukul 11 pagi aku ada interview kat Bandar Baru Bangi (BBB) untuk satu kontraktor kompeni Oil and Gas. Lebih kurang pukul 9.45 pagi aku bertolak naik kapcai aku ikut lebuh raya KL -Seremban. Sampai seksyen 10, BBB aku terpaksa pusing dua tiga kali mencari lorong/jalan yang dimaksudkan. Pkul 10.30am baru la jumpa kompeni tu.."alamak, keciknya .Signboard pun tak nampak sangat",itulah first impression aku. Tekak dah kering, jam baru pukul 1030am so aku ke Shell layan ice lemon tea dulu.

Pastu terus gerak ke kompeni tu. Ada sepuluh minit lagi. Aku lepak kat moto dulu.Tiba-tiba sorang akak keluar dari opis tu tnya aku datang untuk interview ke dan dapat meneka nama aku dengan betul. Rupanya diorang menunggu aku. hehe.Macam biasa, akak tu bagi borang suruh isi, tak sempat aku abis isi borang tu, akak tu panggil kata bos nak jumpa sekarang. Tak siap isi pun tak pe lah dia cakap. Ok.Akak tu bawak aku masuk bilik Managing Director (MD).

Macam biasalah bagi salam dulu. Dengan sopan aku duduk.ehehe.

"nak minum?nak air apa? kopi?"dia tnya..

"owhh, tak pe la, baru sudah minum" aku cuba menafikan niat aku yang ingin merasa kopi free.
pastu dia call receptionist,'tolong bawak air masak untuk our guest'..haha..air masak dia bagi aku.

Then, bermulalah soalan interview pertama, normal question "about yourself" yang aku rasa tak berapa formal.Cakap pun campur BM ngan BI.Ok la tu..hehe.aku bukan fasih sangat speaking. Sedang tengok resume aku.. dia cakap, "ok, sy nak hire awk, so bila boleh start??"haha...baru tanya satu dua soalan dah nak amik aku??biar betul!!!

still nervous walaupun dah banyak kali interview


"i'm sure with pointer like this you able to do the job"...alamak,ni yang buat aku takut ni. Mesti diorang expect aku giler2 ni.

'but, dapat pointer tinggi, tak semestinya dapat buat keje dengan baik'..aku cuba recover balik..hehe.
Part yg membanggakan bila dia kata dia impress tgk result aku. hehe..Alhamdulillah, CGPA aku ok la jugak. semuanya rezeki Allah. Start dari tu macam-macam dia tanya, ramai tak dapat 3.** above, melayu berapa orang, satu batch berapa orang, amik sukan apa..aku pun menjawablah dengan tenang (tenangla sebab jawab kut BM je).Dalam sesi tu byk dia brief pasal kompeni dan tanya pasal background study aku. Ada gak dia tnya kenapa tak apply schlumberger. Dia kata, lepas 2 3 tahun keje ngan dia nnt, dia akan try rekemen aku untuk keje ngan schlumberger or other operator company.hehe..ada gak camtu ek. betul ke tak aku pun tak tau.

Abis dia bertanya aku, dia open question. so macam-macam jugak la aku tanya..of course yang first aku tnya pasal job scope..(bukan gaji ek). position, travel, project and etc.Mungkin dia tggu aku tnya pasal gaji, tapi aku hold dulu.hehe..aku tnya lebih kepada kerja. Last-last skali dia tnya aku "salary, how much do you expected??"hehe..

'ermmm..i wrote in my resume RM 2***'..aku cuba memberi jwpan yang tergantung.

'oh, no problem...we can can pay'.
sebenarnya gaji yang aku letak tak lah tinggi sangat pun, sama je ngan gaji aku sekarang. lagipun aku still consider aku as a fresh graduate. ada jugak dia tnya pasal keje aku sekarang. So aku cerita la mana yang patut. sesi aku interview dengan dia selesai bila dia terpksa keluar untuk satu urusan. penamat kepada sesi interview tu dia tnya samada aku boleh start keje esok??atau nak balik fikir dulu sebelum decide nak terima atau tak. of course aku pilih second choice..apa2 pun fikir dulu.

gaji bukan penentu kerja bagus atau tak...


