Pesanan untuk seorang sahabat..

Menerima dan memberi cinta bukannlah senang..memberi perlu dengan tanggungjawab, menerima dengan amanah.Baru la lengkap sebuah cinta kehidupan. Dan yang pasti, cinta itu bertunjangkan dan bersandarkan cinta pada Illahi..

Bukan mudah menerima cinta wanita. Bukan mudah memberi cinta kepada wanita. Ingatlah..segalanya memerlukan keikhlasan.Keikhlasan memberi, keikhlasan menerima dan yang paling penting adakah engkau ikhlas memberi dan menerima kerana Illahi?

Wanita yang di kala engkau melihat wajahnya hatimu terasa tenang..Kejernihan wajahnya bisa mendamaikan hatimu yang resah, sopan budi hatinya mententeramkan jiwamu, lembut bicaranya mengentalkan semangatmu dan jika engkau melihatkan dirinya terasa bertambah kecintaanmu kepada Illahi. Itu la wanita untukmu..Ikutlah gerak hatimu, berpandukan syariatNya.

Ingatlah sahabat, wanita itu adalah perhiasan dunia, seindah perhiasan adalah wanita solehah. Berpegang pada janji yang belum pasti adalah sia-sia...biarlah takdir menentukan.Hidup dan mati hanya untuk Allah..


p/s:
1.Entri ini aku tulis khas untuk seorang sahabatku. Semoga dia tabah menghadapi dugaan ini.Ini adalah cubaan untuk dirimu..mungkin juga sebagai titik permulaan bagi kehidupan 'dewasa' mu. InsyaAllah.
2. Entri ini juga sebgai peringatan untuk diriku sendiri..

Ingat!!!!"wanita adalah hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah"

Pak Li Kopitiam

Diri ini baru sahaja pulang dari menziarahi sahabat di UITM..Sudah lama berjanji dengan sahabat aku ini untuk mencuba masakan di Pak Li Kopitiam kat Shah Alam.Hari ini baru ada kesempatan.Itu pun nyaris-nyaris aku "cancel" kan janji itu. Janji jumpa kat UITM pkul 6.15ptg, tapi aku terlajak sehingga pukul 6.45 ptg..dek kerana kelewatan aku meninggalkan ofis kerana last minute meeting..mengenangkan sahabatku ini sudah menunggu, tak elok rasanya "cancel" begitu saja.Nak tak nak, janji mesti ditunaikan..

Alhamdulillah..lebih kurang pukul 7 ptg, kami sampai di Pak Li Kopitiam..Nice place, pengujung pun ramai..Aku memilih untuk minum kopi tradisional ais dan mee udang..sahabatku pula memilih nasi lemak special. Harga nya pun ok..berbaloi dengan 'status' kopitiam dan menunya.

Pak Li Kopitiam

Selesai saja makan, aku ke UITM bilik sahabatku ini untuk solat maghrib. Hari ini, aku solat maghrib 6 rakaat!!Mana taknya..solat pertama salah arah kiblat..Ini semua kes salah faham, sahabatku ini hampar sejadah dah elok2, aku yang mamai ni bantai belah lain..masa tu pulak sahabatku ini duk kat toilet. Dia masuk bilik aku dah bagi salam...sekali dia cakap salah arah kiblat daaaaa...huh, solat la sekali lagi jawabnya.

Sementara menunggu isya' aku sedut dulu movie-movie yang ada dalam komputer sahabatku ni sebagai stok untuk hari minggu ni..mana-mana movie yang aku rasa ok aku copy je semua..lepas solat isya' aku dengan rasa malasnya pulang ke rumah. Dah tu on the way balik umah, ada accident kat federal..baru je lepas accident. yang sempat aku tengok, kereta Myvi merah dah remuk kat depan..driver aku tak tau la camne..

Begitulah rentetan perjalanan hari ini..Best hari ini hari Jumaat sebab esok cuti..hehe..

Moral of the story:
1.Nilai persahabatan itu adalah berharga bagi orang yang betul-betul menghargai sahabatnya..
2.Pastikan arah kiblat betul-betul sebelum solat, kerana ia adalah syarat sah solat..(peringatan utk aku dan sahabat semua..InsyaAllah)

Lembu dan Anjing

Semalam aku sempat menjenguk ke satu forum..dan dalam forum tu ada satu artikel yang dipost oleh seseorang yang lawak tapi penuh dengan pengisian yang tersirat. Kalau sape2 dah terbaca artikel ni sebelum ni, layan je la..(buat-buat baru first time baca)..


