Special post

This is a special post. You need the password to open the link and read the content. :)

Show encrypted text

Baju putih, seluar biru

Salam,

Tadi masa nak datang opis teringat pulak kisah zaman dulu kala. Zaman bergelar budak sekolah. Dulu pagi-pagi siap nak pergi sekolah, sekarang pagi-pagi siap nak pergi kerja plak. Kalau nak dibandingkan, aku rasa masa jadi budak sekolah dulu lagi berdisiplin dari sekarang. Time sekolah dulu, tak kisahlah sekolah rendah ke menengah ke at least pukul 6.30 pagi dah bangun siap-siap, makan kenyang-kenyang pastu gerak pergi sekolah. Sekarang, kadang-kadang pukul 7 pagi baru terbangun. Adeh..

Bangun 6.30 pagi, mak kejutkan.hehe..aku memang tak pernah duk hostel sepanjang aku bergelar pelajar sekolah. Best wooo duk rumah, tak payah nak berebut makanan kat dewan makan, tak payah nak berebut jamban, tak payah nak susah-susah pergi prep. Teringat kembali zaman dulu-dulu sekitar tahun 93 (skema plak), first time pakai baju putih, seluar biru . Pergi jalan kaki je ngan akak dan abang aku. Takdenya basikal, takdenya ayah aku g hantar. Bukan dekat bro, lebih kurang 2 km jugak tu.

Seawal jam 7 pagi dah gerak. Lalu plak area2 pokok yang besar-besar. Rumah manusia pun masa tu tak banyak sangat. Bayangkanlah, takut bukan main lagi. Aku ingat lagi, kalau lalu bawah pokok besar tu jalan mesti laju punya. Ada dua sebab, pertama of course sebagai budak yang comel masa tu aku takut hantu, yang kedua sebab takut labah-labah yang buat sarang kat atas pokok tu. Gerun bro kalau dongak kat atas, bersawang labah-labah. Ganas-ganas plak tu. Muka macam nak terkam orang je.(ada unsur tokok tambah di sini).

Abis babak pertama, yang kedua pulak kadang-kadang tu terpaksa meredah air bro. Kalau malam tu hujan, mesti ada satu jalan tu naik air. Kat tepi jalan tu plak semak samun, macam bendang gitu, orang tanam tembakau. Nak tak nak, sampai kat situ buka kasut, buka stokin, redah air. Sampai hujung sana, lap kaki ngan stokin, pastu pakai balik. Kaki busuk atau tak jangan citer, sebab aku sendiri pun tak pernah cium kaki aku bila samapi rumah.hehe..

Sampai sekolah lebih kurang pukul 7.20 pagi, memang tak pernah lewat la.Walaupun menempuh perjalanan berliku nak ke sekolah, aku tak pernah kena panggil duk depan perhimpunan sebab datang lambat. Tapi kalau naik pentas terima hadiah tu aku malas nak citer ar. Korang faham-faham la sendiri.

Kalau jadi budak sekolah ni, time paling best bila cikgu ada meeting. Siap je pengumuman memanggil cikgu-cikgu masuk bilik meeting, kelas macam nak pecah. Abis bersorak. Masa tu takdenya budak nerd baca buku sampai 2 jam. Tapi ramai yang buka buku latihan, koyak sehelai, lipat-lipat, buat jet. Huhhh..memang nostalgia abis. Pastu siap lawan lagi, jet sape yang terbang paling jauh. Yang berjiwa seni pulak, siap colouring lagi jet diorang. Tu pasal cukup bulan je, mintak ayah beli buku baru ngan pensel warna baru. Time tu buku latihan baru 30 sen.

Saat paling best jugak time rehat. Bunyi je loceng macam siren kebakaran bomba tu, memasing dah tak senang duduk. Ada la yang mula keluarkan bekal dari dalam beg, ada yang keluarkan botol air. Ohye, trend budak-budak dulu suka sangat bawak bekal air. Semua, lelaki dan pempuan. Tak macam budak-budak sekarang, malu. Air pulak bukannya air masak putih tu, tapi air milo, air teh, nescafe. Botol air plak macam-macam jenis, yang kecik, yang gemuk, yang bentuk handphone. Kiranya sape yang bawak bekal air milo dalam botol air bentuk handphone time tu kira yang paling gempak la.
salah satu koleksi botol air aku (kredit to pemilik gambar)

Bagi bebudak yang bawak bekal, selalunya akan berkumpul bawah pokok, duk atas rumput hijau buat bulatan, makan sama-sama. Bekal sape masuk tahi burung kira nasiblah. hehe..Yang tak bawak bekal pulak duk kat kantin. Sekolah aku dulu ada dua kantin. Kantin 1 dan kantin 2. Kantin 1 jual makanan berkhasiat, kantin 2 jual makanan tak berkhasiat. Tak percaya? Tolonglah percaya, kalau kantin 1 jual sandwich, nasi, donut dan kuih-kuih, kantin 2 plak jual makanan ringan yang ada mainan. Belon la, gambar ultraman la, mainan plastik pun ada dan macam-macam lagi la. Kalau sekarang ni, sure orang yang jaga kantin tu dah masuk dalam buletin utama TV3. Dulu, makanan amatlah murah. Nasi putih lauk gulai ikan tongkol baru 30 sen sepinggan. Air sirap pulak 10 sen segelas.

