Catatan Kembara Jurutera - United Kingdom (Part 1)

Salam,

Sudah lama rasanya tidak menjenguk apatah lagi mengupdate blog ini. Biasalah, alasan typical busy dengan kerja seharian ditambah pula dengan tugas sebagai suami. Aduhai, rasa macam tak percaya pula aku ni dah bergelar suami orang. Alhamdulillah, hampir 5 bulan mendirikan rumah tangga dengan isteri tersayang hidup ini rasa sangat bahagia. Ok.

Jam sekarang pukul 8.50 malam waktu UK atau 3.50 pagi waktu di Malaysia. Ya, sekarang aku menaip catatan ini keseorangan di Jurrys Inn Hotel, Newcastle. Cuaca di sini sangat sejuk untuk orang badan macam aku ni. Kalau pagi dan malam boleh mencecah sampai 2C. Menggigil.

Untuk part 1 ni, aku tak nak cerita panjang pasal urusan kerja aku ataupun keadaan di UK ni tapi aku nak menceritakan 'kerinduan yang melampau' kepada isteri tercinta. Aduh, baru 4 hari berjauhan rasa macam dah 4 bulan tak jumpa.

Ayatnya agak geli di situ tapi inilah hakikatnya tapi mungkin inilah namanya hikmah pernikahan. Pernikahan itu melengkapkan kekurangan yang ada pada kita. Tanpa isteri di sisi diri ini terasa macam keseorangan, apatah lagi bila tidak mendengar suaranya. Sunyi rasanya. Dialah isteri yang diciptakan untuk aku.

Apapun bila berjauhan macam ni baru kita menghargai kehadiran orang yang kita sayang.

Untuk isteriku sayang, terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup abang. Ingatlah, pernikahan itu memerlukan persefahaman dan tolak ansur serta dibajai dengan kasih sayang yang berpanjangan. Walau apapun, abang tetap akan menyayangimu kerana abang percaya, Allah ciptakan kita untuk melengkapi satu sama lain dan sayang adalah amanah untuk abang.




Sayang, miss you deeply!

Salam sayang dari abang untuk isteriku tercinta.

Aku Terima Nikahnya

" Aku terima nikah Noorhafni binti Syamsir dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai'..

Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz aku sah bergelar suami kepada isteri tercinta. Tarikh 26 Mei 2012, satu tarikh yang tak mungkin untuk aku lupakan. Saat aku menerima amanah yang sangat besar dari-Nya. Amanah yang pasti akan dipersoalkan kelak.


Bermula dengan majlis bertunang, akad nikah sehinggalah resepsi, semua berjalan lancar. Saat menikahi seorang wanita adalah saat yang sangat bahagia bagi seorang lelaki. Betul. Saat itu seakan terasa hidup ini sangat sempurna. Memiliki seorang isteri pasti memberi kebahagian dan juga seribu satu cabaran buat kaum lelaki.

Persoalannya, bagaimana kita sebagai lelaki 'manage' seorang isteri. Makan pakainya adalah mudah jika hendak dibandingkan dengan didikan agama yang harus diberikan. Soal didikan adalah lagi utama. Seringkali aku terfikir, mampukah aku menjadi seorang suami yang sempurna untuk isteriku dari segi didikan agama yang sepadannya. Ianya menjadi sahamku di akhirat nanti. Jika aku gagal mendidiknya di sini, siapa akan membantu aku di sana nanti.

Sebulan berlalu, semuanya ditempuhi bersama. Alhamdulillah, berkat berkahwin walaupun tidak hidup mewah, tapi kami hidup dengan tenang dan selesa. Ada saja rezeki yang datang, ada saja yang membantu. Itulah hikmah pernikahan barangkali.

Yang pastinya, pernikahan seorang lelaki dengan isterinya itu bukan hanya untuk setahun atau dua tahun. Malahan, jikalau boleh berkekalan sampai bila-bila. Sesungguhnya yang diharapkan itu, sampailah si isteri itu menjadi ketua bidadari di syurga kelak. Amin.

Doakan pernikahan kami aman damai, kekal bahagia selamanya dan dianugerahkan dengan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah. Semoga permulaan keluarga yang kami bina ini disemai dengan benih-benih cinta ini berteraskan cinta Illahi. Insyaallah.

Tiada tempat untuk kami meminta pertolongan, hanya kepada Allah saja tempat kami berserah dan meminta pertolongan.

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum,

Hari ini saya balik awal dari office sebab kerja tak berapa nak banyak.

sekian,

p/s: tu pun nak update ka??

