Hari Ini Penat Tanpa Kerja

30 Jun

Hari ini penat tanpa kerja. Mana tak penat duk rilek je atas kerusi, tak banyak yang boleh aku lakukan hari ini selain check report, baca report, tengok test kat lab dan check email. Banyak masa dibuang begitu saja. ermm, terkena time takde kerja camni la jadinya.Rilek je memanjang..tapi bila kerja bertimbun, tak cukup tangan dibuatnya..

Kadang-kadang tu pulak kerja datang tiba-tiba je. Time nak balik tu la tiba-tiba plak bos suh wat kerja..nasibla. Dan contoh yang terbaik, sebelum aku menulis entri ni bos aku mesej, dia suruh aku update report.petang tadi dia lupa nak bagitahu..kebetulan pulak hari ni aku tak bawa balik laptop aku..so mcm mana nak buat..tunggu la pagi esok. Esok pagi-pagi kena update report, sebelum lunch kena siap...kerja datang tak kira masa.

sekadar ingin berkongsi kehidupan aku sejak sebulan menjadi engineer ni.balik mmg x ontime..walaupun xde kerja, dah macam jadi biasa plak balik lambat. Yela, bos pun balik lambat..rasa kurang molek la kalo balik awal.nak tunjuk rajin la konon.haha...

Apapun, terima je la. Dah mmg kerja nak wat camne..

wassalam

Esok Meeting Lagi Ke?

28 Jun
2036hrs

Alamak..esok meeting lagi. Nasib baik kat office kami je.Tak perlu susah-susah nak ke KL..Dan nasib baik jugak bukan aku yang buat presentation kali ni. hehe..nasib baik giliran Abg Syam. Sebenarnya bagi aku meeting ni sesuatu yang membosankan..

Tapi ada jugak yang bestnya pasal meeting ni..lepas meeting ada makan2 dan minum2. Boleh lah nak merasa karipap ke, donut ke, pisang goreng ke bersama air teh atau kopi. Yeah..sedapppp!

Rezeki jangan ditolak.Nak makan kena la join meeting!haha..

wassalam

Ainul Mardhiah

27 June 2009
1427 hrs

Pernah dengar lagu Ainul Mardhiah nyanyian kumpulan UNIC?lagu yang cukup menarik dan syahdu..tapi siapakah Ainul Mardhiah sebenarnya? Adakah dia gadis Melayu yang cukup cantik?Dalam mencari-mencari siapakah Ainul Mardhiah yang sebenarnya aku terjumpa cerita ini dalam blog seseorang. Artikel ini aku copy dan paste dalam entri ini tanpa sebarang tokok tambah....inilah artikel tersebut.

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari tsb).
Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah… … :
‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya – bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut… . tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi… tidur bersama-sama… .
Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia… lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu… tak pernah dilihat didunia ini… lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah… wanita itu menjawab ehh tidakk… saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai… . lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab… eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini… ainul mardiah ada di atas mahligai sana,… .. lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan… lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua… . dan tak pernah dia lihat di dunia… . lalu wanita itu berkata … akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku… . bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab… nantiii kamu belum syahid lagiiii… … tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW… tapisekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi… dalam menceritakan itu nabi menjawab benar… benar… benar… dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga… .

Macam mana kisah yang aku copy paste ini?menarik kan?Semoga kisah yang digambarkan ini menjadi semangat untuk aku dan pembaca sekalian lebih-lebih lagi lelaki. InsyaALLAH...

wassalam..

Berkenalan Dengan Duncan

26 June-Siapakah Duncan?..Seminggu lamanya kami bersama Duncan.Hari ini dia telah pulang ke Scotland. Duncan adalah trainer yang ajar kami cara untuk handle equipment Pipeline Restart dan Coaxial Wax Deposition. Seorang yang kelakar dan tidak lokek ilmu untuk mengajar kami semua..



Dari Kiri: Abg Syam, Mr Duncan, aku

p/s: awal bulan Julai ni ada training untuk beberapa equipment lagi.Alamak..pening kepala aku.

wassalam

Minggu Training

23 Jun- Hari kedua training untuk equipment pipeline restart dan coaxial wax deposition.ada 3 hari lagi untuk dilalui. otak pun rasa dah tepu..Training ni diajar oleh trainer dari Scotland yg merupakan otai dalam mengendalikan equipment ni.