Pastu pulak 3 4 bulan sekali van milo datang, bagi milo ais sorang segelas. Nampak je van milo parking kat depan sekolah masing-masing dah bersorak dah. Beratur ikut kelas tu..masing-masing buat muka tak sabar. Yang jenis tak malu pulak, sampai mintak 2 3 kali. Tapi sory, abang milo takkan layan punya. Haha..Dah dapat sorang segelas cepat-cepat masuk dalam kelas, minum sikit-sikit, takut habis. Kalau jenis yang nakal, dia minum cepat-cepat pastu paw budak lain punya. Hampeh betul. Pastu reramai pergi kat paip air, basuh gelas letak atas meja letak alat tulis, tak pun letak plastik gula-gula. Cikgu tak ajar pun semua tu, tapi tu la orang kata, budak budak zaman dulu memang kreatif dan pandai kitar semula. hehe..

Van milo

Itu semua citer lama, cerita sekolah rendah. Cerita tentang perkara yang happy je. Main guli, main jet kertas, main 'decok', main batu seremban..semuanya pasal main. Mesti korang semua tersenyum, teringat zaman masa kita jadi budak sekolah dulu. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, inginku kembali semula. Huhu..

p/s: sape tak tau main decok tu apa, sila tanya. nanti aku wat satu entry khas 'Main Decok'


Cerpen: Jumaat itu

Suasana tengah hari Jumaat itu sungguh panas. Bahangnya amat terasa. Ramai jemaah tersengguk-sengguk mendengar khutbah dari khatib yang merdu suaranya. Lantang berbicara tentang kebenaran. Lantang menyeru umat Muhammad supaya bertaqwa.

"Bertaqwa lah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan lah kamu mati melainkan dalam keadaan beriman"

Ya, setiap minggu, seruan itu mengisi ruang kosong telinga, supaya ia meresap ke dalam jiwa. Sejauh mana keberkesanannya bergantung kepada diri sendiri. Iman manusia ini lemah, seperti air laut. Ada pasang dan surutnya. Fitrah seorang makhluk bergelar insan.

Apakah maksud taqwa. Menurut ulama' taqwa itu melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Itu lah taqwa secara umumnya.

Kelihatan masih ramai para jemaah mengambil wudu' sedangkan si khatib hampir selesai membaca khutbahnya. Tak kurang jugak dengan kanak-kanak yang belum baligh bergurau senda tanpa menghiraukan para jemaah lain yang khusyuk mendengar khutbah.

Anak-anak tahfiz pula berjalan perlahan di depan para jemaah, membawa tong kecil jikalau ada para jemaah yang sudi menghulur sedekah di hari mulia. Alhamdulillah, masih ramai rakyat Malaysia yang bermurah hati.

"Abang, apa isi khutbah hari ini?". Soal isteri kesayanganku sambil menyedok kuah tom yam ke dalam pingganku yang berisi nasi putih.

"oh..khatib berbicara tentang al-quran. Kepetingan al-quran dalam hidup kita.Sama jugak dengan hujan, dari segi analoginya."

"Macam mana tu abang?" soal isteriku, inginkan kepastian.

"Ya, hujan dan al-quran kedua-duanya diturunkan Allah dari langit. Air itu diturunkan untuk menyuburkan bumi Allah agar kekal subur dengan tanaman dan memberi manfaat kepada manusia. Begitu jugak dengan al-quran, diturunkan untuk menyuburkan jiwa manusia. Menjadi petunjuk dan teladan kepada manusia agar sentiasa berada di landasan yang betul".

"oh..macam tu, baru umie faham."

Aku hanya tersenyum. Alhamdulillah, walaupun aku seorang yang mendengar khutbah hari ini, tapi aku dapatkan sampaikan initpati khutbah kepada seluruh isi rumah. Aku tersenyum sendirian. Kelihatan Muizuddin, putera kesayangan kami sedang asyik memakan tembikai merah yang ranum, tanpa menghiraukan perbualan umie dan abie nya. Kanak-kanak, masih belum mengerti, namun harus disemai dengan tarbiah islam sejak kecil.

