Aku dah tua??

Salam semua,

Apa yang nak aku ceritakan di sini adalah kisah benar. Benar-benar berlaku atas diri aku sendiri. Agak lucu dan menarik. Ok la, straight to the point. Khamis lepas, aku pulang lewat dari opis, lebih kurang pukul 7.15 pm camtu..hishh..malas btol balik lambat ni..

Sebelum balik tu singgah Petronas jap, isi minyak. Masa tu dah masuk waktu maghrib..kat sini lah berlaku sesuatu yang tidak diduga. Cam biasalah, sampai stesen minyak pergi kaunter dulu, bayar. Then masa aku sampai kat moto nak isi minyak, tiba-tiba datang sorang budak perempuan. Aku agak-agak dalam umur 14 atau 15 tahun camtu..dia menyapa aku..terjadilah perbualan yang indah kat stesen minyak yg permai itu..ehhee

"assalamualaikum pak cik" -yess..seriously, she called me 'pak cik'.

"Waalaikumussalam", aku jawab la kan..wajib menjawab salam..(bagi salam tu sunat).

"pak cik, sy ada jual CD ngan ubat herba ni, untuk sumbangan. pak cik, kalo tak nak beli pun xpe, boleh bagi sumbangan. masa muda ni la nak wat amal jariah pakcik".

"aah..btol tu..tak pe la adik ye, lain kali". aku cuba memberi alasan. Bukan apa, dh biasa sangat berlaku camni.

Ish lambat pulak minyak ni mengalir masuk dalam tangki moto aku..dah sudah tu, aku pun buat-buat la baik ngan budak tu. amik berat sikit..

"adik, dah maghrib ni..tak balik lagi ke?" aku bertanya.

"pakcik, pakcik tgk saya kat mana? kat petronas kan.so tak balik lagi la." budak tu cakap..(tapi bahasa lembut la). terkedu gak aku. Budak ni betul la.hish....

aku pun naik motor, start engine terus gerak. Dalam perjalanan pulang tu, aku senyum sensorang. Budak ni betul-betul buat aku geli hati..ada ke patut dia panggil aku pak cik. tua sangat ke aku???hahaha..i'm only 24 ok..still young..

tapi takpe lah, aku tak marah pun. at least budak tu buat aku senyum sepanjang aku balik dari opis. hilang tensen keja...

p/s: anak buah aku panggil aku pak lang..bukan pak cik,,

This is my decision

Salam,

First of all, sorry jika entri aku kali ini agak membosankan. Warning!!!Please don't read this entry if you feel bored. Yeah, again! and again! this entry is about my career, my job, my duty, and bla...bla.... So aku nasihatkan..kalo sesape dah rasa bosan tu jangan teruskan membaca utk kesihatan jiwa anda.

The story is, last week I received two emails on same day and almost at the same time. First from SimeDarby and another one from a piping company in Bukit Raja, Shah Alam.They invited me for an interview session on 19 and 20 January respectively. Ye, hari ni untuk SimeDarby MTP interview dan esok untuk satu lagi company. Setelah berserabut berfikir panjang, aku decide to pull back. Aku decide untuk tolak kedua-dua interview. Why???are you crazy???SimeDarby tu.Company besar..btol, aku jugak fikir camtu.tapi setelah difikir masak-masak, aku rasa rezeki aku di sini, my current company. List kat bawah ni antara yang aku sempat fikir yang membantu aku membuat keputusan (utk SimeDarby)
  • This only first stage interview..ada 2 stage lagi kalo aku berjaya lepas .yeah..aku cepat putus asa??i don't know..depend pada org yg menilai.
  • Jika aku dpt simedarby ni sekalipun, aku tak tau division mana yg dia letak??kalo energy and utilities alhamdulillah..kalo property, plantation..automotive ??takkan aku nak lupakan OnG field yg selama ni aku idamkan
  • Aku tak yakin environment kerja kat sana nanti..adakah aku akan dapat bos dan colleagues yg baik cam sekarang. ada org kata aku takut untuk mencuba yg baru. yes you are right!Big company like simedarby..no one can help you. Depends on your initiative...
  • Seperti kawan aku ckp, walaupun Simedarby tu company yang besar tapi tak semestinya semua Ok. Susah untuk perform dalam kompeni yang besar especially utk fresh graduate..you really to work hard. Baru la bos pandang. Tapi aku tak nafikan big company sesuai untuk gain experience..depend pada company dan
  • Amat susah untuk mengecewakan org yg berharap pada kita..yeah..aku memang mudah percaya kepada org.mudah termakan pujukan.i don't know why.
  • dan banyak lagi yg xdpt aku tulis kat sini.

Untuk company yang satu lagi ni, aku tolak jugak. sebabnya mungkin aku dah tensen sgt fikir soal interview ni berhari2..


p/s: this is my first time blogging from office during office hour.
p/s/t:maaf sebab guna bahasa rojak. My english is standard one punya level..harap maklum!
p/s/t/u: terima kasih kepada kwn2 yg memberi nasihat dan pandangan
p/s/t/u/v: sangat berharap Simedarby tak blacklist aku

Tahun penuh cabaran

Salam semua,

Masih belum terlambat rasanya untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2010. Semoga tahun ini membawa seribu erti dan moga tahun ini lebih baik dari tahun 2009. bagi yang merancang untuk bertunang atau berkahwin selamat aku ucapkan.

Bagi aku, kedatangan tahun baru 2010 ini penuh dengan cabaran. Penuh dengan dugaan untuk menjadi seorang yang lebih berdikari, bertanggungjawab atau lebih tepat untuk menjadi seorang yang 'dewasa'. Kehidupan, kematian, kegembiraan, kesedihan, kesenangan, kesempitan, semuanya dilalui oleh setiap makhluk bernama manusia. Kehidupan tidak selalunya penuh dengan kecerian dan kesenangan bahkan perjalanan ini penuh dengan liku-liku berduri yang harus ditempuhi untuk sampai ke penghujung jalan.

Blogger Templates by Blog Forum