Baru saja abis buat slide presentation untuk progress meeting Isnin nanti dengan Petronas Carigali, tetiba plak teringin nak menulis sesuatu kat blog ni..Masa tengah buat slide presentation mata ini bukan main lagi, asyik nak pejam je..tapi nasib baik sambil buat slide presentation mata melilau kat TV tengok bola, Terengganu Vs Selangor untuk Piala Malaysia.
Hah, ini aku nak komen sikit pasal bola kat Malaysia ni.aku rasa tahap permainan player kita masih tahap yang sangat rendah. aku bukannya pandai main bola pun, tapi kalau tengok cara player tempatan main boleh sakit mata..passing bola tak sampai, control bola lagi la..hancur.salah sape?player yg kurang skill atau pun persatuan? Ohye, lupa plak sebelum tu tahniah la untuk Terengganu berjaya layak ke separuh akhir menentang N. Sembilan nnt.
Ok...tinggalkan paasal bola..sekarang citer pasal kerja plak..bila siap slide presentation ni,,terasa terlepas beban kejap..kejap je..Isnin ni kena present pulak. Slide yang siap ni pun belum tentu bos puas hati lagi..dalam kemalasan terpaksa aku buat slide presentation ni sampai habis. Tak boleh tunggu esok..pasalnya..esok housemate aku ajak pergi berkelah pagi2..balik confirm dah penat..malam pulak mestilah tak de masa..semestinya ke "Jamal" atau "Shahabudin" tengok match Liverpool Vs Man United. ha,,,mesti best match ni nanti. Harap2 la...
Jadi nak tak nak, kerja mesti siap malam ni jugak..dan yessssss..aku berjaya siapkan! Ini lah kerja, betul2 terikat dengan due date. Kalau zaman belajar dulu..tak de nya nak terkejar-kejar siapkan kerja..tapi bila dah keraja ni, semua nak cepat, tepat dan perfect!!
Selama lebih kurang 4 bulan kerja kat kompeni aku sekrang ni..banyak benda yang boleh belajar. pengetahuan dalam bidang yang aku minat iaitu Oil n Gas pun dah ok sikit berbanding dulu. Masa fresh ni la nak timba pengalaman dan belajar banyak2. Walaupun agak kurang field worknya,,tapi kat sini banyak terdedah kepada projek management. Nak handle projek, nak deal ngan client, nak wat presentation, communication skill, wat report, proposal, tender dan byk lagi..sekali fikir cam boring tapi dua kali fikir..bagus jugak untuk aku belajar segala-galanya sebelum aku berangkat ke destinasi lain..hehe..
Ermm..apa lagi yer..dah banyak sangat kot menulis ni..jam pun dah pukul 130am..so, nak tutup laptop dan tidur..Waa bestnya tidur..ni bukan mengata kepada org yang suka tidur ek..haha.
Wassalam..