Dia serahkan aku pulak kepada seorg 'head' yang boleh dikatakan menguruskan pasal HR ni. Kali ni bukan interview, tapi just dia briefing pasal benefit, salary, working environment yang dia kata byk keje (ehehe) dan macam2 lagi la. aku kuar opis tu dalam pukul 1230..lama gak aku berinterview.hehe..

sekarang ni, problemnya..aku nak terima atau tak. Kalo terima macam mana dengan kompeni yang aku keje sekrang. kenalah jaga hati bos jugak, takkan nak blah camtu je..tapi kalo aku stay kat kompeni skrg ni..aku rasa tak byk engineering work yang aku blaja. kalo move pulak, i'm sure workload bertambah sbb kompeni ni bertukar management baru, so manpower tak cukup.

pilihan???


p/s: yang peliknya, setiap kali aku interview mesti interviewer tanya..kenapa tak apply PROTON??mentang-mentang la aku pernah intern kat sana..huhu

Persimpangan

Akan ada satu masa dalam kehidupan ini, kita akan berada di persimpangan. Yang pasti masa tu kita perlu membuat keputusan yang boleh memberi manfaat dan hasil pada kita dan orang lain.

pilih jalanmu

Berapa banyak pun lorong di hadapan, kita mesti terus berjalan. Bukan kerana byk lorong kita jadi give up. Semuanya pilihan kita. Setiapnya ada hikmah berbeza.
p/s: ingat masa form 5 dulu, kalo tak silap ada poem 'the road not taken'

Peristiwa Semalam

Pagi-pagi hari cuti camni mmg seronok dan semangat nak tulis post baru. Ohye sebelum tu, Selamat Hari Keputeraan utk Sultan Selangor. Untung duk negeri Selangor ni..dapat cuti hari ni.Tapi disebabkan cuti hari ni, semalam merupakan hari yang kelam kabut. kerja datang last minute.nak tak nak terpaksa lah aku ngan sorang lagi colleague aku balik pkul 8.30mlm (rekod terkini 12.00mlm). Kerja kena siapkan jugak sbb esoknya (hari ni) client dah mintak,,maklumlah diorang (client) opis kat KL. Tak cuti (selamat bekerja orang KL...).

Balik rumah mmg penat ditambah pulak dengan tanda-tanda demam akan menyerang. Lapar pulak tu..Bila sampai rumah mmg dah malas nak kuar lagi cari mkn. nasib baik ada roti, boleh gak alas perut.
Piture ni tiada kaitan ngan aku..hehe

Semalam gak aku dapat call dari satu kompeni (kontraktor) oil and gas (nama kompeni nya aku rahsiakan) kat bangi untuk datang interview. Bisnes kompeni ni lebih kepada 'corrosion preventive' utk equipment kat offshore macam riser and etc. Yang aku terkejutnya, aku hantar resume melalui website diorang malam tu, pagi esoknya (semalam) dia call. Tak pernah ada kompeni yang reply cepat camtu..yang langsung xreply ada la.hehe. Mungkin diorang sgt2 nak pakai manpower agaknya..
Dari perbualan aku ngan dia semalam, kalo dapat kemungkinan besar aku akan merasa kerja kat offshore. OFFSHORE!!!!! (tiru skill jeritan seseorg).Tapi tak tau lagi la dapat ke tak, interview pun belum lagi. kalo dapat pun aku fikir 2 kali (bahkan lebih dari 2 kali) untk terima offer tu ataupun tak. Rasa dah ok keje kat kompeni sekarang (dari segi gaji, environment, jarak..etc) walaupun sekarang ni tak de sangat kerja yang relate dengan scope kerja aku.

Apapun..tengok la camne nnt.
p/s: lain kompeni yang diminta..lain yang dapat. Cubala dapat MMC ke, RNZ ke, Technip ke..hehe.

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha untuk semua umat Islam amnya dan pembaca "perjalanan kehidupan" ini khasnya. Hari raya aidil adha dipanggil juga hari raya haji ataupun hari raya korban.Kita disunatkan untuk berkorban binatang ternakan seperti kibas, kambing, lembu, kerbau atau unta sebagai ibadat kepada Allah pada hari raya aidil adha iaitu 10 zulhijjah dan juga hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 zulhijjah).

Selamat menunaikan ibadat korban bagi yang mampu..

* tahun ni sampai pagi raya..syahdunya...

Khutbah Jumaat: Penyakit Hati

Hari ni mari kita sama-sama berkongsi sedikit sebanyak pasal khutbah Jumaat yang aku dengar hari ni kat Masjid TTDI Shah Alam. Tajuk khutbah hari ni, adalah penyakit hati. Hati ini boleh ditafsirkan kepada dua iaitu hati jasmani dan rohani. Hati jasmani ni adalah segumpal darah yang terletak sebelah kiri bahagian badan manusia, manakala hati rohani adalah jiwa kita yang tidak boleh dilihat.

Kedua-dua hati ini adalah berkait rapat. Hati rohani atau jiwa lah yang memandu diri kita samaada melakukan kebaikan ataupun keburukan. Penyakit hati ni banyak seperti hasad dengki, iri hati, dan banyak lagi la yang aku rasa semua orang pun tahu. Cara untuk mencegah penyakit hati ini adalah dengan mengelakkan diri daripada sifat-sifat mazmumah dan memperbanyakan sifat-sifat mahmudah serta banyak-banyak mengingati ALLAH. Bukankah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang??

