Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts

Utamakan keselamatan

Sila jawab

Kalau korang semua seorang yang bijak pandai, sila jawab soalan di bawah ni. Ni bukan soalan main-main ni, tahap IQ yang tinggi je dapat jawab soalan ni. Lets try!

Pening kepala? Rilek la dulu...nak tahu jawapannya? sila scroll ke bawah...











Macam mana? :)

Insha Allah- ada jalannya

Insha Allah (malay version) from Maher Zain. Best kalau dengar sorang-sorang tengah-tengah malam ataupun bila-bila masa di mana jua. Sesuai jugak untuk dinyanyikan dalam kereta masa on the way pergi kerja. Yang naik moto pun boleh, tapi jangan kuat sangat. Enjoy!

Lawak Sungguh

Salam semua,

Hari ahad yang indah, aku melepak kat rumah siapkan report. Esok bos nak review, nak hantar kat client. Adehh..nasib baik belum kawen, kalo dah kawen mesti isteri merajuk sebab tak dapat kuar pergi shopping beli handbag ngan kasut kat Parkson. hehee..

Okeh..kita stop wat keje jap, kita sama-sama layan benda yang aku nak kongsi kat bawah ni. Boleh gak hilangkan tension sekejap.

1. Apabila Inggeris dimelayukan.
Apabila perkataan inggeris dimelayukan keluarlah perkataan yang tak sepatutnya dan memalukan. Color code menjadi color kote..adeh...malu2. Aku rasa kat malaysia ni. Confirm laku kalau dia jual.

2. Scene yang dipotong dalam filem Titanic
Opocot mak engkau!!..kan dah kena. Kot ye pun..cari la port yang sesuai sikit nak ber'titanic'. Ni tidak, cari tempat yang burung-burung cari makan. Memang sah la, burung tu ingat hidung perempuan tu makanan dia.

3. Crocs yang ori
Ni la baru dikatakan crocs yang ori. Unik..siap ada gigi lagi. Tak sure pulak kat Malaysia ni ada jual ke tak.hehehe

4. Computer Engineer
Kreatif..hanya yang betul2 berminat je dapat call no phone kat atas tu.

5. Ubat gigi jenama baru
Nampak tak Ubat gigi Darkie tu..aku rasa ubat gigi ni untuk market afrika je kot. Tengok la model dia tu, biar pun muka gelap berkilat..gigi tetap putih. Jom pakat-pakat beli!

6. Ayat lelaki
Ayat lelaki ni memang power, sampaikan perempuan yang mendengar macam kena pukau. Kauum hawa kena hati-hati dengan ayat manis si lelaki ni. Harap-harap takde lah berlaku camni ye.

7. Senyum kambing
Sebagai penutupnya..layan la picture ni. Senyum kambing...comel je.Cute..aku nak jadikan kambing sebagai pet aku aku. Bila dah besar boleh sembelih, jual. Untung..lagi-lagi musim korban. ada sesape nak joint venture tak?

101010

Ten Ten Ten..

Politik dari kaca mata seorang budak

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia .

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?"

Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis. Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa
depan. Faham?"

Kelipok-kelipok mata si anak pejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay."

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'bermain' dengan si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?"

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "Jadi apa dia politik tu?"

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab, "Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik!!!"

p/s: what do you think??

Bernard Polar Bear

Hi guys, enjoy the videos...:)



another one



and one more

Gadis bertudung merah

Sebenarnya telah lama aku mencari seorang kekasih! Siapa yang mahu menjadi kekasih aku? Bukannya kekasih yang "teman tapi mesra" tetapi kekasih yang halal untuk aku. Aku selalu berdoa untuk mendapatkan kekasih yang baik, yang sesuai untuk aku.

Pada suatu hari, aku terpandang seorang wanita. Sungguh anggun dengan tudungnya yang berwarna merah. Sungguh cantik dan solehah pada pandangan aku. Tiba-tiba..aku terdengar..



erm..sungguh best lagu ni.. tapi aku terfikir kenapa tudung merah, bukan hijau ke, kuning ke. Apapun credit to wali band. Lagu diorang memang best dan bermakna.

p/s: 'aku' dalam cerita dia atas adalah BUKAN penulis.

Ip Man 2

Ip Man 2


Salam,

Semalam dah tengok movie Ip Man 2. Memang best. Jalan cerita yang mudah difahami dan menarik. Tak terasa..kejap je dah abis.Citer ni banyak moralnya. Kalau nak tahu, tengok sendiri kat pawagam boleh, download dari internet pun boleh.

Apa yang menarik dalam citer ni, watak Ip Man tu sendiri yang nampak tenang, dan of course cerita-cerita cina dulu kala mesti ada sparring (kung fu). Bersemangat pulak tengok diorang sparring.

Untuk Ip Man 2 aku bagi rate 9/10. Nanti nak tengok Iron Man 2 pulak.. (ade sape2 dah download ke??)

p/s: Piala Thomas: Malaysia kalah dengan Jepun (2-3).

Nice Songs

Salam,

Sorry sebab dah lama tak ada entry baru dalam blog ni. Ok. Semenjak dua menjak ni, aku layan dua buah lagu dari Maher Zain. Pertama, lagu Barak Allah Lakuma dan yang kedua For The Rest of My Life. Lagu ni mmg dah lama, nak kata aku ketinggalan pun...aku tak kisah. Aku mmg ketinggalan sikit dalam bab2 entertainment ni. Ada aku peduli..yang pasti aku suka lagu ni.(heehe)..

1. Barak Allah Lakuma
Lagu ni pasal pengantin, lagu untuk meraikan pengantin. Lagu ni sesuai nak tuju kat member2 @sedara mara yang nak kawen atau baru2 kawen. Yang bestnya pasal lagu ni..liriknya diisi dengan doa untuk pengantin. Memang kita disuruh untuk membacakan doa ini untuk pengantin.. Kalo sesapa nak dengar lagu tu, silakan..