LEMBU : Hai anjing, apa habaq?? Awat ni? Macam ada yang tak kena ja…?
ANJING: Aku tengah tension ni. Rase cam nak gigit2 je manusia tadi!!!
LEMBU: eh? Apasal pulak?
ANJING: Camni, tadi aku llau tepi dua orang manusia. Lelaki dan perempuan yang dok berkepit. Tiba-tiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “hoi anjing, pergi jauh2, najis!!”
LEMBU: Ya, lah. Hang kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu…
ANJING: kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh, raba2 awek dia tu apa?? Awek dia pun sama..!! boleh ke nak samak dosa
LEMBU: Betul tu. Memegang wanita bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang hang anjing…malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah…ayat ko memang power la…pasni manusia memang kena ubah pepatah “ pandai macam LEMBU”…huhu =)


SEKADAR PERINGATAN BERSAMA:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa “Bergomolan dengan bab* (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram. Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat. Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Moral of the story: Peringatan untuk aku dan rakan2 semua...jangan menyentuh lelaki/perempuan yang bukan muhrim..Semoga Islam terus gemilang..amiinnnn.

p/s: cerita ini juga aku ada terbaca dalam blog seseorang..untuk kebaikan bersama aku amik artikel ni untuk dipost kat blog aku supaya lebih ramai mendapat input dan ilmu..

Aku kembali

Alhamdulillah.Syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk berdiri di bumiNya meneruskan perjalanan kehidupan kita semua. Hampir seminggu perjalanan kehidupan ini sunyi tanpa entri baru, dek kerana broadband ku dipotong (tak bayar bil) dan juga kerana kesibukan tugas sepanjang minggu ini..

Minggu lepas memang busy sampaikan hari selasa lepas balik umah pukul 12 malam..bukan aku sorang, tapi semua team aku termasuk lah bos. Ok la sikit. Kalau aku sorang, tak mungkin aku boleh stay sampai pukul 12 malam. sampai kat umah dh pukul 12 malam..perut yang kosong diisi dulu dengan roti, baru lah ada energy sikit nak solat isyak..Lepas je solat isyak, terpaksa sambung kerja sampai pukul 2.30 pagi..letih jangan cakap la..zaman student dulu, xpernah study sampai pukul 230 pagi pun..tapi kerana kerja dan tugas terpaksa la buat..tu pun, tak sempat siap..dah tak tahan sangat mengantuknya, aku decide nak siapkan kat ofis pagi esok...

Dengan keadaan satu team yg kelam kabut pagi tu, akhirnya berkat usaha ramai-ramai..akhirnya siap jugak kerja tu untuk dihantar ke klient..penat..hari tu mmg dh azam, abis je kerja 530 ptg nak terus pulang..

Kerja punya pasal..

moral of the story:kerja la sampai penat, bila dah siap baru terasa nikmat..('',)

tahniah Malaysia!

Tahniah buat team bolasepak Malaysia walaupun kalah 2-3 kepada Manchester United. walaupun aku tak tengok full match, sempat jugak tengok aksi-aksi menarik Malaysia dan MU kat youtube..Dah agak dah, impossible kalau team Malaysia menang tapi agak upset jugak bila team Malaysia dapat score 2 biji..Kira MU pun nasib baik je menang. tu pun last-last minute Owen score..

Owen jadi hero MU dan Amri pulak jadi hero Malaysia..Apapun..tahniah Malaysia..


p/s: sepertinya MU dah kehilangan bisa sekarang

lagu minggu ini...

Amani

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

p/s: lagu ni dah agak lama.Bila didengar kembali best jugak...lagu ni sesuai ditujukan utk isteri..(kpd sesiapa yg dh kawen la)..no couple2...

Perjalanan ini..

Perjalanan ini mesti diteruskan..walaupun dugaan mendatang..perjuangan masih panjang. Kita tak boleh menyerah kalah...smile..

Hujan pagi
Hari ini nak pergi kerja..mendung semacam je..pkul 8 macam pukul 6 pagi. 5 minit merempit..hujan turun.nasib baik Givi ada...

Training GC
Teruskan aktiviti training equipment. kali ini belajar GC or Gas Chromatography. Alat ni digunakan untuk melihat komposisi kumpulan Hidrocarbon (methane..butane...etc) dalam crude oil..nice..

Lunch kat foodcourt je
Biasanya lunch jauh skit dari ofis..naik keta Fakhrul. Tapi sbb dia tak datang hari ni, wife dia bersalin terpaksa jalan kaki mkn kat foodcourt berdekatan je. Tahniah sebab dapat anak lelaki lagi.

Esok Meeting
Esok ada satu lagi meeting..Malas betul nak pergi meeting ni.Lebih-lebih lagi meeting kat company klient..

Proposal tak siap lagi
Ni satu lagi..proposal CFD blum siap lagi. By friday dah nak kena hantar kat klien kat Kemaman..

