Salam Aiduladha

Assalamualaikum..


Di kesempatan ini, aku mengucapkan salam aiduladha kepada semua, terutamanya kepada kawan-kawan yang sudi mengorbankan masa untuk membaca blog yang tak seberapa ini. Sesungguhnya, dalam hidup kita ini penuh dengan pengorbanan. Sekecil mana atau sebesar mana pun pengorbanan yang kita lakukan mesti ada reason dan rasionalnya. Bahkan haruslah diingat, setiap pengorbanan ke arah kebaikan haruslah mendapat ganjaran yang sebaiknya dari Allah.


Catatan Dari Miri

Salam,

Kali ni aku datang Miri lagi. Dapat menghirup udara segar bandar Miri. Tuntutan tugas memaksa aku menggagahkan diri untuk datang ke Miri. Sementara tunggu flight pukul 11.30 pagi nanti, sempatlah update blog sekejap. Rindu nak menulis, tapi takde kesempatan.

Live from KLIA

salam,

semenjak dua menjak ni asyik kena ulang alik KL Miri je.minggu lepas dah pergi,tup2 minggu ni kna pergi lg.aish,bosan.Asyik ulang alik,rasa miri tu macam Kelang je..

Sekarang ni tgh bosan tunggu boarding,sempat la ak update blog sekejap.nanti malam ni ak update lg kat hotel bila habis meeting nanti. Insyaallah.

Update from KLIA
My Nokia C6-01

CINTA

Cinta

Setelah lama menyepi hari ni tetiba aku update blog dgn tajuk yg hot. Sesape yg nak muntah, sila muntah sekarang. ada aku kesah! Mesti korang bertanya, apahal plak lama tak update blog, tetiba citer pasal cinta plak ni. angau nak kawen ke apa. No. No..Aku tulis ni sebagai panduan untuk adik2 yang baru nak kenal erti cinta tu. Baru masuk sekolah menengah dah gatai nak cari pakwe/ makwe...SPM pun blum tentu lulus lagik. Meh sini aku nak habaq kat hang semua erti cinta tu. Baru hangpa semua taw..Ceh, macam lah aku ni expert sgt kan. Bukan apa, sebagai seorang abang yg prihatin terhadap naluri seorang adik yang gatai nak bercinta, tak salah aku nak bagi pendapat sikit. kan..kan..siapa setuju sila baca sampai abis!

Okeh, dah abis bab merapu. Bukan apa, saja nak bagi warm-up skit. Dah lama sangat tak menulis ni. Bila cerita pasal cinta ni, mesti adik2 semua tnya kan..cinta tu apa sebenarnya. Soalan ni memang susah, lagi susah dari soalan janjang arithmetik silibus SPM! Takda satu pun skema jawapan yang betul. Sebagai contoh mudah, korang tanya kat nenek yang baru dilamar..mesti dia cakap;

" syukur alhamdulillah. makcik telah temui cinta sebenar. 20 tahun makcik menjanda. Makcik happy sangat!".

Pastu cuba korang tanya kat akak yang baru putus cinta, mesti dia jawab,

"aku benci dgn cinta! cinta konon. cinta memang menyakitkan".

Tapi aku nak pesan kat hangpa semua, jangan tanya pasal cinta kat Melly Goeslaw..pasti dia jawab,

" Ada apa dengan cinta!".

Sah2, hangpa pening. hangpa tanya dia, dia tanya hangpa balik kan. Betul2 tak menjawab soalan. Kalau dalam SPM ni dapat 1 markah je, upah menulis. ye ke idak?

Sebenarnya, tiada satu pun jawapan yang tetap untuk cinta tu. Cinta buat kamu rasa seronok, happy, suka, macam dunia ni hang yang punya...tapi..cinta jugak buat hang rasa sangsi, benci, kecewa, merana. That's normal bro. Hang jangan expect bila hang bercinta je, semuanya jadi indah. Tapi ramai je, orang bercinta ni dia rasa happy je memanjang.. nak tau sebab apa. Sebab diorang anggap masalah tu adalah asam garam bercinta. Takde asam, takde garam tak sedap la kan. Tawar je..U get it?? Ok. good!

Cinta ni banyak perlukan pengorbanan. Kadang2 terpaksa korbankan prinsip pun. Contoh, kerana cinta punya pasal mat rempit terpaksa jual motor RXZ-nya, trade in dgn Ex-5 class sbb nak save minyak, simpan duit nak kawen. Tu contoh yang mudah. Contoh yang kompleks aku tak nak lah citer, nanti pening hangpa nak baca. Lagipun hangpa dah besar panjang, hangpa pandai2 relate contoh aku tu dgn keadaan sekeliling hangpa. Lawak, lawak jugak tapi apa yang aku citer tu ada betulnya.

Bila hangpa dah ada pasangan (baca suami/isteri) nanti korang kena banyak bersabar dan muhasabah diri. Yang penting hati mesti terbuka. Dapat terima teguran dan kritikan. Jangan plak hangpa sorang je mengkritik pasangan hangpa, tapi bila kena kritik,kena tegur hangpa melenting. Tapi sebenarnya kan, kritik2 ni tak baik. Bukankah sebelum hangpa bercinta hangpa dah rela hatinya menerima si dia seadanya? kalau nak tegur yang baik2 tak salah, apatah lagi untuk kebaikan bersama. Tak gitu? Kan, kan. Dalam bercinta tu, kalau rasa tak puas hati sikit2 tu perkara normal la. hangpa selalu dengar kan anak makcik jah sebelah rumah hangpa duk bergosip dengan anak si joyah tu, yang dialognya lebih kurang camni,

" I bosan la dgn bf I tu..tak romantik. kayu!. U taw, masa besday I, dia tak belikan I bunga pun. Wish je..tu pun kat wall FB.malangnya nasib I. I nak dia romantik macam Syamsul Yusof dalam cerita KL drift tu..hurmm", kata siti anak makcik jah.
" Iye ke, kesian U. Pakwe I, tiap2 hari bagi bunga ros. dapat coklat lagi..tapi bila date ngan dia, macam date dgn mamat bangla. Senyap. Tak pernah nak buat I gelak, rasa happy. Kan best kalau dia selalu wat I senyum, gelak macam Awal Ashaari dalam citer Syurga Cinta." , anak makcik joyah pulak mengomen pasal pakwe dia.