2. For The Rest of My Life
Pada mulanya tak minat sangat lagu ni, tapi bila dah dengar berulang kali terjatuh hati la pulak. Ingatkan lagu ni dinyanyikan untuk 'awek' tapi rupanya untuk isteri. Alhamdulillah..Aku pun tak dapat tangkap sangat slang Maher Zain ni, tapi bila check lirik..memang lagu ni untuk isteri..buktinya..liriknya yang berbunyi " You`re my wife and my friend and my strength". Jom layan...



Ni plak liriknya..kot2 ada orang nak karaoke lagu ni..praktis nak nyanyi untuk isteri ke..:)

For The Rest of My Life
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Jangan Tanyakan Aku

Jangan tanyakan aku tentang hidupku
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan
Ia adalah anugerah, ia adalah ujian
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
Aku telah menjualnya kepada Allah
Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk.
Jalan hidupku adalah al-Quran, pedang dan ujian
Allah telah memberkatinya dan para Nabi terdahulu telah melaluinya
Para Syuhada telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya.
Sedangkan penghujung perjalananku adalah apa yang meredhakan Allah
Dan apa yang diinginkanNya
Keuntungan dengan kemenangan nyata atau kesyahidan dan keabadian
Jika engkau telah berada di muka bumi
Dan engkau tahu bahawa umurmu terbatas
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu.


Jika dihayati betul-betul kata-kata indah di atas pasti 'terasa' dengan ungkapannya lebih-lebih lagi ayat terakhir tu. Sebenarnya ini adalah lirik lagu..tak pernah dengar ek? Memangla, ni lagu Arab. Kalau tak silap, penyanyinya Muhammad Husyn. Ini liriknya dalam Bahasa Melayu..(bukan aku yang translate..hehehe). Lagunya pun best, penuh dengan mesej kearah perjuangan dan menceritakan matlamat kehidupan yang sebenar.

P/s: semoga memberi semangat dan inspirasi kepada kita.amin

nostalgia

Petang tadi tengah kebosanan, sempat aku buka web youtube. Tengah duk surf web tu, aku tertarik dengan iklan-iklan lama yg di'upload'kan kat situ. Waa..tergelak jugak la..mengingat kembali kenangan kecik-kecik dulu. Kalo nak banding jauh bezanya iklan dulu dgn sekarang. Pelakon-pelakon iklan dulu pun dh jadi veteran sekarang.

Dalam banyak2 iklan tu aku tertarik dengan iklan sabun Trojan ni. Iklan tahun 1992..masa tu aku masih di tadika. memang ingat lagi...sungguh nostalgia. Aku uploadkan iklan tu kat sini..mungkin juga boleh mendatangkan kenangan lama untuk rakan-rakan pembaca..




Menarik kan???

p/s: masa yg lepas tidak boleh diundur..tapi nostalgia tetap dalam ingatan

Mengharap Cinta Sejati Mendamba Kasih Ilahi

Meh, pakat layan lagu ni..Lagu ni dah lama dah..tapi cukup memberi makna. Lebih menusuk hati bila dengar lagu ni sorang-sorang time sunyi.Semoga dengan kemerduan dan maksud mendalam yang ada pada lirik kedua-dua lagu ini memberi kita keinsafan..aminnnn

Haikal...Epilog Silam




Haikal--Mentari Hidup

Nur Kasih dan Ketika Cinta Bertasbih

"sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta ku datangi aku menjadi malu pada keteranganku sendiri,
meskipun lidah ku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah cinta ternyata lebih terang........"



"bila Malaikat Maut datang menjemput terputuslah amalan anak Adam
kecuali ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh..."



p/s: Nur Kasih tengah follow, KCB bila nak tayangkan kat Malaysia ni..hehe

Harapan Ramadhan

ni lagu lagi best..enjoy...

Hiburan Ramadhan

Semoga terhibur dan mendatangkan keinsafan..





lagu minggu ini...

Amani

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi


Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan
Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

p/s: lagu ni dah agak lama.Bila didengar kembali best jugak...lagu ni sesuai ditujukan utk isteri..(kpd sesiapa yg dh kawen la)..no couple2...

Lirik Lagu Yang Bermakna

"Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Sudah menjadi suratan
Setiap sesuatu bersifat sementara
Jerih perit di dunia
Terungkai dek pawana
Hembusan ketaqwaan

Pilu melihat mereka
Dihimpit kemiskinan
Yang serba kekurangan
Berkat walau sedikit
Terukir keredhaan
Di wajah ketenangan

Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Berusaha hindar keculasan
Waspada kefakiran
Jerumuskan kekufuran
Maruah dibela dijaga
Tidak meminta-minta
Hanya Tuhan segala

Mereka fakir di dunia
Namun berilmu dan beramal mulia.. "

(Harapan Tidak Buta , Alarm Me)

Lirik kat atas tu merupakan lagu Kumpulan nasyid Alarm Me...satu lirik lagu yg bagi aku amat bermakna dan memberi kesan yg mendalam kepada sesiapa yg menghayatinya terutamanya yg di"bold"kan tu.

Apabila aku dengar je lagu ni, pastinya aku teringat zaman muda-muda kat Matrikulasi Kedah dulu. Maklumlah, first time aku dengar lagu ni kat matrik dulu, apabila roomate merangkap classmate aku , Rizal sllu mengulangi lirik kat atas tu.

Dan hari ini, selepas solat maghrib sempat la aku dengar kembali lagu tu..saje je nak mengubati hati yg sepanjang hari kebosanan.

wassalam.

Blogger Templates by Blog Forum