7 Hari Yang Pendek

Seminggu ibarat 2 3 hari je..pejam celik dah cukup seminggu berehat kat kampung.rasanya baru semalam sampai kat kampung hari ni dah duk KL balik..cepatnya masa berlalu.kalau kat rumah makan dan tengok TV je kerjanya...tu yang best tu...petang-petang lepak kat jeti dengan kawan-kawan.

Lebih kurang 7 hari kat kampung, aku macam biasalah kalau tak de kawan-kawan yg ajak keluar aku melepak je kat rumah.Maklumlah..kawan-kawan pun ramai yg takde kat kampung. ada yg praktikal, ada yang kerja, ada yg g vacation.masing-masing sibuk.

tapi Alhamdullillah..hujung minggu lepas (Jumaat &Sabtu) dapat jugak jumpa kawan-kawan. 2 hari tu dapat la jugak keluar minum dan makan ngan kawan-kawan kat jeti. best...semalam pun sebelum bertolak ke KL sempat lagi makan nasi air special. haha..

Namun apakan daya, tanggungjawab tak mengizinkan diri ini bersenang lenang selamanya..Hari ni aku dah sampai KL. Esok hari pertama aku kerja..macam-macam perasaan ada, seronok, teruja, takut pun ada.haha..

Erm..tengok je apa yg berlaku esok..

wassalam

Perjalanan Ke Destinasi Baru

Perjalanan dari alam universiti kepada alam pekerjaan sesuatu yg cukup menarik, bimbang, teruja,sedih semuanya ada. Sedih kerana terpaksa meninggalkan alam universiti yg penuh suka dukanya...setiap hari main game "FIFA", tengok movie, kelas pulak sehari 2 3 jam lebih-lebih lagi bila dh final year..Bila masuk je "study week" masing-masing sibuk tanya soalan spot kat tutor (lebih-lebih lagi Mr. Satar)...amat lucu bila dikenangkan kembali...

itulah alam belajar, tak perlu nak fikir banyak perkara, taggungjawab hanya untuk belajar. duit orang dah bagi, tak perlu susah kerja kat luar untuk cari duit.

Namun, kata orang perjalanan tidak hanya berhenti di situ...ada masih banyak lagi jalan-jalan dan destinasi yg perlu ditempuhi. Destinasi yg terdekat selepas belajar adalah alam pekerjaan..yg dapat aku bayangkan sesuatu yg penuh tanggungjawab, kesempitan masa, tekanan, dan lain-lain lagi.tp semuanya itu harus dilalui sebagai salah satu pelengkap bg kehidupan manusia yg normal hari ini.

apapun, di setiap perjalanan dan destinasi itu kita harus menikmatinya dan mengambil seberapa banyak ilmu yg boleh sebagai bekal untuk ke destinasi seterusnya.

Lirik Lagu Yang Bermakna

"Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Sudah menjadi suratan
Setiap sesuatu bersifat sementara
Jerih perit di dunia
Terungkai dek pawana
Hembusan ketaqwaan

Pilu melihat mereka
Dihimpit kemiskinan
Yang serba kekurangan
Berkat walau sedikit
Terukir keredhaan
Di wajah ketenangan

Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Berusaha hindar keculasan
Waspada kefakiran
Jerumuskan kekufuran
Maruah dibela dijaga
Tidak meminta-minta
Hanya Tuhan segala

Mereka fakir di dunia
Namun berilmu dan beramal mulia.. "

(Harapan Tidak Buta , Alarm Me)

Lirik kat atas tu merupakan lagu Kumpulan nasyid Alarm Me...satu lirik lagu yg bagi aku amat bermakna dan memberi kesan yg mendalam kepada sesiapa yg menghayatinya terutamanya yg di"bold"kan tu.

Apabila aku dengar je lagu ni, pastinya aku teringat zaman muda-muda kat Matrikulasi Kedah dulu. Maklumlah, first time aku dengar lagu ni kat matrik dulu, apabila roomate merangkap classmate aku , Rizal sllu mengulangi lirik kat atas tu.

Dan hari ini, selepas solat maghrib sempat la aku dengar kembali lagu tu..saje je nak mengubati hati yg sepanjang hari kebosanan.

wassalam.