Training yang pertama adalah cara untuk mengendalikan coaxial wax deposition equipment. equipment ni digunakan untuk mencari wax yang terbentuk dalam pipe line untuk satu jangka masa yang tertentu. nak handle equipment ni tak la terlalu susah jika nak dibandingkan dengan pipeline restart. test ini simple saja..wax yang terbentuk diukur dalam unit gram per liter per hour..dan untuk mencari jumlah wax yang sebenar dalam pipeline...just guna mathematical skill.

test ini mengambil kira shear rate crude oil dalam pipeline dan banyak kena setting pada temperature.

equipment yang ke dua ialah pipeline restart. walaupun agak susah..tapi test ni amat menarik kerana ada kaitan jugak dengan fluid dynamic yang aku blajar dulu. test ni pulak digunakan untuk mencari pressure yg sesuai digunakan untuk menolak gel atau wax dalam pipeline yg di shutdown selama beberapa lama..sehari ke..dua hari ke..depends pada production..wax atau gel terkumpul dalam pipeline bila crude tak mengalir ditambah pulak dengan suhu yg rendah kat wall pipeline (suhu air laut).

sample crude oil akan dimasukkan dalam tiub yang bergelung2 (model pipeline) dan dimasukkan kedalam air sejuk/bath (temp. kat wall pipeline)..semua step ni equipment tu yang buat..kita hanya tekan2 je..amat menarik.result yang dapat nanti akan diinterprate untuk actual case. petang tadi hanya sempat belajar nak programkan bath je..untuk setting water temperature..

hanya ada 3 hari lagi nak abis belajar secara rasmi..tapi i must keep learning.kena try run test dulu baru tahu betul-betul dah terer ke tak.haha...really nice.

wassalam

Terkenang Zaman Matrikulasi

Dalam mengisi hari Ahad yang agak lengang ini, aku sempat melihat picture-picture lama yang aku snap dulu. Teringat balik kenangan-kenangan dulu bersama kawan-kawan. Salah satunya zaman matrik yang telah berlalu lebih kurang 4 atau 5 tahun lepas..

Kolej Matrikulasi Kedah di waktu senja


Masjid KMK mercu tanda kedaulatan Islam

Masjid yang cukup indah

Picture-picture di atas disnap pada tahun 2004/2005..masa tu pekan Changlun pun masih lagi pekan "koboi"..dan aku merupakan batch kedua KMK ataupun Gen-2.haha..Dengarnya sekarang Changlun dah banyak berubah..dah maju agaknya..

seorang member aku pernah cakap yang pekan Changlun sekarang dah ada Supermarket.Betul ke?kalau dulu, nak beli barangan runcit "Kedai Kawan" lah yang menjadi tumpuan..maklumlah masa tu kedai tu je yang agak besar kat pekan Changlun tu. nak pegi pekan Changlun pun kena naik "teksi sapu"..bayar RM1 sorang untuk one way perjalanan. kalo nak jimat, jalan kaki la lebih kurang 1.5Km agaknya.

Biasanya pagi hari minggu, aku ngan geng-geng aku berjogging dari KMK ke pekan Changlun. Sampai sana bersarapan roti canai dan balik naik teksi sapu..Kadang-kadang disebelah petang kalau ada masa terluang berbasikal ke pekan Changlun dan kawasan sekitarnya. masa tu basikal pinjam dari bilik JPP ataupun MPP.

setiap malam rabu pulak ada pasar malam kat pekan Changlun. Ramai la budak-budak KMK pergi..untung la peniaga-peniaga pasar malam tu. Rezeki diaorang la bila KMK ni di buka..Antara makanan yang special kat pasar malam tu ialah "burger goreng"..baru aku tahu rupanya ada burger goreng.

Wassalam

Belajar untuk Kerja?

Belajar untuk ilmu dan menjadi ibadah dengan niat yang betul..belajar bukan semata-mata untuk kerja tapi kerja yang baik adalah satu ibadah.

Tak semestinya apa yang kita belajar masa di universiti dulu kita guna masa kerja. Itu dah lama aku akui, dan sekarang aku merasainya.haha...Semasa kat U amik kos mekanikal engineering, tapi bila kerja boleh dikatakan skop kerja tu tak mencakupi pun bidang mekanikal.

bila sebut mekanikal ni, mesti orang terfikir pasal enjin, mesin-mesin, dan barang-barang yang "kasar".Sebenarnya mekanikal ini terlalu dan tersangat la luas bidangnya. sebenarnya skop kerja aku lebih kepada chemical engineering (choice aku no 4 nak masuk U dulu..haha). Secara teknikalnya kerja aku lebih kpd buat testing, lab test, analisa ataupun RnD dalam bidang oil n gas specific kepada crude oil.