Jadi, apa yang aku nak habaq kat hangpa semua, jangan expect semua orang sama. Especially perempuan2 di luar sana, anda mesti selalu kena ingat pantang ni. Jangan suka banding2 pakwe/husband anda dengan lelaki lain. Lelaki pun sama la! jangan duk citer pasal pempuan lain depan awek/isteri anda. Kalau nak tengok mulut dia mcam itik, anda boleh cuba try tengok! Tapi tu la, aku nak cakap..setiap org ada cara sendiri menzahirkan rasa cinta dan sayang pada pasangan masing2. cara ni hangpa tak boleh cari kat internet. baca lah buku cinta 100 bijik pun, hangpa takkan jumpa caranya. Semuanya ada dalam diri hangpa sendiri. Terutamanya lelaki. Nampak macam brutal, tapi hati jiwang. Tapi org lelaki, jaga2..orang perempuan ni pulak lebih gemar lelaki menzahirkan rasa cinta tu depan2. Waa..ayat aku macam pakar motivasi la plak kan. So, orang perempuan..jangan kecewa kalau anda tak dapat bunga. jangan kecewa kalau wall FB anda kosong tanpa komen si dia. Dia pasti ingat anda. Mungkin anda lupa, pada hari biasa, bukan hari ani-wa-sari anda, bukan jugak besday anda, tiba-tiba dia menghadiahkan anda sejambak bunga. Bila anda bertanya, " untuk apa ni abang?"..dia pasti menjawab, " ala, saja..takkan nak bagi kat isteri sendiri pun tak boleh kot". dasar lelaki manusia yang ego! Memang, diri lelaki itu penuh dengan ego! Tapi dalam keegoaan itu, ada rasa cinta untuk anda. OK, nak taw satu trick tak? Sebenarnya lelaki ni dalam hal2 perhubungan dan cinta, dia suka mempermainkan hati perempuan. Nak bagi isteri dia emo dulu, baru cakap..SUPRISE!!!, kan, kan..hah, anak mak cik jah tu, kenapa senyum2 plak..betul kan pakwe hang selalu wat camtu. Dia sengaja je nak tengok hang, sedih2 dulu..

Eh, aku citer pasal lelaki je ke? Tak la, aku ni tak bias ok. Sekarang pasal perempuan2, si hiasan dunia ni plak. Hah, Mat Nor..hang jangan duk tutup blog aku ni plak. Baca ni sampai abis..pandai ko nak mengelat ek. Oleh sebab aku ni bukan perempuan, aku tak tau banyak sangat..tapi, bagi aku la kan..orang perempuan ni penuh dengan perasaan dan hati yang abstrak. Ok, sape nak quote ayat td, sila credit kat aku ok. Sukar di fahami perasaan seorang perempuan. Hangpa jangan terkejut, 5 minit lepas hangpa duk bergelak2 dgn dia, tiba2 dia jadi emo. Tu biasa, kadang2 hal kecik bagi lelaki, tapi sangat besar bagi perempuan. jaga sensitiviti..hati pempuan ni sangat halus. Hang ingat nak main2 je..gurau2..tapi dia mungkin anggap dah serius. Mungkin jugak la, aku ingat perempuan ni suka kot suami/pakwe dia tunjuk kan rasa cinta tu secara zahiriah. Cewah! Jangan duk bisik2 'I love you' je pandai..bunga taik ayam pun tak pernah bagi. Betul tak kaum hawa semua? Anda nak camtu kan. Ala, anak makcik joyah tu..malu2 plak nak angguk.Huh!

Tapi, yang penting aku nak habaq kat sini, walau kayu macam mana pun suami hangpa, walau cerewet macam mana pun isteri hangpa...hangpa jangan lupa..tanpa kehadiran dia yang telah ditakdirkan untuk menemani, untuk menjadi pendamping anda..anda takkan merasai cinta itu. Cuba hangpa bayangkan, selama setahun? dua tahun? 5 tahun? sepuluh tahun? dua puluh tahun hangpa hidup bersama, banyak masa senang dan susah hangpa dan dia lalui bersama. Cuba anda pejamkan mata anda (tiba2 dengar lagu sedih), orang yang anda selalu kata tak romantik, kayu, cerewet, mengada-ngada tu tiada dalam hidup anda..apa anda rasa? agak-agak anda menangis tak? bukankah dia yang selalu menjadi pendengar yang setia? bukankah dia menjadi tangan anda sewaktu anda jatuh dan untuk bangun semula? bukankah dia yang memimpin tangan anda ketika anda kegelapan? bukankah dia yang menceriakan hari anda dengan kata-katanya? bukankah dia yang menyediakan bahunya untuk anda menangis? Bukankah dia yang menjadi pendorong anda untuk bangkit? bukankah dia peneman anda saat anda keresahan? Dia lah..pasangan anda! Kita lebih menghargai, bila dia tiada. Mungkin? Cupppp!!!! dah..hangpa jangan duk menangis. Eh Mat Nor, hang duk menangis pasai apa? malu weh, lelaki menangis. Kesat air mata tu. hahaha..kesian ko Mat, terkena lagik.

Belajarlah terima pasangan anda. Orang kata cinta itu tidak akan dirasai, jika anda hanya menerima. berilah cinta anda, insyaAllah..anda akan menerima cinta sejati. Tak gitu cik hafni??ehehe


Aku rasa, aku berhenti kat sini dah la. Kalau hangpa semua nak dengaq lagi aku cerita, jangan segan2 contact aku. Aku bagi ceramah free je, especially utk adik2 yang duk blajaq kat skolah tu. Nasihat aku kat adik semua, jangan nak galak sangat bercinta, hangpa dapat add math A+, baru boleh start cari awek. Kalau setakat dapat C je, awek pun tak pandang hangpa. Dulu- dulu orang pempuan ni suka pilih lelaki yang badan tough. Ataupun hipotesisnya, semakin tough badan lelaki, semakin ramai perempuan minat. Sekarang, hipotesisnya dah berubah bro. jadi camni pulak, semakin tebal poket lelaki, semakin ramai perempuan minat. haha..lawak je. Okeh la, Panjang gak aku mengarang motivasi cinta malam ni.Agak2 tulisan aku ni boleh publish wat buku tak? Okeh jangan jawab.

credit: Cik Hafni :)

After 2 months without entry

Assalamualaikum..