Susahnya Nak Buat Keputusan

Pagi yang cerah dan indah 17 mei...aku merasa kebosanan yg melampau.tak tahu nak buat apa selain duk depan PC berinternet.Kawan-kawan ramai yg dah balik kampung tinggalkan aku.aku pun nak balik kampung jugak, tapi apa kan daya ada perkara yg perlu diputuskan..soal first kareer aku sebagi engineer.ermm kalu aku amik offer kilang kat Klang tu maknanya esok aku kena pegi wat medical checkup kat kilang tu dan aku boleh start keje 15 Jun ni..dapat la aku balik kampung..Tapi kalau aku amik offer company satu lagi, maknanya aku kena start keje akhir bulan ni.aku baru je abis blaja awal bulan ni...takkan akhir bulan dah nak start keje..aku nak gak rilek2 dulu..haha..tak sempat la aku balik kampung..apapun esok aku kena decide nak terima offer yang mana..susahnya nak buat keputusan..esok la menentukan segala-galanya.aku harap keputusan yg aku buat ni adalah yg terbaik yg Allah telah tetapkan untuk aku..aku terima segalanya..Walaupun perbezaan gaji antara 2 offer ni agak besar..tp aku rasa aku akan pilih offer yg dapat bagi aku experience yg lebih banyak..maklumla..fresh graduate kna la timba banyak ilmu..senang nak survive nanti..

wassalam..

Genting oh Genting..

Empat tahun bertungkus lumus (kononnya) blaja kat U akhirnya aku secara tak rasmi graduate gak pada 6hb Mei lepas wpun konvokesyen sbnr bulan Ogos ni...hehe..Erm apa lagi, bila dah free camni, maka keluarla idea nak pegi jalan-jalan kat genting.dengan berbekalkan perancangan hanya semalaman, pada 11 mei lepas aku dan 2 org lagi member aku mat nor dan semi pun bertolak dari KL sentral.sorang kena bayar RM42, pakej yg termasuk tmbang bas, skyway dan theme park.cukup berbaloi bagi aku...kami bertolak jam 10.30 pagi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam yg bagi aku cukup membosankan.aku duk sebelah semi seat no 1&2, tp kesian mat nor duk ngan uncle cina kat seat no 3&4.. .

setelah sejam berlalu...akhirnya kami sampai kat genting atau lebih tepat lagi kat stesen skyway..waaa..masing-masing teruja maklumla ni la pertama kali sampai genting (hehehe)..dapat gak naik kereta kabel..selepas beratur agak panjang menunggu giliran akhirnya kami dpt naik kereta kabel ngan 4 org lagi student UIA rasanya yg kami jumpa dlm bas td dan sorang abang pekerja genting..ermm sebuah kereta kabel boleh muat 8 orang je.

Suasanya dalam kereta kabel cukup best...dpt tengok pemandangan hutan hujan tropika Malaysia..kalo tak silap aku..panjang laluan kereta kabel tu sejauh 3.4km.. bila dh kat dalam kereta kabel tu maka sesi bergambar pun bermula la..maklumla...nak dijadikan bukti kpd kwn2 yg lain kami semua penah naik kereta kabel (hehe)..mula-mula kami memuji-muji keindahan pemandangan sekeliling tp kalo mmg dh budak engineering tu tak leh lari dr nak sembang pasal kereta kabel tu sendiri..pasal kabel, pulley, system, camne diorang buat...mcm2 lagi la..sempat plak matnor bertanya "apsal dia design bengkok camtu hah?", bila sebuah kereta kabel lalu dari arah bertentangan..waaa satu soklan yg sukar dijawab oleh aku dan jugak semi..haha..

(pemandangan dari kereta kabel)

Nak dipendekkan cerita akhirnya kami sampai ke destinasi yg dituju..kuar je kereta kabel kami terus mencari tempat makan..maklum la masing2 lapar..tak sempat nak bersarapan pagi..jadi kami pun singgahla makan kat KFC...ermm boleh tahan mahalnya KFC kat sini compare ngan tempat lain..tp biasala tempat camni.selepas mkn, kami pun berjalan la menuju ke theme park berpandukan papan tanda arah..akhirnya kami sampai kat entrance theme park tu..setelah dipakaikan tag kat tangan tu, kami dengan perasaan teruja pun jalan2 la tengok keadaan sekeliling...kat semua tempat orang beratur panjang menunggu giliran nak bermain..hari isnin pun ramai orang..nasib baik tak pegi weekend.

