Pagi yang nyaman ini amat sesuai untuk aku menyingkap kembali kenangan kembara perjalanan lawatan kerja aku ke luar negara untuk pertama kalinya iaitu ke Singapura pada 19/02/2010. Alhamdulillah, setelah agak kecewa kerana tidak berkesempatan ke Oklahama, US pada awal Januari lepas kerana masalah visa (
alhamdulillah sekarang sudah dapat visa US) kali ini semuanya dipermudahkan.
Lawatan kerja bersama boss aku ini walaupun hanya sehari, namun cukup memberi seribu satu pengalaman kepada aku, terutamanya untuk mengenal budaya dan ragam 'orang luar'. Seawal jam 7.00 pagi aku sudah berada di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang mungkin kerana excited untuk menaiki kapal terbang untuk pertama kalinya (
hehe). Setelah urusan check-in selesai dan diberi boarding pass, singgah sekejap di kopitiam dalam terminal untuk alas perut.Semuanya mahal; karipap sebiji RM 1.20, teh o panas RM 2.50.Tepat jam, 8.20am kami berlepas ke Singapura menaiki pesawat Firefly FY 3501. Kali pertama naik flight, terasa gerun semacam tambahan pula pesawatnya kecil namun Alhamdulillah segalanya selamat. Perjalanan selama 1 jam pada ketinggian 15000 kaki dengan kelajuan 400km/j dirasakan sekejap sahaja dek kerana mata tidak terlepas melihat pemandangan indah di bawah sana.
Ruang udara SingapuraPada pukul 9.30 am, kami sampai di Budget Terminal, Changi Airport. Setelah urusan imegresen selesai, kami ke money changer untuk menukar matawang RM ke SGD. Sekarang ni SGD 1 bersamaan dengan RM 2.40. Seterusnya kami ke luar terminal menunggu teksi untuk ke destinasi pertama kami iaitu Changi Village Hotel yang terletak lebih kurang 11km sahaja dari aiport. Kami ke sana untuk bertemu dan meeting dengan partner yang datangnya dari UK. Teksi di sini kebanyakan menggunakan kereta Toyota Corolla Crown, memang luas, selesa dan boleh dikatakan pemandunya majoriti kaum Cina yang sudah separuh umur dan memang susah untuk melihat kaum Melayu di sini. Perjalanan ke hotel tersebut melalui jalan yang cantik dan bersih. Hiasan pokok dan bunga di tepi jalan raya nampak tersusun, kemas dan dijaga rapi. Tidak dinafikan di Malaysia juga tidak kurang cantik dan bersihnya.
Pemandangan jalan sekitar Changi Airport Setibanya di hotel jam 10.10am, kami berbincang apa yang perlu di lobi hotel sehingga jam 2.00 pm. Banyak benda yang dibincang dan disembangkan yang rasanya tak perlu aku tulis di sini. Lawatan kerja ini seterusnya disambung pula dengan meeting dengan Director CD Adapco di pejabatnya di Centinneal Tower, Temasek Avenue yang terletak berhampiran Singapore City. Perjalanan dari Changi Village Hotel ke Centinneal Tower mengambil masa lebih kurang 20-25 minit. Agak hairan walaupun kawasan bandar, namun jalan rayanya tidak sesak dengan kenderaan, atau mungkin saja aku tidak melalui 'town' nya. Perbincangan dan meeting kali ini agak terbatas kerana kesuntukan masa. Jam 4.30 pm, sudah bersiap sedia meninggu teksi untuk ke Budget Terminal.
Pemandangan Singapura
Marina Square
Sementara menunggu teksi di Centinneal Tower
Lebih kurang jam 4.45pm kami menuju ke Budget Terminal. Perut dah terasa lapar dek kerana tidak menerima makanan sejak tadi. Tapi nasib baik sempat alas perut di Subang Airport sebelum berlepas. Kami decide untuk makan di Budget Terminal saja. Di Budget Terminal ini hanya ada beberapa kedai yang bagi aku makanannya tidak menyelerakan tapi Alhamdulillah McD ada!. sebiji McChicken Spicy, medium fries dan coke berharga lebih kurang SGD 7. Setelah selesai makan, kami check-in dan terus masuk ke balai berlepas. Di sini, banyak kedai yang menjual cenderahati untuk kenang-kenangan termasuklah kedai mainan kanak-kanak, kedai coklat, pakaian, elektronik dan tidak terkecuali kedai minuman keras.
Perjalanan pulang dari Centinneal Tower ke Changi Aiport
Boarding gate dan antara kedai di dalam balai berlepasLebih kurang jam 6.15pm, kami memasuki boarding gate dan menuju ke gate 8, dimana pesawat Fifefly FY 3516 yang bakal menerbangkan kami kembali ke Malaysia sedang menunggu. Kali ini kami memilih untuk duduk di seat paling belakang, paling hampir dengan pintu. Tepat jam 6.40pm kami berlepas pulang ke Malaysia. Aku tidak melepaskan peluang mengambil seberapa banyak gambar yang boleh dari ruang udara Singapura-Malaysia.
Sebelum berlepas pulang..seat paling belakang
Changi airport..pemandangan semasa berlepas
Antara dua awan..menakjubkan
Keindahan ciptaan Allah..waktu senja pada ketinggian 16000 kaki
Lawatan kerja ke Kota Singa memberi banyak pengalaman dan kenangan manis walaupun hanya sehari. Perjalanan yang memenatkan, namun sungguh berharga. Jauh berjalan, luas pemandangan.
p/s: Semoga terus diberi peluang untuk ke negara lain pada masa akan datang. Insyaallah.