Itu untuk teknikal, dan yang non-teknikalnya lebih kepada buat proposal, report, presentation, handle meeting, purchasing, quotation dan lain-lain lagi. Itu yang paling mencabar diri. Kadang-kadang terpikir jugak ni ke kerja engineer???..alih-alih wat report, proposal..bosan jugak.dan untuk pengetahuan, itulah kerja engineer..terpaksa lah terima. engineer bukan kerja pegang spanar, bolt, mesin atau enjin saja tapi as a 'executive' u must know everything. Itu la agaknya ada engineer yang quit bila kena buat kerja yang non-technical ni...mungkin diorang tak faham, kerja engineer ni bukan setakat 'pegang spanar'.hehe...

berbalik kpd job aku, walaupun lebih kepada chemical engineering, tapi sebenarnya ada juga certain2 perkara tu berkait dengan mechanical engineering seperti Fluid Mechanics dan Thermodynamics yang amat aku minati. Dan job scope aku pun ada jugak berkaitan dengan simulation atau CFD (computational fluid dynamic)..yang merupakan salah satu cabang dari mekanikal engineering. Ada la jugak 'mekanikal' dalam kerja aku.

sebenarnya apa yang aku nak sampaikan di sini ialah..janganlah terlalu memilih kerja. Tak semestinya apa yang kita belajar itu "mesti" guna dalam kerja nanti. Bila dah kerja kita akan belajar benda baru. Dan yang paling penting bersedialah melakukan perkara yang bukan berkaitan dengan apa yang kita belajar..

Sekadar gambar hiasan

Wassalam...

ADR di "upgrade"

20 Jun-Lepas makan tengah hari kat Kolej 12, aku ke sentul untuk meng'upgrade' ADR. Akhirnya..ADR menamatkan zaman rim standardnya dan kini diganti dengan sport rim dengan tubeless. Baru la senang nak merempit kat federal nanti.haha...

ADR ni dah banyak berjasa..hampir 4 tahun aku merempit dengan ADR, tak pernah bagi big problem.Dengan ADR tu la aku ulang alik ke kuliah dan sampai sekarang dengan ADR tu jugak la aku ulang alik ke tempat kerja..

Sudah sampai masanya aku meng'upgrade' kan ADR supaya lebih mantap dari segi style (walaupun sport rim biasa..hehe) dan lebih menjamin keselamatan dan keselesaan (tubeless)..kat bawah ni aku attachkan beberapa keping picture ADR yang sudah di'upgrade'. Picture sebelum di'upgrade' aku terlupa nak snap..

ADR yang telah di'upgrade'

Sport rim +tubeless (depan)

Sport rim +tubeless (belakang)

Sedia merempit

P/s: walaupun orang kata motor aku buruk..aku tak kesah. yang penting ni la motor pertama aku yang telah banyak berjasa pada tuannya..(' ',)

Hujan dan Milo Panas

Hari minggu yang mengasyikan...dan melenakan.Hujan di pagi hari sebegini memanjangkan lagi masa tidur. tapi aku kebasahan..Mana tak basah..redah hujan dari kolej 5 UM ke umah aku kat PJ.ingatkan hujan dah reda, tapi sampai separuh jalan makin lebat. apa boleh buat, redah je la. abis basah baju yang baru didobi. bukan setakat baju aku yang dibasuh aku pun turut "dibasuh' dengan air hujan.

Hujan pun dah berhenti. sambil menghirup milo panas aku mengambil kesempatan untuk menulis sesuatu dalam blog ini yang sudah lama tak di'update' dengan entri baru. mat nor pun dah komen..Bukannya tak nak menulis, tapi takde kesempatan ditambah pulak dengan kekeringan idea untuk menulis.

wassalam

Training

16 Jun-start dari 15-17 Jun ada training nak handle equipment yang baru dibeli iaitu micro DSC. DSC stands for Differential Scanning Calorimetry..iaitu equipment yg boleh digunakan untuk mencari masa dan temperature yg tepat bagi pembentukan wax ataupun hydrate. Training yang aku ikuti ini diajar oleh spcialist dari kompeni yang buat equipment ni dari France.

Nak handle equipment ni amatlah cerewet..terutamanya bila nak put sample dalam 'bath' ataupun furnace..semua kena perfect dan bersih. Bila dah put sample, kena setting input kat komputer . Oh ya, equipment ni pakej dengan software nya sekali. Bila dah siap run test, kita kena interprate graph yang keluar kat skrin komputer untuk mencari onset temperature formation of wax atau hydrate.