Belajar

Assalamualaikum,

Semenjak dua menjak ni terlalu busy dengan kerja. Banyak projek nak kena handle sekarang. Nak abiskan cuti 'carry forward' tahun lepas pun tak sempat lagi. hari tu, balik cuti CNY sehari je. Ahad bertolak dari KL, sampai dah petang. Isnin lepak kat rumah sehari, Selasa dah bertolak balik ke KL. Nak hilangkan penat drive pun tak sempat. Dah la tu, tup-tup hari Rabu kena pergi Miri attend meeting dengan client, hari Khamis terbang balik KL. Waduh-waduh..tak menyempat aku berehat kat rumah.

Bulan ni saja, aku rasa dah 4 kali aku terbang ke Borneo. Paling sengsara masa pergi Labuan nak settlekan loading barang kat sana. Urgent. Terpaksa korbankan cuti hujung minggu, dari tengah hari sampai malam kat warehouse, esoknya pulak berpanasan kat jetty sehari suntuk. Dah jadi macam zombi. Kerja-kerja. Adoi..apa boleh buat? Mengeluh ajalah. Dah nama pun makan gaji. Mungkin orang lain ada yang lagi teruk. Kan?

Hampir setahun aku kat sini, banyak benda aku belajar. Dari finance, logistic, teknikal, management sampai lah kerja-kerja admin pun aku kena buat. Hidup ini penuh dengan ilmu. Yang penting tanya hati, antara nak dengan tak nak je. Ye dak?



Tempat aku cari rezeki




p/s: Lepas ni nak belajar ilmu rumah tangga pulak!

Bermula Dengan Kehidupan Baru

Assalamualaikum..


Otak dah berkarat sebab lama tak menulis dalam blog ni. Hari-hari duk fikir pasal kerja yang tak pernah habis dengan masalah. Keperluan diri sendiri pun terabai. Apa punya kerja daa..


BTW, 2011 dah menutup tirainya..sekarang kita buka cerita baru. Cerita tahun 2012 pulak. Ohye, sebelum tu “selamat tahun baru” untuk semua. Terlambat ke? Tak kisahla..asalkan ada jugak ucapan tahun baru dari aku dalam blog ni. Sepanjang tahun lepas, banyak perkara pahit manis berlaku.


Tahun lepas bermula dengan aku resign dari kompeni lama. Dah bosan, sebab takded kerja aku boleh buat. Tu pasal aku resign, sekarang kerja bukan main banyak lagi, insyaAllah aku tak resign. Then aku apply TNB, tapi kena reject. Kecewa sangat-sangat, tapi apa boleh buat kalau itu suratan takdir. Haruslah aku menerima. Bagus!. Lepas tu aku merasai pengalaman seorang penganggur selama sebulan. Saja nak rilek kat rumah, kira bulu kucing, walaupun masa tu aku dah dapat offer. Lepas sebulan cuti, aku mulakan kerjaya aku dengan kerja sekarang. Kemudian aku beli sebuah besi beroda untuk bergerak ke sana ke mari. Start dari situ aku rasa dah takde life sebab terlalu busy dengan kerja.


Bulan 9 pindah rumah baru kat Puchong. Dekat dengan tempat kerja. Maka bolehlah aku bangun lambat untuk pergi kerja. hehehe. Dan detik paling bersejarah dalam hidup aku sepanjang tahun lepas, bila aku selamat menyunting seorang gadis untuk dijadikan seorang suri hidup. Pelengkap diri, penyeri hati. Alhamdulillah, di penghujung bulan November, menjadi titik ikatan dengan cik tunang tersayang, Hafni. Moment dan majlis yang cukup indah untuk dikenang. Ini baru bertunang, kalau dah kawen macam mana la agaknya. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Perancangan untuk bertunang pun ala kadar je, tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar..harapnya nanti majlis nikahnya akan diberkati dan dimudahkan Allah.


Semua ini perancangan Allah. Satu perjalanan telah aku tempuhi, sekarang dalam transition mode, daripada single kepada berdua. Persiapan menjadi seorang imam untuk isteri dan anak-anak. Nampak mudah, tapi sukar untuk dilaksanakan. Kalau disebut soal bersedia, aku rasa sampai bila pun kita tidak bersedia. Haruslah aku menghadapinya, kerana ini lah ketetapanNya terhadapku.


Doakan kami kekal hidup bersama, di bawah rahmat Allah.

Blogger Templates by Blog Forum