Wah, lama betul aku tak update blog aku ni. Dah bersawang,berhabuk, berdebu. Ok, sebelum aku melalut lagi panjang, first sekali nak ucap selamat berpuasa kpd semua, terutamanya kpd kawan2 yang setia baca blog aku nih. Pejam celik, pejam celik, puasa lagi..pastu raya. Bila dah raya ramai la yang bertunang, ramai yang kawen.



Rindu giler nak tulis kat blog ni, tapi sejak tukar kerja ni aku busy yang teramat. Nak update blog kat opis pun tak sempat! Projek makin banyak. Hari-hari balik pkul 7 8 malam. Hari minggu pun kadang2 kena datang opis. Memang tension tapi camni la adat jadi kuli orang. hehe..tak pasai-pasai blog ni diabaikan. Semua benda sudah berubah dan dalam transition mode. Dari satu fasa kehidupan kpd fasa yang lain.

Apa lagi aku nak tulis ni. Dah lama sangat tak menulis, otak pun jadi makin tumpul, lebih-lebih lagi bulan puasa camni. Ok la, nanti aku update lagi. nak tido sat, menajamkan otak!

p/s: hari ni kita buka puasa kat kedai tomyam, pekena siakap 3 rasa sama itu sayur kailan. Cun!

...

i love u sayang...

Flotel Jupiter platform

keadaan floter jupiter platform dia gulf of mexico selepas tenggelam.tak tahulah macam mana blh tenggelam..kalau bkn sbb external factor mgkn silap design calculation.










credit to mohd noor mhd shah for the photos
banyak lg photo tp xdpt upload byk..
Via my nokia C6-01

kampung

salam
baru dapat internet connection.just nak update, aku sedang happy kt kg..

Update via my Nokia C6-01

Soalan Matematik

Keadaan dalam kelas masa tu bising. Kata jer form 5 tapi bila cikgu takde mengalahkan budak form 1. Tiba-tiba cikgu matematik masuk. Senyap dan serius. Lalu diagihkan kertas soalan matematik untuk setiap pelajar. Banyak jugak soalannya. Jenuh nak menjawab ni.

Masing-masing khusyuk membuat soalan matematik. Bagi aku senang jer..nama pun best student. Soalan ibarat kacang menglembu. Ambik kacang, buang kulit makan begitu saja. Setelah beberapa lama, nampaknya semua soalan dah siap. Masing-masing nampak yakin. Sah semua budak kelas aku ni pandai-pandai belaka.

Ok..bermula dengan row yang pertama..setiap pelajar kena tulis jawapan beserta jalan kira kat papan hitam. Lepas sorang, sorang. Akhirnya sampailah turn aku. Aku melangkah kedepan dengan confident. Soalan aku kena part mengira jarak.

'Eh, apasal macam soalan Fizik je nih? siap ada gambarajah sesaran lagi.." rungut aku dalam hati. Lantak lah..asalkan aku dapat jawab.

Aku mula membuat garisan sesaran di papan hitam. Satu garisan lurus sudah siap. Garisan kedua. Tangan aku mula rasa kebas dan berat untuk digerakkan.

'Alamak apa sudah jadi ni?'.

Semua student tengok aku. Semacam mereka dapat tahu ada sesuatu yang tak kena dengan aku.

'Cikgu..tangan saya tak boleh nak gerak', aku sedikit cemas.

'Cuba pusing..', cikgu matematik aku tu menyuruh.

Aku memusingkan badan aku. Ah..tangan yang tadi terasa berat dah boleh bergerak. Ahirnya aku membuka mata.

"ces..apa hal aku mimpi masuk sekolah menengah balik ni. Patutlah tangan aku takleh gerak, rasa kebas, rupanya tangan tu tertindih dengan badan'..

Ni la akibatnya tidur lepas subuh!

Cerita tentang rezeki dan hikmah

Dah lama jugak aku tak update blog aku ni ye. Sian kawan-kawan yang datang jenguk tapi takde entry baru, terutama sekali Matnor yg kat turmenistan tu. Aku tau mat..kat sana internet mmg slow tp ko sanggup gagahi tangan ko gerakkan mouse untuk klik kat blog aku ni..haha..Ok, lupakan pasal mat nor. Cukup di situ aku promo ko.

Alhamdulillah.Urusan dengan ex-company sudah selesai. Pass parking, laptop, pass opis semua aku dah hantar balik. Boleh dikatakan 5 hari weekdays minggu ni aku habiskan dengan mensetelkan urusan rasmi yg tertangguh dan lepak kat rumah je. Owh..best giler melepak kat rumah time orang p kerja. Tadi urusan menyelesaikan hutang PTPTN dah settle. Alhamdulillah..tinggi bebenor bunga dia cas. Damn..tu la sape suh tangguh hutang!..opss bukan hutang..pinjaman.

OK, sekarang citer pasal kerja pulak. Pagi tadi dapat call dari proton plak mintak datang interview. Arghhh...kenapa disaat aku susah dilamar baru ko terhegeh-hegeh nak nyatakan. Alamak..emo sudah. Sorry la, aku mmg nak tapi aku nak wat macam mana aku dah terima offer lain. Time 2 3 minggu lepas, masa aku tengah terjojol biji mata depan komputer tiap-tiap hari cari kerja kosong depa tak call aku pun. Mungkin inilah namanya takdir dan suratan. Ahh..dah lama tak update blog ni, isi entri makin merapu pulak. Sudah.Sudah. Setiap apa yang berlaku ni mmg ada hikmah dia. Kita merancang sebaiknya, tapi perancangan Allah lebih baik. Allah lebih mengetahui apa yang termampu dan terbaik untuk kita. That's fact!!. Anyway, kita flashback sekejap ek. Begini citernya..jeng..jeng..(sila buat bunyi soundtrack mission impossible)..