Pening kepala jugak la nak kena ingat semua step-stepnya.equipment ni boleh digunakan untuk mengkaji sample pada high pressure sehingga mencapai 400 bar. Ini penting kerana biasanya hydrate form pada pressure yang tinggi. yang penting bila nak interprate graph, kena tahu yang mana cooling dan yang mana heating process dan jugak exothermic ataupun endothermic..

Esok ada sehari lagi trainning untuk equipment ni..Minggu depan trainning untuk equipment lain plak..Hari ni kerja aku training je..xbuat kerja lain..balik pun pukul 7.15mlm..tunggu nak belajar cara nak calibrate equipment. penat betul.

wassalam

Alam Universiti Tetap Dikenang

Alam universiti yang cukup menyeronokan..Hampir 2 bulan meninggalkan alam universiti, dah terasa rindu. Di sini aku attachkan beberapa keping picture panorama universiti kesayanganku, Universiti Malaya diwaktu malam.
Antara tempat tumpuan untuk bergambar

Pandangan Dewan Tunku Canselor dari tepi (tempat aku terima ijazah nanti)


Masa universiti la paling ramai kawan. bila dah habis belajar ada yang dah kerja, ada yang sambung buat master, ada yang pergi interview dan ada jugak yang duk berehat kat rumah menunggu hari graduation.
Batch Mechanical Engineering 2005/2009 (semasa hari terakhir di DK3)


Antara lelaki-lelaki macho Mechanical

Dan picture-picture yang seterusnya ini pic aku snap kat UITM shah alam. Saja sebagai kenang-kenangan di UITM.

Galeri seni Tuanku Nur Zahirah UITM

Nice place

Seladang..apa kaitan seladang ni ngan UITM ek?

p/s: tak kira la apa universiti sekalipun yang penting apa yang kita dapat selama 4 atau 5 tahun belajar di universiti.

Wassalam

Presentation Yang Ok

12 Jun-Hari yang cukup bermakna. Hari ini first time aku buat presentation sebagai seorang engineer depan klien and my boss. not bad..boleh la tahan. bos pun cakap ok je.

walaupun ada sedikit tergagap-gagap dan tersasul, normal la kot untuk first timer macam aku. Lagipun nak present lebih kurang 45 slide, lidah pun dah jadi kelu bila dah banyak sangat. Apapun ini merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat aku..

lagipun presentation pagi tadi, tak la berat sangat. Bos aku pun banyak menolong. Hanya nak present progress report yang kami dah buat. So sesi meeting pagi tadi pun tak de la terlalu formal.

aku sangat berpuas hati dengan presentation aku hari ni. aku banyak lagi kena belajar bukan sahaja teknikal work tapi juga soft skill..soft skill ni sangat la penting terutamanya kepada engineer..

p/s: gud luck untuk mat nor yg akan interview dengan bbrape company minggu depan..salah satunya SimeDarby..siot matnor banyak ko dapat interview ek..dah la Simedarby plak tu..Gud luck

Wassalam..

Tanpa Disangka

11 Jun-Tidak banyak aktiviti yang aku buat hari ini, selain siapkan sedikit lagi slide presentation untuk esok. Lain-lainnya aku banyak habiskan masa kat Lab Flow assurance tengok FA Chemist running test. Sempat juga aku belajar dan mencuba running beberapa test termasuklah viscosity test dan salt in crude test.

Bila wat test ni ingat subjek Kimia masa belajar kat sekolah dulu. Macam dah jadi chemist pulak hari ni. tapi bagi aku ok je, tak de masalah. Lagipun tak salah untuk mencari pengalaman walaupun bukan bidang aku. Lebih-lebih lagi aku tak de kerja nak dibuat, maklumlah..bos tak de pergi OGA.

Tengah syok buat test bos aku balik mintak nak tgk presentation..dia betulkan sedikit sebanyak slide yang aku buat. Edit sikit-sikit, buang yang tak perlu..

"esok kau present, lagipun kau yang buat slide ni"..

alamak..mati aku.patutnya chemist tu yang present, tapi disebabkan dia tak sempat study kerana sibuk running test aku yang perlu ambik tempat dia. Apa aku nak present depan klien esok ni???aku ni pun bukan tahu sangat pasal projek ni...

nak tak nak terpaksa la aku sanggup..lagipun pasni dalam projek lain kena present jugak. Huh, camne la esok nak present dalam bilik meeting tu.nasib baik tak ramai yg akan attend meeting tu lebih kurang 10 orang sahaja. separuh dari group aku dan separuh lagi klien kami, Petronas Carigali. nasib baik jugak hanya ada sorang mat saleh.boleh la aku speaking english aku sendiri.hehe..

