Tik tok, tik tok masa berlalu begitu pantas. Hari ni hari terakhir tahun 2010. Rasanya semalam baru sambut tahun baru. Adakah masa pantas bergerak atau aku yang lambat. Mengenang kembali hitam putih kehidupan setahun yang lalu, banyak perkara yang perlu diperbaiki. Banyak perkara perlu dicapai. Ok, untuk tahun 2010 ni, jom kita sama-sama review apa yang berlaku sepanjang tahun 2010.
Kronologi Peristiwa 2010:
JanuaryTidak ada apa yang menarik berlaku di awal tahun baru 2010 melainkan aku melepaskan peluang interview dengan dua buah company. Bila difikirkan balik dengan situasi yang melanda sekarang memang menyesal, tetapi keadaan masa itu membuatkan aku tekad dengan keputusan yang dibuat. Tapi benarlah, apa yang putuskan masa tu depends pada keadaan masa tu. Kita tidak dapat jangka apa yang berlaku.
FebruaryBulan ini sedikit istimewa. Selain ianya adalah bulan kelahiran aku, bulan ini juga aku secara rasminya bergelar jurutera halal. huhuhu..sudah berdaftar dengan BEM. Alhamdulillah. Langkah pertama. Bulan ni outstation ke Singapore. Walaupun hanya sehari tapi cukup best. Banyak yang dapat aku belajar.
MarchDapat housemate baru dan jiran baru. Waa..sekaligus giteww. Setelah hampir 2 bulan duk umah sewa ni sensorang, bayar sewa rumah sorang-sorang, akhirnya berteman jugak. Tak la sunyi sangat kan. Bulan ni jugak, projek baru start. Satu projek yang buat satu opis jadi huru-hara. Semua tension. haha
AprilDisangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Mendapat khabar bonda tercinta jatuh sakit. Dugaan yang terlalu berat untuk diterima, tension. Boleh dikatakan setiap 2 minggu aku balik kampung. Memang tension, sampaikan dah ambik keputusan nak resign kerja balik duk umah. Annual leave, emergency leave semua tibai cukup-cukup. Nasib baik bos faham. Tapi orang kata, setiap kesusahan itu ada pengakhirannya. Alhamdulillah bonda sekarang pun dah sihat.
MayHati mula bergolak untuk meninggalkan kerja sekarang untuk mencar angin baru. Rasa tak best semua ada. Bulan ni juga aku menukar address blog ni kepada mohamadhafizul.blogspot.com dek terkantoi dengan bos aku. Cis, rupanya dia tahu aku ada blog selama ni. Nasib baik opismate bagitahu, cepat2 aku tukar address. Bulan May jugak menyaksikan cukup setahun aku beblogging.
JuneBulan ni boleh dikatakan semua orang demam. Demam bola World Cup 2010 termasuk lah aku. Unruk edisi kali ni, Spain jadi juara. Bulan ni macam jugak dengan bulan-bulan yang lepas, busy dengan kerja kat opis. Balik lambat tu perkara biasa. Dalam duk mencari peluang tempat lain, tup2 dapat offer dari kompeni HUC kat putrajaya. Sekali lagi aku tolak dengan alasan position yang dia nak offer aku tak minat. Damn!
JulyWorld cup masih bersambung. Kerja pulak bukan main lagi banyaknya. Mengalahkan PM rasanya.hehehe. Bulan ni jugak meninggalkan pengalaman yang indah bersama2 opismate pergi PD join team building. Memang syok habis main rakit, paintball ngan go-kart. Macam-macam deklarasi buat masa team building nak naikkan income company, tapi bila dah balik opis hampeh. Cakap tak serupa bikin.
AugustRamadhan datang lagi. Kali ni sambut ramadhan biasa2 je. Kalau dulu banyak iftar kat masjid, tapi ramadhan kali ni aku lebih selesa beli makanan kat bazar balik makan sorang-sorang kat rumah. Syahdu..menitis air mata sorang2 bro. Alhamdulillah, walaupun berbuka sorang2, sahur sorang2, terawikh ramai2 aku dapat tunaikan kewajipan dengan sempurna. InsyaAllah.