Lebih kurang bulan 11 lepas, aku ada apply untuk satu position dengan satu GLC ni. Nak bagai nama ke? Ok..kita bagi nama dia company T. Kebetulan masa tu keje kat ex-company aku, company O ni kurang..so aku belasah je la apply. Nak tukar angin pulak. Biarlah gaji rendah, biarlah tak related dgn oil and gas pun aku belasah je. Janji aku dapat join establish company. On the same time, ada jugak la apply keje thru jobstreet, yang hantar CV thru email tak usah cakap la..sehari mau gak dalam 5 6 company aku try. Tapi biasalah..orang yang setakat experience setahun jagung macam aku ni dia wat dunno je.

Nak dipendekkan cerita yang panjang ini, stage pertama dan stage kedua interview dgn company T ni aku lepas. Sampailah untuk stage yang ke 3. Aku kantoi di situ. Terpilih untuk jadi calon simpanan jerk, akibat kompeni T ni yang revised pengambilan executive baru. Bayangkan lah betapa hancur luluh hati ini..ceh macam putus cinta pulak. Ni la akibatnya terlalu yakin dan confident dapat job tu ditambah pulak aku dah resign dari company O. Mahu tak haru hidup aku mengenangkan nasibku bakal bertukar menjadi petani anggur. Sebulan, dua bulan, tiga bulan..ngeri wehh...

Bayangkan begitu lama aku tunggu..dari bulan 11 sampai akhir bulan 3. Bila keluar result hasilnya mendukacitakan..rupanya rezeki aku bukan di situ. Nak macam mana sekalipun dah Allah kata itu bukan untuk ko..ko takkan dapatnya. So pengajarannya..belajar lah terima hakikat dan takdir.

Siapa tahu, rupanya rezeki aku di sini. Insyaallah..2 3 hari sebelum dapat result interview dari company T aku dapat call dari satu company GLC yg diberi nama company S. Panggil aku interview untuk position yang aku mitak thru jobstreet. Kalau nak kira, memang peluang tipis yang amat..orang yang apply beribu, vacancy hanya satu. Time interview plak jumpa orang yang lagi experience. Lagi hebat. Tapi aku terpilih.Why??Dan aku bukan nak bangga sebab aku dapat, tp benda camni buat aku yakin. Selalu kita dengar orang cakap, kalau dah rezeki tak ke mana pun. That's right!! Know it happen to me. Aku benar-benar merasakannya.

Cerita sikit pasal kerja baru aku nanti ni, alhamdulillah rezeki datang ketika aku betul-betul memerlukan. Sebenarnya dah hampir aku nak tolak interviewnya, tapi nasib masih menyebelahi. Alhamdulillah. Tapi biasalah scope kerjanya membosankan sikit lah. As usual, technical stuff kurang sebab aku kena handle project atau bahasa senangnya project management. Tapi ok la..since time tu aku dah jadi petani anggur..orang dah offer aku amik je la. Janji ada kerja, cari experience 2 3 tahun..rasa tak best kita cari yang lain pulak. Okeh?

Ok lah..aku rasa korang pun dah bosan asyik baca citer pasal life kerja aku jer..ahh..peduli apa, tangan aku yang menaip, bil letrik aku yang bayar.


hehe.. p/s: doakan aku bahagia kat company baru nanti. Amenn..

My last day at ORSB


Lebih kurang 2 tahun lepas, aku masuk ke opis ni dengan perasaan yang berdebar-debar. Maklumlah, hari pertama untuk kerja yang pertama. Dan hari ni, setelah hampir 2 tahun penuh dengan suka dan duka, aku mengundur diri. Cewah...macam orang frust dalam cinta 3 segi pulak.hehe..

Anyway, for almost 2 years, aku banyak belajar. Bukan saja belajar untuk buat kerja yang official, tapi banyak jugak belajar tentang kehidupan dunia kerja. Jumpa macam-macam jenis orang.

ahh..nak tulis panjang-panjang pun tak guna. Tujuan sebenar entri ni just nak bagitahu, aku last day hari ni kat orogenic. full stop.


p/s: happy 51st birthday mum! (macam anak orang puteh pulak wish camtu..kakaka)

Aku seorang penganggur

Wah, hot punya tajuk. Aku seorang penganggur secara rasminya. Sebelum ni pun aku dah jadi penganggur apa. Bagi aku kalau pergi kerja hanya untuk tunjuk muka, surf internet, wat kerja bodoh sama jugak la macam penganggur.

Okey, jangan emotional. Aku tahu hati tengah panas sekarang ni. Tapi tak la panas mana pun, at least aku tak perlu lagi berpura-pura ke opis dan buat kerja. Aku bukan pemain wayang. Aku bosan dengan keadaan camtu.

Ramai kawan-kawan aku terkejut kenapa aku resign dan akhirnya menganggur. Susah aku nak explain satu-satu. Biarlah rahsia. Cuma boleh aku citer, aku bukan jenis yang suka duk opis melepak makan gaji buta, at last..tak dapat satu apa pun. Full stop.

Aku menyesal? Resign and then tak dapat kerja. Kerja yang ditunggu tak dapat. Rasanya tak. Aku tak menyesal. Aku percaya, ada rezeki lain yang lebih baik untuk aku. Kalau tidak dapat esok, mungkin lusa, kalau tak dapat lusa mungkin minggu depan, kalau tak dpat minggu depan, mungkin jugak bulan depan. Tak kira bila masanya, pasti ada untuk aku.


Doakan aku.



Utamakan keselamatan

Cerpen: Setulus Cinta (Part 1)

" Anggap saja kita tidak pernah kenal sebelum ini. Lupakan segala kenangan kita bersama", tegas Azman.

Pipi Intan dibasahi manik-manik air mata. Begitu deras bercucuran. Dia tidak mampu untuk menahannya.

"Tapi kenapa? kenapa tiba-tiba awak berubah? Apa salah saya?", Intan inginkan kepastian daripada Azman.

Keputusan Azman untuk berpisah betul-betul meruntuhkan jiwanya. Cinta yang dibina selama empat hampir musnah. Azman tidak pernah bersikap begini. Dia yakin, Azman serius. Dia tidak pernah bergurau dalam hal seumpama ini. Malahan Azman telah berjanji akan mengahwininya akhir tahun ini.

