Harapan Ramadhan

ni lagu lagi best..enjoy...

Hiburan Ramadhan

Semoga terhibur dan mendatangkan keinsafan..





Kopiah ramadhan



Sempena kedatangan ramadhan kali ini..aku sempat beli kopiah baru. Bukan apa, dah lama tak beli kopiah lagipun kopiah yang sedia ada dah uzur sangat dan kebetulan jumpa yang berkenan di hati. Kopiah ni aku beli kat kedai sebelah masjid TTDI Jaya Shah Alam sebelum solat jumaat lepas.

Inilah kopiah termahal pernah aku beli, sampai RM 40..Tapi tak kisahlah, bukannya selalu yang penting aku suka.

Alhamdulillah...terawikh tahun ni dapat pakai kopiah baru.

Kedatangan yang dinanti

Ia datang lagi. Bulan penuh rahmat dan barakah. Bulan yang penuh pengampunan dan kasih sayang Allah. Syukur..satu perkataan yang wajar diucapkan kerana masuh diberi peluang untuk menikmati Ramadhan tahun ini.

Selamat datang Ramadhan. semoga Ramadhan kali ini betul-betul menjadi bulan pendidik dan tarbiah bagi kita semua untuk terus meningkatkan amalan dan amal ibadat pada bulan-bulan yang seterusnya. Dengan kelebihan dan ganjaran yang berlipat ganda dalam bulan ini, diharap dapat menjadi pemangkin dan semangat untuk kita meningkatkan amalan.

Hargailah Ramadhan ini sebelum ia berlalu pergi..belum tentu kita dapat bertemu dengan Ramadhan selepas ini. Untuk sahabat pembaca sekalian, mari lah kita sama-sama menikmati Ramadhan ini dengan keinsafan. Semoga puasa kita tahun ini dan amal ibadat lain diterima Allah.

Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi



konvokesyen-16 tahun penantian

16 tahun masa yang cukup lama. 16 tahun menunggu saat-saat menerima segulung ijazah. Alhamdulillah, 12 Ogos lalu segalanya tercapai. sejak dari tadika selalu 'disuruh' belajar sampai masuk universiti. syukur atas segala nikmat dan peluang..sedikit gambar yang disnap untuk tatapan bersama..







Durian Party

09 Ogos.."durian party" merupakan annual event parent company aku dan kali ini diadakan di Taman Wetland Putrajaya. Aku tidak ketinggalan untuk join kali ni..Tapi pergi sorang-sorang tak best, so aku ajak housemate aku Bula dan Semi. Pukul 10 kami bertolak..nak cari tempat yang dimaksudkan amatlah memeningkan..nasib baik ada sign board event tersebut. Akhirnya sampai jugak..
Gerai durian sentiasa penuh

Sampai je orang dah ramai..tapi sorang pun aku tak kenal. Maklumlah, bukan kompeni aku je yang datang tapi gak semua anak syarikat under parents company..Acara pertama kitaorang, singgah dulu kat gerai utama. Gerai durian..Balun dulu 2 3 ulas biji durian..haha..

Bestnya durian
Makan-makan
Bula yang pelik, orang makan isi durian dia makan kulit...

Selepas, makan durian kitaorang pergi kat gerai lain plak. Kali ni makan nugget, fries, nasi lemak, cempedak goreng, keropok goreng dan macam-macam lagi..Sungguh membulat perut kami semua dibuatnya..haha..

Tengah makan fries
Semi tengah makan apa ntah ni..

Bula dengan terlebih sopan menggigit nugget

bukan setakat buah durian je, buah lain pun ada seperti buah rambutan, manggis dan duku..Tapi buah ni kitaorang makan sikit je. Tak larat nak sumbat semua. Artis jemputan yang datang kali ni adalah Amylia AF3. Tapi aku tak dengar pun dia menyanyi..bukan minat dia pun.haha..Gerai paling ramai orang adalah gerai ais cendol, sampaikan terpaksa kena beratur nak amik cendol..
Sementara tunggu cendol snap picture dulu


amat berbaloi datang durian party ni..perut kenyang dapat makan free. hehe..
nikmati beberapa pictures yang sempat kami snap..enjoy!!

Tengah santap nasi lemak ngan keropok

Sebelum balik sempat lagi snap picture sebagai kenangan..


akhir kalm..thanks for durian party..esok boleh sembang lagi pasal event ni kat opis.hehe

Convocation Countdown

Hari isnin lepas turn kami engineering student amik jubah konvo..Pagi-pagi lagi dh bangun nak ke bangunan peperisaan nak amik jubah. Yela, nanti kalau dah ramai terpaksa la tunggu lama..

Overall, proses amik jubah ni agak teratur dan tersusun. First check hutang kat kaunter bendahari then baru boleh proceed utk amik jubah. Time nak amik jubah ni lama sikit..dah dapat jubah, apa lagi try la pakai..kot2 besar ke, singkat ke..

Dah semua ok, pegi plak kat kaunter nak amik smart card n kad jemputan..test smart card n isi borang mesej konvo..So settle la, process amik jubah..

Picture kat bawah ni..kitaorg amik lepas selesai amik jubah..
Apis, Fakry, Johan, Matnor, aku (bakal graduan UM 2009/10)
Panorama dari bangunan peperiksaan

Perut pun dah lapar, apa lagi kitaorg pun makan la kat tempat paling special kat UM. Kolej 12..hehe..sambil2 makan, sembang2 la pasal keje, interview keje dan macam2 lagi..teringat plak masa sama2 belajar dulu..lepak sama2.

Selesai makan, balik umah main game FIFA ngan kawan2. Best,,,,,lama tak main game ngan kekawan..

Malaysian Engineer..

Berbanggalah menjadi engineer keluaran Malaysia...

To all engineers out there..gud luck!!

Blogger Templates by Blog Forum