"Muizuddin dah baca bismillah sebelum makan?" soal aku kepada anak lelaki kesayanganku.

"Belum.." jawab Muizuddin ringkas.

"Anak abie...sebelum makan kena baca bismillah. Itu adalah antara adab sebelum makan. Baru lah apa yang kita makan ni menjadi berkat, belajar pun jadi senang. Lagipun, itu rezeki Allah..bismillah tu jugak tanda kita bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi kat kita. Muiz faham apa abie cakap?"

"Faham abie..", jawab Muizuddin tanpa banyak bicara.

"Ermm..dah la. Jom kita makan, Muiz baca doa makan", gesa isteriku yang sejak dari tadi terdiam mendengar nasihatku kepada anak kami sambil mengusap-ngusap kepala Muizuddin dengan penuh sifat keibuan. Alhamdulillah..sejuk hatiku melihat gelagat dua beranak itu.

Walaupun masih tergagap-gagap dan banyak sebutan yang tidak betul semasa berdoa tadi, aku berbangga dengan anak lelaki kesayanganku. Biarlah, umurnya baru mencecah usia 4 tahun. Masih ada banyak ruang untuk diajar dan diasuh.

Makan tengah hari sebegini digunakan sepenuhnya untuk aku bermesra dengan isteri dan anak kami. Suasana yang aku idamkan sejak dulu.

"Muizuddin, kenapa tak makan nasi sayang? Mari umie suapkan" soal umienya sambil cuba menyuapkan nasi dari pinggannya ke mulut Muizuddin.

"Muiz tak nak..lauk tak sedap" rengek Muizuddin.

Ish anak kecil ini, sudah pandai mengomel.

" Muiz..tak baik cakap macam tu tau. Penat umi masak untuk Muiz dan abie..Kita tak boleh merungut. Dengar tak abie cakap tadi. Ini rezeki yang Allah bagi. Tak baik cakap macam tu", nasihat umie dengan penuh sabar.

Aku tersenyum kepada isteriku tanda setuju dengan apa yang diperkatakan kepada anak kami.

"Muiz nak makan ayam goreng", rengekan Muiz semakin manja.

"Muiz, esok umie masak ayam goreng untuk Muiz banyak-banyak. Ok?" pujuk umie, masih bersabar dengan anak lelakinya.

Akhirnya Muizuddin akur. Membuka mulut menerima suapan ibunya tercinta. Ya, seorang ibu yang membesarkan anak-anak tanpa mengharapkan balasan. Itu lah cinta seorang ibu. Ternyata, Muiz anak yang manja. Semacam umienya. Inginkan perhatian barangkali. Biarlah anak kecil. Bisik hatiku.

"Muiz, lepas makan nanti tolong umie dan abie kemaskan meja makan tau. Kesian umie, dah penat masak untuk kita. Lagipun Muiz dah besar, lepas ni Muiz dah nak jadi abang." aku berbicara dengan Muiz sambil mata melirik kearah kandungan isteriku yang berusia 5 bulan. InsyaAllah akan lahir seorang anak penyejuk mata hati abie dan umie, membesar menjadi anak soleh solehah. Fikirku sendirian..

p/s: ini adalah rekaan semata-mata, semoga isinya bermanfaat untuk semua. InsyaAllah

Wish me luck

Salam,

sebelum balik kerja, kita update blog dulu sikit.
wish me luck for this coming interview...
thanks buat orang tersayang (tak perlu la sebut satu-satukan sape dia, kang penuh plak post ni dgn nama2 orang)..

ok. sudah

Stay, Move, M.Eng

Choice...

STAY

MOVE

M.Eng

Cita-cita di hari pertama persekolahan

Salam,

Hari ni merupakan hari pertama sesi persekolahan untuk sesi tahun baru 2011 ni. Ada yang excited, yang takut-takut dan mungkin gak ada yang nangis. Tapi sekarang ni tak ramai dah yang nangis. Bukan macam zaman 90 an dulu, rata-rata untuk first week mak bapak still menempel kat luar kelas menunggu anak depa. Hilang kejap je, anak dorang dah lompat terjun tingkap kelas. Budak-budak dulu memang advance, tak macam hari ni semua baik-baik dan dah biasa dengan orang ramai.

sumber [kosmo]

Apa yang seronoknya hari ni? Hari ni semua yang dipakai putih bersih start dari hujung kepala sampai lah hujung kaki. Beg sekolah pulak yang jenis ada roda, tak up to date la kalu still pakai beg yang galas tu je. Kotak pensel pulak kalau boleh lagi besar lagi bagus. Semua nak sumbat. pensel 2b sampai 10 batang, pastu pemadam 2 3 ketul. Kalau yang dah besar panjang pulak hari pertama ni la nak test market. Orang kata nak jual saham. Masing-masing duk compare brand baju ngan seluar yang dipakai. Rambut mesti cacak. Kasut tok sah cakap la. Hari pertama ni la menentukan samada saham korang tinggi atau rendah depends pada brand baju ngan seluar yang korang pakai.