"Kita merancang, Tuhan tentukan segalanya. Mungkin antara kita tiada jodoh. Saya tidak cintakan awak lagi", begitu berat Azman menuturkan kata-kata itu. Setiap patah perkataan yang diucap umpama sebilah sembilu menikam hatinya.

"Apa salah saya? Saya akan berubah. Jangan tinggalkan saya. Saya perlukan awak. Bukankah kita telah berjanji untuk hidup bersama?"

Azman hanya diam seribu bahasa. Dialih pandangannya mengadap sekumpulan kanak-kanak sedang membina istana pasir di pantai yang putih itu. Hari ini, istana impian yang dirancangkannya hancur. Belum sempat terbina. Soalan Intan tak mampu dijawab.

"Kenapa semudah itu? Kenapa baru sekarang? Kenapa tidak empat tahun lepas, sewaktu hati saya belum dicuri awak?!" Intan sedikit lantang.

Azman tertunduk. Dia mengaku. Dia telah menyakiti hati seorang insan yang paling dia sayang. Hatinya sayu. Manik-manik air mata hampir menitis, namun dia menahan. Tak mahu titisan air itu menitis didepan insan yang dia sayang. Biarlah dia seorang yang tahu. Biarlah dia seorang yang merasa gelora, seksa dalam hatinya.

"Kenapa diam? Cakap saja awak ada perempuan lain!".

Intan yang tadinya lemah memujuk rayu Azman tiba-tiba menyinga. Azman tersentak. Ini bukan Intan yang Azman kenal sebelum ini. Bukan niat hati Intan untuk berkasar dengan Azman, tetapi hatinya kusut. Dia tahu, Intan betul-betul kecewa dengan keputusannya.


"Intan, carilah lelaki lain yang sesuai dengan Intan", Azman ringkas memberi jawapan. Ternyata, itu bukan jawapan bagi soalan Intan.

Hancur luluh hati Intan mendengar kata-kata itu. Azman memang betul tidak cintakannya lagi. Kalau tidak masakan dia sanggup menyuruh Intan mencari lelaki lain. Sedangkan sebelum ini, Azman seorang lelaki yang 'protective' dan cemburu. Pantang ada lelaki yang rapat dengan Intan. Tapi Azman berlainan hari ini.

"Baik. Kalau itu yang awak mahu. Awak jangan menyesal dan jangan mencari saya lagi. Antara kita tiada apa-apa. Titik".

Intan bersuara. Sedih. Walaupun mulutnya lancar menuturkan kata putus itu, namun hatinya amat berat. Jauh disudut hatinya masih cintakan Azman. Kalau tidak masakan air matanya tidak henti bercucuran. Azman juga tahu, bukan itu kata hati Intan yang sebenar, tapi dia hanya diam membisu. Dasar lelaki, tidak mahu meruntuhkan egonya.

***********************************************************************************
bersambung...





Tazkirah Jumaat : Doa

Salam,

Pagi tadi giliran aku untuk bagi tazkirah Jumaat kepada rakan-rakan staff office. Bagi aku bukan tazkirah pun, tetapi hanya sekadar perkongsian. Tolong baca je. Apapun, alhamdulillah sempat bagi 'tazkirah' sebelum aku keluar dari kompeni ni. Dan aku nak kongsi sedikit isi penting 'tazkirah' tadi (ringkasan), moga-moga menjadi panduan dan ilmu untuk yang membaca blog aku ni..Ohye, tajuk 'tazkirah' tadi pasal doa.

***************************************************************************************

Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Mu'min ayat 60 yang tafsirannya:

"Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohanan kamu."

Doa itu ialah ibadat dan doa itu juga adalah senjata orang mukmin. Allah Subhanahu Wataala memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya berdoa dan memohon kepada-Nya.

Kenapa perlu berdoa?
Berdoa itu adalah merupakan pengakuan seseorang hamba terhadap kekuasaan Allah Subhanahu Wataala dan suatu tanda keyakinan bahawa tiada tempat meminta tolong melainkan kepada Allah Subhanahu Wataala.

Berdoa adalah salah satu daripada keperluan bagi mendapat kekuatan, keyakinan, harapan, keberkatan, keredaan dan perlindungan Allah Subhanahu Wataala dalam segala apa yang dilakukan. Orang yang tidak berdoa bererti menutup bagi dirinya berbagai-bagai kebaikan dan mendedahkan dirinya akan kemurkaan Allah Subhanahu Wataala.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Orang yang tidak meminta (berdoa) kepada Allah, Allah murka kepadanya."(Riwayat Al-Imam At-Tirmizi).

Fadilat berdoa
Doa itu mempunyai kelebihan dan fadilat yang amat besar dan amat banyak, di mana melalui doa, keampunan dan rahmat akan diperolehi, manakala musibah dan kesusahan boleh terhindar kerana jika Allah Subhanahu Wataala menghendaki dan memperkenankan doa hamba-Nya, tidak ada satu pun yang dapat menghalang kerana Allah Subhanahu Wataala tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya yang penuh dengan keikhlasan. Ingatlah berdoa juga boleh menghindarkan sesuatu bala, walaupun bala itu sudah merupakan Qadak (ketentuan Allah Subhanahu Wataala).

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menjelaskan dalam hadis Baginda yang bermaksud:

"Dari Sulaiman Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tiada yang boleh menolak Qadak Allah kecuali doa dan tiada yang boleh menambah umur kecuali dengan berbuat amal kebajikan." (Riwayat Al-Imam At-Tirmizi).

Adab berdoa
Adalah menjadi adat dan kelaziman jika kita berkehendakkan sesuatu daripada seseorang, kita akan bersopan santun dan bertatatertib. Maka apatah lagi jika kita memohon dan berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala tentulah lebih dari itu. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-A'raaf ayat 55 yang tafsirannya:

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan dengan suara perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas."