Kadang-kadang sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari mengalami kegusaran jiwa atau perasaan. Dan bagaimanpula cara untuk merawatnya..Aku amat tertarik dengan Khatib tadi bila dia mempersoalkan soalan ini. Bagaimana nak mencari ketenangan hati? Adakah dengan pergi ke club malam? berkaraoke, menonton filem-filem yang melalaikan?Dan macam-macam cara lagi. Tapi itu semua bukan jawapan dan cara untuk mendapat ketenangan hati..Hanya satu pokok pangkalnya adalah dengan mengingati Allah atau zikrullah.

Zikrullah tidak memerlukan masa dan tempat yang tertentu..boleh dilakukan di mana-mana dan dalam apa jua keadaan sekalipun, samaada tengah duduk, berdiri, berbaring, melakukan kerja ataupun apa sahaja.

Itu sajalah yang dapat aku kongsikan kat sini untuk kali ini. InsyaAllah..semoga apa yang aku postkan kat sini dapat memberi kebaikan kepada rakan-rakan dan memberi peringatan lebih-lebih lagi kepada org yang mengepost entri ni iaitu aku. InsyaAllah...

Jaga hati kita agar sentiasa mengingati Pencipta (sekadar gambar hiasan)

p/s: hati yang sakit tidak mampu diubati dengan keseronokan dunia semata-mata

aku menunggu mu

Erm..sedapnya minum neslo, makan biskut oreo sambil mengadap laptop surf internet. "perjalanan kehidupan" ni jugak la yang menjadi teman aku di kala keseorangan di opis ni. haa...balik lambat lagi. Kali ni aku tunggu test rheology yang aku 'run' pukul 9 pagi tadi siap. Test ni amik masa 680 min untuk siap ataupun bersamaan dengan 11 jam 20 minit..agak-agak dalam pkul 9 mlm nanti baru siap..

Lepas siap test ni, nak kena run sample crude lain plak. Sample ni pun sama amik masa lebih kurang 12 jam jugak nak siap.So aku running pkul 9 mlm ni..9 pagi esok baru siap. Semenjak dua menjak ni..equipment ni tak pernah stop..running je 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk sebulan dua ni..haha..nasib la.

Bila dah duk keseorangan camni..tak de apa yang boleh dibuat. Solat maghrib dah..mengadap laptop je la. surf internet, main FB dan update blog sambil ditemani bunyi kompressor berkuasa 2 hP yang kadang-kadang bila berbunyi boleh mengejutkan aku. haha..

Jam baru pukul 7.30..ada sejam lagi. Apa nak buat ni..keboringan yang amat sangat.HUhu..
Orang kata perkara yang paling menyakitkan adalah menunggu. menunggu toilet yg full? mmg menyakitkan.menunggu member yg lambat dtg bila dah janji..mmg boleh hilang sabar..menunggu jwpan cinta...mmg lama dirasakan (xde kena mengena ngan aku..contoh je). tunggu dapat keja (bagi sesape yg tanam anggur)...rasa mmg dunia xpedulikan kita..hehe..hah, menunggu apa lagi..sekali fikir betul gak..menunggu mmg perit. Sama la cam aku sekrg menuggu test yg xsiap2..memang berasap kepala..tapi apa boleh buat..kerja

Coretan dari,
Flow Assurance & Fluid Engineering Office

'pasar tani'

Setelah agak lama menunggu untuk register sebagai 'graduate engineer' dengan Lembaga Jurutera Malaysia @BEM, hari ni baru lah berkesempatan. Itu pun mujur sebab bos aku nak apply untuk profesional engineer, jadi aku tumpang la sekaki. Kalau tak..tak tau la bila boleh apply untuk jadi graduate engineer ni.

Resit rasmi bayaran proses

>>>>>BEM<<<<
Ok..berbalik kepada cerita hari ni, kami bertolak seawal pukul 9 pagi ke KL untuk dapat cop dan 'sign' Ir. dari salah sorang bos sister company..dah tu, kitaorg terus bergerak ke BEM yg "bertapak" di Kompleks Kerja Raya Malaysia. Kalau bagi sesape yang tak tau..(cam aku), Kompleks Kerja Raya Malaysia ni terletak di Jalan Sultan Salahuddin..dekat dengan Bank Negara.. Kat area tu ada kementerian kesihatan dan kementerian kerja raya.

Masuk je area tu, jalan sedikit sesak..orang ramai.Aku terfikir gak..ada apa ni??rupa-rupanya ada cam pasar tani kat situ. Semua ada, dari yang menjual makanan, ulam-ulam sampaila kain baju pun ada. Masa kami sampai tu lebih kurang pukul 12 tengah hari. Orang memang ramai..dan aku yakin..90% adalah kakitangan kerajaan yang bekerja kat situ..Errk,,,pukul 12 tgh hari dah waktu rehat ke???tak kira lelaki atau pempuan..ada yang dah beli makanan, air, belek-belek kain baju yang dijual...dan ada jugak yang beli sayur-sayur..(agaknya pagi tadi tak sempat g pasar kot).