Game yg pertama kami main ialah bot bulat..(aku xtau nama betulnya apa)..erm satu game yg agak santai dan bosan tp cukup untuk menguji tahap keupayaan kita mengawal bot yg bulat..ada sorang akak tu bot dia aysik berpusing je sbb dia kurang mahir handle bot dia..lepas naik bot kami mencuba pula naik "flying dragon train"..btol-btol terbang..kecut gak perut bila train ni memecut kat selekoh..walaupun hanya satu round ia tetap menyeronokan...Lepas je naik train ni..kami pegi solat zuhur dulu kat surau berdekatan..(enjoy2 gak, tp solat jgn tggal)..

selepas main 2 game yg biasa2 tu, kami decide nak main game yg lebih mencabar...pastu ternampak la "kapal lanun".."game ni best gak ni", kata matnor..setelah menunggu lebih kurang 5 minit, kami bertiga pun naik dan duduk paling hujung kapal tu..kononnya nak rasa lebih seronok..mula-mula kapal tu berayun perlahan-lahan, tp lama kelamaan makin laju..kecut perut aku..macam nak tercabut jantung bila kapal tu berayun dari tinggi ke rendah sampaikan matnor terpaksa pejam mata..hehe... lama jugak kami "dilambung ombak" tu..lps je main game tu aku rasa dh lain macam..kepala dh pusing..jalan pun tak btol..tp perjuangan mesti diteruskan..

selepas berjalan-jalan sekejap..kami jumpa geme yg tidak kurang menariknya..train..naik train ni lagi takut..mula-mula train ni bergerak biasa je melalui "gua-gua" tp tiba-tiba dia memecut dengan laju...takut...gerun...bimbang...semua ada..abis je game ni aku dh mengaku kalah...tak nak main game lain lagi...kpala makin kuat pusing...akhirnya hanya kawan aku semi ngan matnor je main game-game yg lain..aku plak amik keputusan untuk berehat dan tengok pemandangan sekeliling...pengalaman game-game yg lain tak dapat aku nak ceritakan sbb aku sendiri pun tak main..sedang menunggu 2 org kawan aku tu main game..aku sempat la amik beberapa keping gambar..salah satunya kat bawah ni.


lebih kurang pkul 5 ptg kami pun decide nak keluar dari theme park tu maklumlah masing-masing dh penat..lagipun bas kami bertolak pulang pkul 6.30ptg...setelah keluar dari theme park tu, kami trus ke stesen skyway dan naik kereta kabel...sampai je kat stesen skyway sebelah sana..kami mencari surau nak solat asar..susah betul nak cari surau kat sini...kat sign board ada tulis..tp tak tau mana tempat tu...setelah berpusing-pusing beberapa lama..akhirnya dengan bantuan sorang brother kat situ kami jumpa gak suraunya....lepas solat kami ke tempat menunggu bas...pkul 6.30 ptg bas kami sampai dan kami bertolak pulang ke KL sentral..dalam bas masing2 senyap kepenatan..aku pun sempat melelapkan mata sekejap...sampai je kat KL sentral pkul 7.30 mlm..kami solat maghrib dan trus naik train untuk pulang ke umah sewa..

stau pengalaman yg tak dapt dilupakan...kalo lpas ni ada peluang lagi ke genting untuk main game camni...InsyaAllah aku tak nak pegi lagi..aku bukan boleh main pun,,buat pening kepala je..tp apapun ada hikmah disebaliknya...

wassalam

Salam Perkenalan

Assalamualaikum....

Siapakah Aku?
***************************************************
Salam ukhwah dari aku kepada semua sama ada yang membaca, singgah ataupun yang menjadi follower kepada blog aku yang tak seberapa ini. Jom berkenalan sikit dengan diri aku.
Nama diberi Mohamad Hafizul, lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Malaya (2009). Berasal dari Terengganu dan sekarang menetap di Petaling Jaya, Selangor. Bertugas sebagai Flow Assurance/Fluid Engineer di salah sebuah 'Oil & Gas services company' di Lembah Klang.

Kenapa Perjalanan Kehidupan?
**************************************************
Kenapa blog aku bernama Perjalanan Kehidupan? "Perjalanan Kehidupan" menjadi pilihan kerana bagi aku hidup kita ini tidak ubah seperti sebuah perjalanan. Setiap kehidupan mesti ada titik mulanya dan yang pasti ada pengakhiran. Ada yang merasai perjalanan yang panjang, pendek, senang, susah, suka dan duka. Namun yang pasti kehidupan harus dinikmati dan disyukuri. Perjalanan yang sementara ini tidak lebih dari satu persinggahan sebelum sampai ke destinasi yang abadi.

Apa Tujuan Blog Ini?
*************************************************
Dalam blog yang tak seberapa ini, aku akan cuba mencoretkan sesuatu berdasarkan pengalaman, pengamatan dan pandangan aku berkenaan kehidupan diri aku sendiri dan keadaan sekeliling. Jika terdapat tulisan aku yang menyinggung atau diluar batasan penerimaan para pembaca "Perjalanan Kehidupan" ini aku terlebih dahulu memohon kemaafan.

Wassalam

Blogger Templates by Blog Forum