Oleh itu kita dituntut menjaga adab dan tatatertib berdoa agar doa itu dimakbulkan. Di antaranya ialah:
  1. Berwuduk dan memulakan serta mengakhiri doa dengan menyebut dan memuji-muji nama Allah Subhanahu Wataala serta memberi selawat dan salam kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
  2. Berdoa mengadap kiblat dan mengangkat dua tangan dan menyapukan kedua tapak tangan ke muka setelah selesai berdoa.
  3. Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan.
  4. Berdoa disertai dengan kerendahan hati, khusyuk dengan jiwa yang tulus ikhlas, merendahkan suara serta diiringi dengan perasaan takut akan azab Allah Subhanahu Wataala dan penuh harapan dengan limpah kurnia-Nya.
  5. Memastikan sumber rezeki seperti makanan, minuman dan pakaian adalah daripada yang halal.
  6. Apabila berdoa adalah afdal mengulang-ulang doa tiga kali dan tidak berputus asa serta jangan cepat menganggap doa tidak dimakbulkan.
  7. Janganlah berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya seperti perkara yang tidak munasabah dan mustahil. Adalah lebih utama berdoa dengan doa-doa yang masyhur yang datang daripada Al-Quran, sunnah dan para sahabat.
  8. Doa-doa tersebut juga hendaklah bersifat umum, menyeluruh dan padat. Doa yang paling banyak dibaca oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ialah yang bermaksud:
"Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada api Neraka."

Waktu dan tempat mustajab doa
Satu per tiga akhir malam dan selepas solat fardu.
Hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari yang bermaksud:

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tuhan kami Tabaraka Wataala turun tiap-tiap malam ke langit dunia ketika tinggal satu per tiga akhir waktu malam, Dia berfirman, barangsiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku akan mengabulkan baginya, barangsiapa meminta kepada-Ku maka Aku akan memberinya, barangsiapa memohon keampunan-Ku maka Aku mengampuninya."

Sebenarnya terdapat banyak lagi waktu-waktu dan tempat jika kita berdoa pada-Nya, doa akan mudah dan cepat dimakbulkan, di antaranya ialah malam Jumaat dan hari Jumaat, waktu di antara azan dan iqamah, ketika khatib duduk di antara dua khutbah, ketika sujud di dalam sembahyang, bulan Ramadan, pada Malam Qadar, Hari Arafah. Begitu juga ketika minum air zamzam, ketika membaca Al-Quran terutama apabila khatam. Mengikut para ulama bahawa berdoa di tempat-tempat yang mulia seperti di Masjidilharam, Masjid Nabawi dan Masjidilqsa adalah mustajab memandangkan keberkatan dan kemuliaannya, di samping rahmat Allah Subhanahu Wataala yang luas di masjid berkenaan.

Berdoa untuk siapa
Berdoa bukanlah hanya untuk diri sendiri sahaja, tetapi kita juga dituntut mendoakan orang lain terutamanya ibu bapa, anak-anak, ahli keluarga, saudara mara, Muslimin dan Muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Ibu bapa adalah orang yang paling utama didoakan oleh anak-anak sebagai membalas jasa kerana memelihara dan mendidik di waktu kecil. Sesungguhnya doa anak-anak kepada kedua ibu bapanya adalah besar manfaatnya, lebih-lebih lagi apabila keduanya telah meninggal dunia. Begitulah pula halnya dengan ibu bapa, digalakkan supaya mendoakan anak-anak mereka seperti mana Nabi Ibrahim Alaihissalam mendoakan anaknya sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ash-Shaaffat ayat 100 yang tafsirannya:

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong dari orang-orang yang salih."

Hindarkanlah diri kita daripada berbuat zalim dan menganiaya orang lain, kerana doa orang yang dizalimi itu sangat mustajab, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari maksudnya:

"Dari Ibnu Abbas Radiallahuanhuma katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Dan takutlah engkau akan doa orang yang dizalimi, sesungguhnya doa orang yang dizalimi itu tidak ada di antaranya dan di antara Allah pendinding."


Hikmah Doa Lambat Termakbul
Ibn al-Jauzi menceritakan pengalamannya sendiri yang ditimpa suatu musibah dan beliau telah berdoa bersungguh-sungguh tetapi beliau tidak nampak tanda-tanda akan termakbulnya doa setelah suatu tempoh masa yang agak panjang telah berlalu. Maka datanglah syaitan (dalam bentuk bisikan untuk menyesatkan manusia) dan berkata : ‘Kalau orang yang pemurah tu dah tentu banyak hartanya, luas perbendaharaannya, tetapi jika orang itu bakhil bermakna dia tidak mempunyai apa-apa!’ Syaitan cuba mendatangkan was-was kepada dirinya dengan mengatakan bahawa jika Allah tidak memakbulkan doanya, dah tentu Allah tidak mempunyai apa-apa. Na’uzubillah min zalik! Lalu Ibn al-Jauzi cuba memerangi was-was ini lantas dia berkata kepada dirinya :
  1. Sudah terbukti dengan dalil-dalil yang terang dan akal yang sihat bahawa Allah itu adalah RAJA sekalian raja. Maka adalah layak bagi seorang Raja untuk memperlakukan apa yang Dia suka terhadap hartaNya. Terpulanglah samada Dia mahu memberi hartanya atau tidak. Maka tidak ada alasan lagi untuk mempersoalkan perkara itu.
  2. Dan sudah terbukti juga bahawasanya jika engkau melihat sesuatu itu sebagai kebaikan tetapi hikmah pula mengatakan sebaliknya. Sebagai contoh, seorang doktor yang hendak mengubati pesakitnya, zahirnya apa yang dia lakukan nampak menyakitkan pesakit tetapi lain pula kata hikmah; di situ adanya kebaikan yang boleh menyembuhkan.
  3. Atau mungkin juga jika dilewatkan waktu terjawabnya doa itu ada kebaikannya, dan mempercepatkannya ada kemudaratan. Bukankah Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam telah berkata (yang bermaksud) : “Seorang hamba itu akan sentiasa dalam kebaikan selagi mana dia tidak tergesa-gesa (untuk memohon supaya cepatnya doa termakbul); dia berkata : ‘Sesungguhnya aku telah berdoa tetapi belum dimakbulkan’.” (diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Ya’la dan al-Thabarani; sahih li ghairihi)
  4. Mungkin juga doa masih belum termakbul disebabkan dosa atau kekurangan dalam adab berdoa yang tidak anda sedari. Mungkin ada keraguan dalam benda yang anda makan, mungkin juga hati andai lalai ketika berdoa, atau sebab-sebab yang lain.
  5. Perlu juga anda teliti apakah tujuan di sebalik doa anda. Mungkin jika ia termakbul ia akan menambahkan dosa anda atau menghilangkan satu perkara yang baik. Maka di sini, tidak termakbul atau lewat termakbulnya doa adalah lebih baik.
  6. Akhir sekali, mungkin juga lambatnya termakbul doa itu menjadi sebab untuk engkau sentiasa di pintu munajat dan mendekatkan diri kepada Allah; jika engkau dapat apa yang engkau inginkan maka engkau akan jauh dari Allah.