Tapi aku tak boleh nak serkap jarang, mungkin hari tertentu ofis kerajaan ni bagi rehat awal..tu aku tak sure la. (sesape tahu tolong info kan)..Yang aku boleh gambarkan, suasana kat situ tak lebih dari keadaan pasar tani hari minggu yang sibuk!!!Ermm..dalam pada tu..selepas duk siapkan dokumen-dokumen untuk application ni..aku pun menapak la ke bangunan kompleks Kerja raya Malaysia tu. Kalau nak tau, ofis BEM ni duk kat tingkat paling atas bangunan tu..tingkat 17. Nak apply tu kena bayar RM50 utk pemprosessan...(wang pos @cek sahaja!!).

Dah orang BEM semak semua,resit pun dah dapat aku turun balik..dan balik la opis.,Ohye on the way balik opis..kebetulan perut dah lapar..singgah jap kat damansara..kita pekena nasi kat kedai mamak dulu..apa nama kedai tu ek..(yang pasti ada perkataan "kayu") aku pun dah lupa..tapi yang pasti memang best!!

P/s: esok balik pkul 9 malam..nak kena 'run' test yang amik masa 12-15 jam untuk siap..adoi..

hari mendatang semakin busy

Hari-hari yang mendatang sebagai engineer dirasakan semakin busy. Banyak projek yang masuk.Bagus..tapi semua nak cepat. Semua terkejar-kejar.Kejar di sana, di sini yang tercicir. No wonder akhir-akhir ni, aku balik lambat dari hari biasa. Ini lah baru dikatakan engineer yang sebenar..(nak pujuk hati..hehe).

Kerja sebagai engineer kat consultancy company macam ni lah. Hari-hari jumpa dengan klient..macam-macam kerenah. Semua projek kejar dateline..Kerja dengan klient ni kalau tak kena marah tak sah. Lebih-lebih lagi kalau klient tu 'orang kulit putih'. Mungkin di rasa mereka tu hebat sangat kot..tapi hakikatnya tak la sehebat mana pun. Tapi ini lah kelebihan kerja kat consultancy kompeni ni. Macam-macam kerenah manusia kita jumpa..ada yang macam tu..ada yang macam ni.Dari setiap kerenah tu pulak banyak yang kita boleh belajar.sama ada dari segi kerja ataupun softskill.

P/s; untuk aku dan jugak fresh graduate yang diluar sana yang merasakan kerja makin teruk dengarkan nasihat aku ni..
Masa fresh ni..belajar banyak-banyak. Penat sikit pun takpe.asalkan dapat banyak experience.baru senang nak naik atau nak move nanti.

Mengharap Cinta Sejati Mendamba Kasih Ilahi

Meh, pakat layan lagu ni..Lagu ni dah lama dah..tapi cukup memberi makna. Lebih menusuk hati bila dengar lagu ni sorang-sorang time sunyi.Semoga dengan kemerduan dan maksud mendalam yang ada pada lirik kedua-dua lagu ini memberi kita keinsafan..aminnnn

Haikal...Epilog Silam




Haikal--Mentari Hidup

Memblog dari Opis.

Jam kat komputer sekarang dah pukul 6.27pm..tapi aku masih lagi kat opis..erggghh..masih menunggu pipeline restart test yang masih belum siap. Kat opis ni dah sunyi, nasib baik ada sorang supplier yang sedang buat maintenance equipment..ermm bos pun rasanya masih ada kat bilik dia.

Haii balik lambat la pulak hari ni.Bila la test ni nak siap agaknya??Dah bosan-bosan camni, blog la jadi mangsa luah perasaan..haha..Nak buat camne, bosan ke tak bosan ke..kerja kena la kerja..Lagipun nak buat test ni dah prepare 2 hari..lama tu..

Apapun kerja la buat kita bertanggungjawab, pada diri sendiri dan juga pada amanah yang diberi. hehe...

Memblog dari,
Flow Assurance & Fluid Engineering Office.

Pangsun Picnic

Dah lama tak pergi picnic..hujung minggu yang senggang ditambah pulak dengan kejayaan menyiapkan slide presentation lebih awal, membuatkan aku terus bersetuju nak ikut geng pergi picnic. Kali ni lokasi kitaorg di lembah Pangsun..

Konvoi 'beramai-ramai' seramai 4 orang yang terdiri daripada La, Dehe, Semi dan aku sendiri bertolak dari rumah kitaorg lebih kurang pukul 10 pagi. Sampai kat Hulu Langat, kitaorg berhenti kejap kat sebuah warung, pekena milo ais dan roti kosong sementara menunggu sorg lagi member, Mat Nor. Bila mat nor dah sampai kitaorg terus gerak ke destinasi yang dituju..