SeptemberBila dah bulan august puasa, mestilah bulan september kita beraya pulak. Kali ni cuti raya agak panjang aku dapat. Itu pun campur MC. Overall raya tahun ni kurang menjadi bro. Seawal raya ke 2 dah kena chicken pox. Aduiii merana aku terbaring kat rumah menghabiskan cuti raya. Syok apa dapat cuti panjang, tapi tengah2 menghabiskan MC kat kampung bos call suruh datang opis sebab projek baru dah start. Adeh...burn je MC aku 3 hari.
OctoberAntara bulan tersibuk. Dengan projek baru yang baru start, nak belajar benda baru, nak layan kerenah client yang nak macam-macam sakit kepala aku. Boleh kata siang malam kerja. Siang kerja kat opis, malamnya sambung lagi wat kerja kat rumah. Tapi yang geramnya takde satu pun yang melekat kat hati.
NovemberMasih macam biasa. Projek yang sepatutnya disiapkan tak siap-siap lagi. Tension tak usah cakaplah. Ada je yang tak kena. Sekali lagi opis menjadi panas, kali ni dek kerana bos aku tiba-tiba hantar surat resign. Arrrghh...huru-hara jadinya. Dulu aku nak berhenti dia tak bagi, sekarang dia nak resign camtu je. Huhu..nasib badan. Tapi takpe, benda ni buat aku lagi semangat nak cari kerja lain. Memang takkan fikir 2 kali.hehe
December
Bulan ni projek pun dah siap. Report dah hantar. Tapi masalah lain pulak yang timbul. Tiba-tiba banyak pula projek yang kitaorang dapat, tapi tak boleh nak commit sebab bos pun dah nak blah. Rugi je. So, bulan yang sepatutnya busy bertukar menjadi bulan yang paling lepak dalam sejarah dunia pekerjaan aku. Pagi buat kerja sikit, main internet petang2 pulak sembang dengan opismate sambil pekena goreng pisang.
Ok. Selesai sudah kronologi selama setahun 2010. Untuk tahun 2011 yang bakal membuka jendelanya lebih kurang 3 jam lagi apa pulak ceritanya? Sama jugak macam tahun lepas, aku bukanlah jenis orang yang suka membuat azam tahun baru. Entah. Mungkin malas dan jugak mungkin tak nak fikir banyak. Biarkan saja kehidupan ini berjalan. Tapi untuk tahun 2011 ni, aku nak kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Yang lebih success gitew, terutamanya dalam beberapa perkara. Antaranya:
KerjayaKerjaya yang stabil dan mantap. Sekarang tengah mencongak untuk mencari kerja yang sesuai dengan minat dan paling penting stabil. Tak nak lagi fikir untuk lompat kerja.
KesihatanIni antara aspek terpenting jugak. Kesihatan harus dijaga sebaik mungkin. Kalau orang lain berazam tak nak makan banyak-banyak sebab nak nampak kurus, aku pulak nak makan banyak2 nak kasi gemuk. Kalau sebelum ni jarang sarapan sampai kena gastrik, tahun ni cuba sedaya upaya tak nak tinggal sarapan. Kalau tak sure kena marah dengan doktor.heee..
Perhubungan
Perhubungan ini luas scopenya. Perhubungan sesama manusia dan paling penting dengan Allah. Untuk sesama manusia dan orang tersayang ni perlu dieratkan. Moga tahun ni dapat meluangkan lebih banyak masa dengan orang-orang tersayang. InsyaAllah.
HartaMengumpul harta yang banyak. Ceh, macam lah kerja engineer boleh kumpul harta banyak. hehe. Harta ni boleh dilihat dari sudut ilmu dan jugak kekayaan. Diri perlu dipersiapkan dengan pelbagai ilmu termasuklah yang paling penting ilmu agama. Ilmu agama perlu diperdalamkan lagi. InsyaAllah. Dari sudut harta kekayaan dunia, biarlah sekadar yang mampu dan padan dengan keupayaan serta normal manusia. Ada kereta, rumah cukuplah sebagai persediaan untuk kawen. Cewah..panjang lebar aku describe.
Apa lagi ek? Itu je lah yang terfikir buat masa ni. Hopefully tahun 2011 ini membawa seribu bahkan lebih dari seribu kebaikan untuk kita semua demi untuk agama dan diri kita sendiri,. InsyaAllah. Azam tidak memerlukan tahun yang baru untuk dirancang tapi seharusnya sebagai umat islam sebolehnya kita usahakan agar hari ni lebih elok dari hari semalam dan hari2 sebelumnya. Dan sebagai peringatan untuk diri yang selalu alpa ini, action speaks louder than words.