Hikmah doa penuh kesabaran
ANAS bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Telah berkata Jibril: "Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah maksud dan hajat hamba-Mu si polan… Maka, Allah menjawab: "Biarkan hamba-Ku itu, kerana Aku mencintai suaranya (yang selalu bermohon dan meratap kepada-Ku)."

Hadis itu begitu dalam maknanya iaitu mengenai hubungan dan rahsia antara hamba dengan Allah. Disebabkan cinta manusia yang mengharap dan berdoa serta kerana rahmat-Nya juga, Dia merindui ratapan dan rayuan si hamba.

Sebagai hamba yang lemah dan amat bergantung kepada belas ihsan-Nya, kita hanya boleh berusaha dan berdoa. Allah yang akan menentukan apa yang terbaik bagi diri kita. Firman Allah bermaksud:

"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkannya berlaku dan Dialah juga yang memilih, tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapa pun memilih (selain daripada pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya daripada apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. Dan Tuhanmu Mengetahui daripada apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan." (Surah al-Qasas, ayat 68-69)

Mengapa manusia cepat berputus asa ketika berdoa?
Bukankah doa itu adalah ujian keimanan bagi mereka yang bersungguh-sungguh bermujahadah. Alangkah ruginya orang yang berhenti berdoa kerana jemu menunggu dan menunggu harapan yang belum terjawab.

Doa Nabi Musa dan Harun pada ayat 88, Surah Yunus yang berisi mengenai permintaan kedua-duanya supaya Firaun dibinasakan, akhirnya terjawab setelah 40 tahun berdoa.

Diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri bahawa telah bersabda Nabi SAW:

"Tidak ada seorang Muslim yang membaca doa di mana tiada pada doanya itu hal yang menimbulkan dosa dan memutuskan hubungan silaturahim, melainkan Allah pasti akan memberikan kepada orang itu dengan doanya salah satu dari tiga macam. Ada kalanya Allah segera memperkenankan doanya.

Ada kalanya doanya itu dijadikan oleh Allah sebagai simpanan pahala di akhirat. Dan ada kalanya Allah memalingkan dan menghindarkan sebarang kejahatan (bala dan bencana) daripada orang itu sesuai dengan doanya."

Berkata sahabat: "Kalau begitu lebih baik kita memperbanyakkan doa!"
Nabi SAW bersabda: "Allah akan memperbanyakkan pemberian Nya."

Tidak sedikit pun kerugian jika kita sering memanjatkan doa. Yang pasti, tiga janji akan Allah berikan kepada yang bersungguh sungguh berdoa.

bloging from phöne

thtththis iss

Tapai tak masak


Dalam sebuah kampung tinggal seorang ibu tunggal bersama anak-anaknya. Ok kita bagi nama makcik ni Makcik Timah. Makcik Timah seorang yang miskin, kematian suami dan bekerja menjual tapai di pasar. Duit hasil jualan tapai itulah digunakannya untuk membesarkan anak-anaknya.

Suatu hari, seperti mana rutin hariannya, sebelum ke pasar menjual tapai Makcik Temah terlebih dulu mencuba tapai yang diperamnya bagi memastikan tapai tersebut benar-benar masak. Namun hari itu Makcik Temah tersentak, tapainya tidak masak!

' Oh, macam mana nak jual ni?' rungut Makcik Temah kebimbingan sambil menutup kembali bungkusan yang membaluti tapainya.

Kalau tidak masak siapa mahu beli. Kalau tak dijual macam mana nak dapatkan duit untuk belanja.

'InsyaAllah, lepas ni masaklah tapai ni' kata Makcik Temah dengan penuh harapan. Dibukanya sekali lagi bungkusan yang berisi tapainya itu. Masih sama. Tidak masak.

Mahu tidak mahu, Makcik Temah membawa jugak tapainya itu ke pasar. Sepanjang perjalanan ke pasar, dia tidak berhenti-henti untuk berdoa kepada Allah supaya tapainya masak. Sampailah ke pasar, Makcik Temah membuka sekali lagi bungkusan tapainya.

'hurmm..masih tak masak'. Makcik Temah buntu. Tidak tahu apa harus dilakukannya.

Jam terus berputar. Dari pagi hingga tengah hari, dah berkali-kali Makcik Temah memeriksa tapainya. Tidak jugak masak. Makcik Temah hampir berputus asa.

'Tapai ada lagi?' seorang wanita berusia 50-an bertanya kepada Makcik Temah.

'Saya nak yang belum masak lagi' sambung wanita itu sebelum sempat Makcik Temah menjawab soalannya yang pertama tadi.

'Ada. tapi kenapa nak yang tak masak?' Makcik Temah hairan.

'Oh, saya nak bagi kat anak saya dari Mesir. Malam ni dia nak berangkat ke sana. Barangkali, sampai kat sana nanti sempatlah tapai tu masak. Boleh dia makan dengan kawan-kawan kat sana', jelas wanita itu dengan panjang lebar.

'Alhamdulillah..' terpancul dari mulut Makcik Temah.

Akhirnya habis semua tapai yang belum masak itu diborong oleh wanita itu.

*************************************************************************************

Moral of the story dari cerita ni adalah kita hendaklah yakin dengan doa yang kita pohon kepada Allah. Mintalah dari Allah, dan pasti Allah akan bagi. Cuma bagaimana, bila dan di mana semuanya urusan Allah. Seperti cerita di atas, Makcik Temah berdoa supaya tapainya masak dan bolehlah dia menjual tapai itu dan dapat hasilnya. Tapi perancangan Allah lebih hebat.