Sampai je, orang tak ramai lagi..tempat pun cam kecik je...(ke kami salah tempat)..ahhhh, lantak la,,janji boleh mandi. Lepas pilih port yang sesuai..apa lagi mula la hidupkan api..nak bakar daging burger dan hot dog...Perut yang lapar diisi dulu dengan burger. Best,,,nyam2..

hidupkan api dulu..

mari kita masak-masak..hehe


Makanan pun dah abis..so apa lagi mandi la...Tapi tak best sangat sebab tempat tu agak berbatu. Bahaya..silap2 hari bulan masuk hospital..hehe..tapi Alhamdulillah semua ok..Erm rasa dah lama tak diurut dengan air sungai yang mengalir laju..best..

air yang sejuk dan nyaman...

yahoo!!!!

aksi tarzan

Presentation dan Bola

Baru saja abis buat slide presentation untuk progress meeting Isnin nanti dengan Petronas Carigali, tetiba plak teringin nak menulis sesuatu kat blog ni..Masa tengah buat slide presentation mata ini bukan main lagi, asyik nak pejam je..tapi nasib baik sambil buat slide presentation mata melilau kat TV tengok bola, Terengganu Vs Selangor untuk Piala Malaysia.

Hah, ini aku nak komen sikit pasal bola kat Malaysia ni.aku rasa tahap permainan player kita masih tahap yang sangat rendah. aku bukannya pandai main bola pun, tapi kalau tengok cara player tempatan main boleh sakit mata..passing bola tak sampai, control bola lagi la..hancur.salah sape?player yg kurang skill atau pun persatuan? Ohye, lupa plak sebelum tu tahniah la untuk Terengganu berjaya layak ke separuh akhir menentang N. Sembilan nnt.

Ok...tinggalkan paasal bola..sekarang citer pasal kerja plak..bila siap slide presentation ni,,terasa terlepas beban kejap..kejap je..Isnin ni kena present pulak. Slide yang siap ni pun belum tentu bos puas hati lagi..dalam kemalasan terpaksa aku buat slide presentation ni sampai habis. Tak boleh tunggu esok..pasalnya..esok housemate aku ajak pergi berkelah pagi2..balik confirm dah penat..malam pulak mestilah tak de masa..semestinya ke "Jamal" atau "Shahabudin" tengok match Liverpool Vs Man United. ha,,,mesti best match ni nanti. Harap2 la...

Jadi nak tak nak, kerja mesti siap malam ni jugak..dan yessssss..aku berjaya siapkan! Ini lah kerja, betul2 terikat dengan due date. Kalau zaman belajar dulu..tak de nya nak terkejar-kejar siapkan kerja..tapi bila dah keraja ni, semua nak cepat, tepat dan perfect!!

Selama lebih kurang 4 bulan kerja kat kompeni aku sekrang ni..banyak benda yang boleh belajar. pengetahuan dalam bidang yang aku minat iaitu Oil n Gas pun dah ok sikit berbanding dulu. Masa fresh ni la nak timba pengalaman dan belajar banyak2. Walaupun agak kurang field worknya,,tapi kat sini banyak terdedah kepada projek management. Nak handle projek, nak deal ngan client, nak wat presentation, communication skill, wat report, proposal, tender dan byk lagi..sekali fikir cam boring tapi dua kali fikir..bagus jugak untuk aku belajar segala-galanya sebelum aku berangkat ke destinasi lain..hehe..

Ermm..apa lagi yer..dah banyak sangat kot menulis ni..jam pun dah pukul 130am..so, nak tutup laptop dan tidur..Waa bestnya tidur..ni bukan mengata kepada org yang suka tidur ek..haha.

Wassalam..

Isnin yang malas

"Hari Isnin yang malas"..itu lah kalimat keramat yang aku tulis kata wall FB aku hari ni..masuk opis..jam baru pukul 8.20am..so sempat lah aku ber'Facebook" sekejap.

Entah kenapa, hari ini terasa sangat malas dan tak bersemangat.Nak bangun pagi pun malas (hari lain pun malas gak..hehehe).Haisshh..nak start wat keje pun tak ada semangat.Tapi aku baik lagi..tak de semangat pun still buat kerja..tak de la sampai tahap nak ponteng atau mintak MC..Hari ini sebelah paginya, aku update kan file projek Petronas Carigali dan Petrofac. Projek untuk PC ini dah nak abis.Alhamdulillah,,akhirnya..tapi kerjanya masih banyak..reportnya yang mungkin beratus-ratus muka surat belum siap lagi..hehe..Project Petrofac ini pulak baru nak mula..belum kickoff lagi..mungkin esok lusa aku akan ke Kemaman untuk ambil Fluid Sample.