Anyway, hari pertama persekolahan ni biasanya cikgu tak mengajar lagi. Baru nak warm up. Mood cikgu pun masih kat pulau perhentian, cameroon highland atau bukit fraser lagi. Hari ni jugak confirm cikgu-cikgu bergaya habis. Takkan nak pakai baju lama. Nanti budak-budak kata, 'ish cikgu ni, pakai baju tahun lepas je' walaupun baju tu korang beli 2 3 bulan yang lepas. Tak boleh, tak boleh. Cikgu pun mesti pakai baju baru. At least untuk hari ni. hehe. Paling syok hari pertama persekolahan ni jugak sebab ada sesi perkenalan diri. Time ni la nak ushar awek-awek baru yang baru pindah masuk kelas korang. Bagi budak darjah satu pulak, sesi memperkenalkan diri berbeza sikit. Biasanya cikgu tanya nama, umur, duduk kat mana, anak ke berapa dan paling syok bila cikgu tanya bila besar nak jadi apa.

Bermacam-macam pekerjaan yang keluar tapi yang standard ataupun default ambition bagi kanak-kanak sezaman ngan aku dulu adalah polis, askar, cikgu, doktor. Itu je la..kalau dalam kelas tu 30 orang, at least separuh nak jadi polis, askar, cikgu dan doktor. Yang separuh lagi jawab nak jadi ustaz, kerani dan dua tiga kerat nak jadi engineer. Ok, sebut pasal cita-cita ni aku ingat lagi, time tu darjah dua..cikgu tanya sorang-sorang bila besar nak jadi apa. Aku macam budak yang normal jawablah jawapan default waktu tu nak jadi polis. Sampai turn kawan aku, 'cita-cita kamu nak jadi apa?' cikgu soal. Member aku jawab 'saya nak jadi arkitek'. 'oh..bagus-bagus', tang2 cikgu tu puji member aku.

Waktu tu dia kira gempak ar..budak-budak lain pun kagum abis. Tapi satu je memain dalam fikiran aku. Arkitek tu keje apa..Sebagai seorang budak yang tidak suka menangguh persoalan dalam kelas, aku pun tanya kat member aku ' eh..arkitek tu keje apa?'
'Ntah, aku pun tak tau. Abang aku kata keje ni best', jawab member aku.
Hampeh betul..ada pulak camtu.

Ok, tu cita-cita budak dulu-dulu. Sekarang ni kalau ditanya budak-budak sekarang apa cita-cita mereka bila besar nanti, bermacam jenis pekerjaan ada. Start dari doktor, engineer, pilot, lawyer, pengarah filem dan macam-macam lagi. Takde dah yang nak jadi polis atau askar, kalau ada pun sorang dua je. Agak-agak ada tak yang jawab nak jadi pembaca berita atau wartawan? Kalau ada, kat sini aku nak bagi beberapa tips untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Jom kita tengok apa tips tu.

[1] Control ayu/macho
Tak kira tempat dan ketika mahupun situasi, korang mesti control yourself. Jangan tunjuk-tunjuk melenting atau marah tak tentu pasal kerana semua tengok korang, lebih-lebih lagi kalau live. Ni adalah tips yang paling penting. Kalau korang tak lepas halangan ni, jangan harap nak jadi reporter. Salah satu contoh yang korang boleh ikut adalah macam akak kat bawah ni.



[2] Bersedia
Bersedia menghadapi apa-apa ujian yang tak diduga. kadang-kadang sebagai reporter ni korang kena tunjuk minat pada sesuatu benda yang korang report tu. Walaupun korang cukup menyampah, kena tunjuk korang suka. Dan bila dah ada elemen yang berlawanan tu, masuk minyak gamat atau sebarang ubatan dalam poket sebagai persediaan. Andai jadi camni apa korang nak buat..



[3]Pandai-pandai la selamatkan diri
Part ni antara part paling penting. Kadang kala sebagai reporter ni korang ditugaskan di ceruk hutan la, tengah laut la, so pandai-pandai la korang survive nanti. Make sure amik insurans yang betul2 ok punya kalau kena macam brader kat bawah ni alamak menyesal tak habis jadi reporter..



haa..itu je la antara tips yang dapat aku kongsikan. Supaya menjadi panduan untuk sesiapa yang nak menceburkan diri dalam bidang penyiaran ni. Cewahh..macam orang experience je cakap camtu. haha..

Blogger Templates by Blog Forum