I'm leaving

Nama aku
xxxx-A,

Kampung xxxx xxxxx,
2xxxx xxxx xxxx,
Terengganu.

___________________________________________________________________________

Mrs. xxxxx xxxxx,

Senior Manager-Admin and Support,

xxxxx xxxxx Sdn Bhd,

No.xxx, Jalan xxxx xx/xx,

Seksyen xx, xxxx xxxx,

40150 Shah Alam,

Selangor. 28 February 2011


Dear Mrs. xxxxxxx,


Please accept this as formal notice of my resignation from the position of Fluid Engineer at xxxxx xxxxx Sdn Bhd, effective one (1) month from today. My last working day will be 28 March 2011.


After much consideration, I feel it is time for me to gain a new challenge and better opportunity to further my career goals.


Working for this company has been a wonderful experience. I appreciate both the professional and personal growth opportunities that have been provided to me during my time with the company.


I would like to thank you in particular for all your advice and support. I hope that we will stay in touch as I begin this new chapter in my career. I wish you and xxxxx xxxxx Sdn Bhd continued success in the future.



Sincerely



27.02.1986

Sudah 25 tahun berjalan. Masih berjalan dan terus berjalan. Menuju ke penghujung jalan dunia. Saatnya makin hampir, tapi tidak tahu bila dan di mana perjalanan ini akan berakhir. Melalui jalan yang lurus, jalan berliku, jalan yang sempit dan jalan yang luas. Rintangan dan halangan, gelak dan tawa menghiasi sepanjang perjalanan.

Semoga aku dapat terus berjalan dengan tenang dan bahagia.

Alhamdulillah sudah selamat menempuh perjalanan selama 25 tahun tanpa henti! Moga baki perjalanan yang ada, mendapat rahmat dari Allah.

Kisah kutu

kisah kutu.

Ada sekumpulan kutu yang hidup aman bahagia dalam koloninya..mereka hidup bermuafakat, saling tolong menolong menghisap darah, berkasih sayang dan tidak pernah terlibat dalam gejala sosial..kes buang anak, memang jauh sekali...begitulah amannya mereka..

Namun suatu hari, satu masalah telah melanda mereka..keadaan menjadi begitu tegang. suasana yang harmoni tiba-tiba menjadi sungguh membosankan. Kutu-kutu sangat risau...makan tak kenyang, tidur tak nyenyak, mandi tak basah sebab kutu memang tak mandi..ces..jijik betul si kutu ni..

Akibat tekanan perasaan yang amat, seekor demi seekor si kutu menghembuskan nafas terakhir.mati bergelimpangan tanpa sempat meninggalkan wasiat untuk anak-anak..akhirnya..semua kutu tersebut mati....

Oleh sebab itu, sempena memperingati kutu-kutu yang mati itu, Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) telah mengisytiharkan perkataan "mati kutu" wajib digunakan apabila seseorang manusia berada dalam situasi membosankan macam aku sekarang ni.


Moral of the story: Next week hantar surat resign. sekian, terima kasih

Kerja baru di opis

Bila kebosanan kat opis..gini lah jadinya..otak seorang engineer bertukar menjadi kartunis tak bertauliah..huh.

Sila jawab

Kalau korang semua seorang yang bijak pandai, sila jawab soalan di bawah ni. Ni bukan soalan main-main ni, tahap IQ yang tinggi je dapat jawab soalan ni. Lets try!

Pening kepala? Rilek la dulu...nak tahu jawapannya? sila scroll ke bawah...











Macam mana? :)

Miss communication

Situasi 1

Satu hari aku mendapat panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali.
Aku: Helo.
Dia: Helo, ini encik Hafizul yang hensem? (ada unsur tokok tambah di sini)
Aku: Ya, saya.
Dia: Saya xxxxx dari maybank. Saya nak offer encik kad kredit kami. Blaa..blaaa...blaa
Aku: Oh..saya tak berminat. Buat masa sekarang saya tak perlukan kad kredit.
Dia: Takpe encik. Kad ni free..takde yuran tahunan...bla..bla...blaa..
Aku: Er..takpe la encik..terima kasih.
Dia: Boleh encik bagi no ic untuk pengesahan kami?
Aku: Ok...XXXXXX-XX-XXXX
Dia: Nama ibu encik?
Aku: xxxxxx (apa2 je la dia ni)
Dia: Encik bekerja sebagai apa ek? Gaji berapa? Bla...blaa
Aku: Engineer cap ayam je..gaji RMxxxx per month.
Dia: Ok encik, boleh bagi alamat rumah dan ofis?
Aku: Rumah...Noxx...bla..blaa...petaling jaya.vOfis pulak..Noxx..bla..bla...shah alam.
Dia: Terima kasih encik. Application ni akan di approve dalam masa 2 minggu. Kalau kad ni dah siap encik nak datang ambil atau kita nak poskan?
Aku: Hah...(ish..bila masa pulak aku setuju)..ermm pos je la kat opis saya.
Dia: Ok..terima kasih encik.
Aku: sama-sama.

Namun setelah lebih 2 minggu menunggu, surat tak sampai2 jugak. Dalam maybank 2u dah ada akaun kad kredit. Aku call maybank call center.

Aku: helo, saya nak bertanya pasal kad kredit saya. Hari tu..bla..bla...bla...
Dia-2: Ok, no ic encik?
Aku: XXXXXX-XX-XXXX
Dia-2: Kad encik dah diapprove.
Aku: Tapi saya tak dapat pun kad tu. Saya mintak hantar ke opis saya.
Dia-2: Boleh encik berikan alamat rumah encik untuk pastikan ianya betul.
Aku: Noxx..bla..bla..petaling jaya. Tapi saya mintak hantar ke opis saya.
Dia-2: Oh..mengikut detail ni..kad tu dihantar ke rumah encik...bla..bla..bla..blaa
Aku: patutlah saya tak dapat..kat rumah memang takde orang..bla..bla...
Dia-2: Ok..takpe encik..nanti encik pergi maybank seksyen XX jumpa dgn pegawai di sana..bla..bla...bla..
Aku: yela..terima kasih


Kesimpulannya: terpaksa lah aku ambil time off 2 jam nak pergi bank. :)

Syukur

Blogger Templates by Blog Forum