Erm..hari pun masih awal..tak sampai waktu lunch lagi..tapi aku rasa cam lambat sangat jam berputar..lambat betul pkul 530 ni..hisssh...camtu la.So aku pun menyibukan lah diri aku ni dalam lab..tengok chemist buat test. Bukan tengok saja, aku pun tolong jugak..tahu la serba sedikit..lebih2 lagi yang menggunakan mekanikal equipment ni

Esok camne? apakah yg berlaku esok???

Rasa Bersalah..

arrrgghhh...mood yang baik tiba2 diganti dengan perasaan bersalah..Alamak.nak kata salah aku..ntah la, aku bukan tau perkara ini akan berlaku. Aku tak expect pun benda ni boleh berlaku.Susah betol bila buat orang marah ni..rasa bersalah dalam diri tetap ada..Mungkin salah aku. Tapi yang jelasnya aku tak bagitahu apa-apa kat sesiapa pun.

Bila jadi camni, baru aku fikir mungkin selama ni aku terlalu 'jahat @nakal' sangat.Selama ni boleh lagi bersabar ngan aku agaknya, tp sampai bila kan? Ermm...tapi tidak terniat pun nak sakitkan atau nak kenakan sesiapa. Semuanya berlaku tanpa aku kehendaki..Aku tahu semua orang tak nak perkara camni berlaku..apatah lagi aku..

Sampai bila la aku akan tetap rasa bersalah ni.hati pun dah tak tenang..nak wat keje pun susah..badan pun rasa penat..walaupun maaf dipinta..namun aku yakin tak semudah itu untuk memaafkan kesalahan orang..hati dah sakit..takkan senang-senang nak maafkan org yg buat hati kita terluka kan. Mungkin jugak rasa dipermain..tapi percaya la..aku xberniat dan tak pernah mempermainkan sesiapa.

Tapi aku harap perkara ni settle la cepat2..Terasa bersalah yang amat sangat.Tak mau la kerana semua ini..hubungan silaturrahim boleh putus.

Perubahan zaman..

Assalamualaikum...

Dah lama perjalanan kehidupan ini tidak diisi dengan entry baru..Apapun, rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca setia Perjalanan Kehidupan ini...

Hari ini, bertambah satu lagi koleksi cermin mata aku..kali ni lebih stylo sikit..tak macam cermin mata sebelum ini yg agak skema dan "comel"..Ok la..masa tu zaman student..sekarang dah keje..tukar la yang "macho" sikit.haha..

Perubahan zaman dan gaya ni dapat dilihat dengan style cermin mata sekarang..nak tergelak pun ada tengok cermin mata aku yang dulu-dulu. Macam tak percaya pula.."aku pakai cermin mata camni ke dulu???" itu la antara ayat-ayat yang keluar dari mulut aku bila tengok cermin mata yang lama..

tapi satu je yang tak best bila buat cermin mata baru ni..rimas nak membiasakan diri dengan cermin yg lebih terang..dan structure spek yang baru..tapi tu kejap je..lama-lama nanti biasa la..


koleksi cermin mata aku
  • yg paling atas tu..paling lawak...zaman sblm masuk U
  • yang tengah..frameless mmg best pakai.ringan..
  • paling bawah..terbaru..OK x???

Nur Kasih dan Ketika Cinta Bertasbih

"sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta ku datangi aku menjadi malu pada keteranganku sendiri,
meskipun lidah ku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang........"



"bila Malaikat Maut datang menjemput terputuslah amalan anak Adam
kecuali ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh..."



p/s: Nur Kasih tengah follow, KCB bila nak tayangkan kat Malaysia ni..hehe

Iftar di Masjid Besi

"Cintakan negara sebahagian daripada Iman".

Alhamdulillah, 31 Ogos (Isnin) kita sekali lagi meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52. Sempena cuti umum kali ini, diri ini bersama housemate (semi n bula) sempat meluangkan masa berbuka puasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Masjid Besi di Putrajaya.

Bukannya apa, sekadar untuk mengubah selera dan melihat sendiri masjid yang dikatakan cantik itu sementara diberi kesempatan.Selepas asar, kami bertolak dan sementara menunggu masuk waktu berbuka kami sempat bergambar di beberapa tempat menarik di Putrajaya.

Atas jambatan 'sembilu' ..(La yang bagi nama jambatan ni)

Berlatar belakangkan Masjid Putra

Kita mesti SEMANGAT !!!(nada ucapan)

Melompat lebih tinggi si anak merdeka..haha

Posing tengah jalan..jgn sampai kena langgar..

Senja Putrajaya

Masjid Besi

Pemandangan putrajaya dari Masjid Besi

Harapan Ramadhan

ni lagu lagi best..enjoy...

Hiburan Ramadhan

Semoga terhibur dan mendatangkan keinsafan..