Jerebu
Pagi hujan, petang jerebu. Balik kerja pkul 6 pm..nampak kabut semacam je..Ni la manusia, Allah bagi nikmat suruh jaga, guna...bukan rosakkan..


Itu lah sebahagian rentetan perjalanan hari ini. Banyak yang berlaku..namum yang pasti bersedia untuk hari esok.

aiskrim di malam hari

Kelakar memang kelakar. Makan aiskrim malam-malam..tu tak pe lagi, tiba-tiba pulak satu rumah aku teringin nak makan aiskrim. Ni semua gara-gara aku buka Facebook dan click satu picture..Duk tengah-tengah tengok picture tu..ada satu picture orang tengah makan aiskrim..

"sedapnya makan aiskrim, jom mkn aiskrim"..kata bula. Aku apa lagi..sokong je.haha.dah lama tak makan aiskrim ni...padahal baru sebentar tadi makan nasi kerabu berlauk ayam yang dibeli dari pasar malam kat Taman Medan..memang perut stokin la..sumbat je semua..Mutabak yang aku beli tadi pun tak sentuh lagi...Tapi tu semua tak perlu risau..Insyaallah abis jugak..

Aku kena bertanggungjawab untuk abiskan bahagian perisa coklat (sbb faveret aku), Bula kena abiskan vanila dan semi untuk perisa strawberi..Ermm..nanti kita tengok sape yang dapat abiskan..
Aiskrim yang sedap..


Tengah berentap makan aiskrim

dan akhirnya.....

perisa coklat abis dulu..hehe..

moral of the story: makan jangan ikut nafsu..dan aku juara makan aiskrim..yum..yumm

wassalam

Satu kisah untuk renungan bersama

Sekali lagi aku selitkan di sini satu kisah yang amat menarik. Cerita ini aku ambil dari buletin kat friendster. Sama-sama kita hayati dan renungkan..semoga mendapat manfaat.

****
Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.



Ceritanya begini...


Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang

sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang

paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.






Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh.

Cerita tak berakhir di situ.Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.


Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.



Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.



Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...



-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga?

-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk?

-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ?

-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???


Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...
*****
Wassalam..

Aku orang terakhir.

Alhamdulillah..syukur kepada Allah kerana masih diberi ruang, peluang dan nikmat untuk menghela nafas tanpa sebarang bayaran..Hari yang cukup menarik..pengalaman sorang-sorang kat ofis di kala semua orang dah balik..('',)

Takut jugak duk ofis ni sorang-sorang. Ni semua gara-gara terpaksa tunggu partner dari Holland hantar updated report untuk diedit dan dihantar kepada klient..Lebih parah, di saat-saat akhir kerja nak siap, ada beberapa graph yang terlupa dia nak include..terpaksa la tunggu sampai 7mlm..

Sorang-sorang kat ofis, kecut gak perut..mulala bunyi sana.bunyi sini..tapi tu semua takde pape pun.aku bukannya takut..tapi seriau jugak la duk sorang-sorang ni..lebih kurang pkul 7mlm, email ditunggu tak sampai-sampai. aku pun decide nak call mamat tu. Fuh..nasib baik aku call, rupa-rupanya dia tengah buat lagi sejam baru siap..nasib baik aku tak tunggu..kalau tak, haru dibuatnya.

Dah mamat tu kata siap sejam lagi, aku simpan laptop masuk dlm beg..kunci ofis terus pulang kat umah..sampai kat umah, dah masuk waktu maghrib..sementara tunggu mandi, On laptop..buka outlook kot2 email dah masuk.

Tunggu punya tunggu pkul 9.15mlm baru email masuk..Aku siapkan cepat-cepat dan terus send kat klient..

Moral of the story: jangan takut kalo duk sorang-sorang kat ofis. Takde apa yang nak ditakutkan.Kita hanya layak untuk takut kepada Allah..

Wassalam

1 Malam 2 Proposal

Malam ni kena siapkan 2 proposal.Satu proposal CFD satu lagi flow assurance.esok pagi-pagi dah nak kena tunjuk kat bos. Sebelum lunch kena hantar kat klient. Nasib la badan..tidur pkul brape la malam ni..

Alhamdulillah..

Petang hari Sabtu yang sunyi ini, aku sempat untuk menjenguk sebentar ke blog aku yang sudah beberapa hari sunyi tanpa entri baru. Ya, layout blog aku berwajah baru..saja mencari angin perubahan agar nampak lebih segar dan senang untuk ditatapi. InsyaAllah dari masa ke semasa aku akan cuba mengindahkan lagi blog ini agar rakan-rakan semua tak mengantuk dan bosan bila menatap Perjalanan Kehidupan ini.

Wassalam..

Blogger Templates by Blog Forum