Kopiah ramadhan



Sempena kedatangan ramadhan kali ini..aku sempat beli kopiah baru. Bukan apa, dah lama tak beli kopiah lagipun kopiah yang sedia ada dah uzur sangat dan kebetulan jumpa yang berkenan di hati. Kopiah ni aku beli kat kedai sebelah masjid TTDI Jaya Shah Alam sebelum solat jumaat lepas.

Inilah kopiah termahal pernah aku beli, sampai RM 40..Tapi tak kisahlah, bukannya selalu yang penting aku suka.

Alhamdulillah...terawikh tahun ni dapat pakai kopiah baru.

Kedatangan yang dinanti

Ia datang lagi. Bulan penuh rahmat dan barakah. Bulan yang penuh pengampunan dan kasih sayang Allah. Syukur..satu perkataan yang wajar diucapkan kerana masuh diberi peluang untuk menikmati Ramadhan tahun ini.

Selamat datang Ramadhan. semoga Ramadhan kali ini betul-betul menjadi bulan pendidik dan tarbiah bagi kita semua untuk terus meningkatkan amalan dan amal ibadat pada bulan-bulan yang seterusnya. Dengan kelebihan dan ganjaran yang berlipat ganda dalam bulan ini, diharap dapat menjadi pemangkin dan semangat untuk kita meningkatkan amalan.

Hargailah Ramadhan ini sebelum ia berlalu pergi..belum tentu kita dapat bertemu dengan Ramadhan selepas ini. Untuk sahabat pembaca sekalian, mari lah kita sama-sama menikmati Ramadhan ini dengan keinsafan. Semoga puasa kita tahun ini dan amal ibadat lain diterima Allah.

Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi



konvokesyen-16 tahun penantian

16 tahun masa yang cukup lama. 16 tahun menunggu saat-saat menerima segulung ijazah. Alhamdulillah, 12 Ogos lalu segalanya tercapai. sejak dari tadika selalu 'disuruh' belajar sampai masuk universiti. syukur atas segala nikmat dan peluang..sedikit gambar yang disnap untuk tatapan bersama..







Durian Party

09 Ogos.."durian party" merupakan annual event parent company aku dan kali ini diadakan di Taman Wetland Putrajaya. Aku tidak ketinggalan untuk join kali ni..Tapi pergi sorang-sorang tak best, so aku ajak housemate aku Bula dan Semi. Pukul 10 kami bertolak..nak cari tempat yang dimaksudkan amatlah memeningkan..nasib baik ada sign board event tersebut. Akhirnya sampai jugak..
Gerai durian sentiasa penuh

Sampai je orang dah ramai..tapi sorang pun aku tak kenal. Maklumlah, bukan kompeni aku je yang datang tapi gak semua anak syarikat under parents company..Acara pertama kitaorang, singgah dulu kat gerai utama. Gerai durian..Balun dulu 2 3 ulas biji durian..haha..

Bestnya durian
Makan-makan
Bula yang pelik, orang makan isi durian dia makan kulit...

Selepas, makan durian kitaorang pergi kat gerai lain plak. Kali ni makan nugget, fries, nasi lemak, cempedak goreng, keropok goreng dan macam-macam lagi..Sungguh membulat perut kami semua dibuatnya..haha..

Tengah makan fries
Semi tengah makan apa ntah ni..

Bula dengan terlebih sopan menggigit nugget

bukan setakat buah durian je, buah lain pun ada seperti buah rambutan, manggis dan duku..Tapi buah ni kitaorang makan sikit je. Tak larat nak sumbat semua. Artis jemputan yang datang kali ni adalah Amylia AF3. Tapi aku tak dengar pun dia menyanyi..bukan minat dia pun.haha..Gerai paling ramai orang adalah gerai ais cendol, sampaikan terpaksa kena beratur nak amik cendol..
Sementara tunggu cendol snap picture dulu


amat berbaloi datang durian party ni..perut kenyang dapat makan free. hehe..
nikmati beberapa pictures yang sempat kami snap..enjoy!!

Tengah santap nasi lemak ngan keropok

Sebelum balik sempat lagi snap picture sebagai kenangan..


akhir kalm..thanks for durian party..esok boleh sembang lagi pasal event ni kat opis.hehe

Convocation Countdown

Hari isnin lepas turn kami engineering student amik jubah konvo..Pagi-pagi lagi dh bangun nak ke bangunan peperisaan nak amik jubah. Yela, nanti kalau dah ramai terpaksa la tunggu lama..

Overall, proses amik jubah ni agak teratur dan tersusun. First check hutang kat kaunter bendahari then baru boleh proceed utk amik jubah. Time nak amik jubah ni lama sikit..dah dapat jubah, apa lagi try la pakai..kot2 besar ke, singkat ke..

Dah semua ok, pegi plak kat kaunter nak amik smart card n kad jemputan..test smart card n isi borang mesej konvo..So settle la, process amik jubah..

Picture kat bawah ni..kitaorg amik lepas selesai amik jubah..
Apis, Fakry, Johan, Matnor, aku (bakal graduan UM 2009/10)
Panorama dari bangunan peperiksaan

Perut pun dah lapar, apa lagi kitaorg pun makan la kat tempat paling special kat UM. Kolej 12..hehe..sambil2 makan, sembang2 la pasal keje, interview keje dan macam2 lagi..teringat plak masa sama2 belajar dulu..lepak sama2.

Selesai makan, balik umah main game FIFA ngan kawan2. Best,,,,,lama tak main game ngan kekawan..

Malaysian Engineer..

Berbanggalah menjadi engineer keluaran Malaysia...

To all engineers out there..gud luck!!

Pesanan untuk seorang sahabat..

Menerima dan memberi cinta bukannlah senang..memberi perlu dengan tanggungjawab, menerima dengan amanah.Baru la lengkap sebuah cinta kehidupan. Dan yang pasti, cinta itu bertunjangkan dan bersandarkan cinta pada Illahi..

Bukan mudah menerima cinta wanita. Bukan mudah memberi cinta kepada wanita. Ingatlah..segalanya memerlukan keikhlasan.Keikhlasan memberi, keikhlasan menerima dan yang paling penting adakah engkau ikhlas memberi dan menerima kerana Illahi?

Wanita yang di kala engkau melihat wajahnya hatimu terasa tenang..Kejernihan wajahnya bisa mendamaikan hatimu yang resah, sopan budi hatinya mententeramkan jiwamu, lembut bicaranya mengentalkan semangatmu dan jika engkau melihatkan dirinya terasa bertambah kecintaanmu kepada Illahi. Itu la wanita untukmu..Ikutlah gerak hatimu, berpandukan syariatNya.

Ingatlah sahabat, wanita itu adalah perhiasan dunia, seindah perhiasan adalah wanita solehah. Berpegang pada janji yang belum pasti adalah sia-sia...biarlah takdir menentukan.Hidup dan mati hanya untuk Allah..


p/s:
1.Entri ini aku tulis khas untuk seorang sahabatku. Semoga dia tabah menghadapi dugaan ini.Ini adalah cubaan untuk dirimu..mungkin juga sebagai titik permulaan bagi kehidupan 'dewasa' mu. InsyaAllah.
2. Entri ini juga sebgai peringatan untuk diriku sendiri..

Ingat!!!!"wanita adalah hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah"

Pak Li Kopitiam

Diri ini baru sahaja pulang dari menziarahi sahabat di UITM..Sudah lama berjanji dengan sahabat aku ini untuk mencuba masakan di Pak Li Kopitiam kat Shah Alam.Hari ini baru ada kesempatan.Itu pun nyaris-nyaris aku "cancel" kan janji itu. Janji jumpa kat UITM pkul 6.15ptg, tapi aku terlajak sehingga pukul 6.45 ptg..dek kerana kelewatan aku meninggalkan ofis kerana last minute meeting..mengenangkan sahabatku ini sudah menunggu, tak elok rasanya "cancel" begitu saja.Nak tak nak, janji mesti ditunaikan..

Alhamdulillah..lebih kurang pukul 7 ptg, kami sampai di Pak Li Kopitiam..Nice place, pengujung pun ramai..Aku memilih untuk minum kopi tradisional ais dan mee udang..sahabatku pula memilih nasi lemak special. Harga nya pun ok..berbaloi dengan 'status' kopitiam dan menunya.

Pak Li Kopitiam

Selesai saja makan, aku ke UITM bilik sahabatku ini untuk solat maghrib. Hari ini, aku solat maghrib 6 rakaat!!Mana taknya..solat pertama salah arah kiblat..Ini semua kes salah faham, sahabatku ini hampar sejadah dah elok2, aku yang mamai ni bantai belah lain..masa tu pulak sahabatku ini duk kat toilet. Dia masuk bilik aku dah bagi salam...sekali dia cakap salah arah kiblat daaaaa...huh, solat la sekali lagi jawabnya.

Sementara menunggu isya' aku sedut dulu movie-movie yang ada dalam komputer sahabatku ni sebagai stok untuk hari minggu ni..mana-mana movie yang aku rasa ok aku copy je semua..lepas solat isya' aku dengan rasa malasnya pulang ke rumah. Dah tu on the way balik umah, ada accident kat federal..baru je lepas accident. yang sempat aku tengok, kereta Myvi merah dah remuk kat depan..driver aku tak tau la camne..

Begitulah rentetan perjalanan hari ini..Best hari ini hari Jumaat sebab esok cuti..hehe..

Moral of the story:
1.Nilai persahabatan itu adalah berharga bagi orang yang betul-betul menghargai sahabatnya..
2.Pastikan arah kiblat betul-betul sebelum solat, kerana ia adalah syarat sah solat..(peringatan utk aku dan sahabat semua..InsyaAllah)

Blogger Templates by Blog Forum