Bos aku dah pesan awal-awal suruh berlatih malam ni..takut tu memang la takut..present final year project depan lecterur sendiri pun dah kecut perut, inikan pulak nak present depan klien yang tak kenal.. Apapun aku kena try jugak, kalau tak sampai bila pun aku akan takut nak present.

wassalam..

Exhibition

10 Jun- Seperti biasa, aku lah antara orang yang terawal sampai ke ofis. Sebelah pagi, aku sambung buat slide presentation untuk meeting hari Jumaat nanti dengan PETRONAS Carigali..Nasib baik aku kena wat slide je, tak perlu present..

Tengah buat slide presentation, bos aku ajak pergi exhibition OGA 2009 kat KLCC. Masa tu dah pukul 12.15 tgh hari. OGA atau nama penuhnya Oil & Gas Asia merupakan exhibition yg menghimpunkan company yg terlibat dgn oil and gas industri mempamerkan produk dan servis masing-masing..OGA ni berlangsung selama 3 hari dari 10-12 Jun ni..

http://www.oilandgas-asia.com/index.php

Alhamdulillah..dapat aku jalan-jalan hari ni.dah bosan duk kat ofis buat slide presentation..Dapat jugak aku naik Honda Accord model baru bos aku...Masa yang diambil nak sampai ke KLCC agak lama sedikit, maklum lah jalan tengah sesak lebih-lebih lagi waktu lunch.

Sampai je area KLCC satu lagi masalah timbul..masalah parking. Parking kat KLCC ditutup..kami decide nak parking kat Mandarin Oriental tapi parking full, lepas tu banyak lagi tempat dan hotel lain sekitar KLCC yg kami cuba masuk termasuk la Impiana tapi semua full. Alamak malangnya..

Tapi nasib baik ada UOA..kami pun masuk la nak park kereta..pusing punya pusing satu pun tak jumpa.Semua reserve..Apa ni..buat sakit hati je..dah la lapar.Kami pun keluar dari UOA baru la si guard UOA tu letak sign board "parking Full"..awal-awal tak nak letak.

Tengah ronda-ronda cari parking..nasib baik parking KLCC dia buka balik.Dapat la parking kat dalam KLCC.kami sampai kat tempat yang dituju lebih kurang pukul 2.45ptg..Aku pun dengan keizinan bos aku mula la merayau-rayau ke booth2 company lain..Macam-macam company ada dari yang bekalkan product/servis offshore samapi la kepada onshore. yang bestnya, company-company ni semua sediakan cenderahati.tapi aku tak larat nak jalan jauh-jauh, penat tak makan. nak keluar makan pun rasa dah malas.

Pkul 4 ptg aku ke booth company aku, sempatlah berkenal-kenalan dengan staff-staff dari group of company yg lain..Lebih kurang pukul 4.30 aku dan bos aku berangkat pulang dengan kelaparan dan kepenatan..Jalan pun agak sesak..sampai je ofis, aku kemas-kemas barang dan trus pulang..

wassalam

Update report

08 Jun-Bukan rajin, ataupun nak tunjuk rajin, tapi terpaksa. Apa boleh buat. Hari ini, di sebelah pagi aku update sedikit proposal dynamic simulation untuk pipline kat Iran sebelum di'email'kan kpd orang yg berkenaan.

Selepas tu pulak, aku disuruh meng'update' 3 report PVT analysis untuk dihantar kpd klien..Kerjanya nampak senang tapi makan masa yg lama. mana tak nya, kena check satu-satu takut-takut ada information yang tertinggal. Dah la tu, kena ikut format dan seragam...Bila kena buat report yang betul-betul ber"format" ni baru aku sedar banyak yang aku tak explore dan tak tahu pasal MS Office!!!. Kalau sebelum ni, wat assignment main hentam je.

Aku terpaksa tunggu sampai pukul 6.30 ptg hari ini..menunggu email dari partner di Netherland masuk ke inbox bos aku punya email. Maklum la..yang updated version dia yg buat..Tapi sayangnya, email yg ditunggu tak sampai jugak. Aku pun malas nak tunggu lagi, aku pun balik je dengan harapan dia emailkan jugak untuk aku...

lebih kurang pkul 9 mlm, aku buka mail tgk email dah masuk.Alhamdullilah, nasib baik dia emailkan jugak untuk aku..ermm terpaksa la aku jadi 'rajin' sikit. aku update report base pada report yg dia emailkan..nasib baik tak banyak berubah dari report yg sebelum ni (yg aku update sebelah petang) kalo tak haru dibuatnya...mana tak nya esok bos dh nak tengok..

alhamdullillah siap jugak kerja aku..harap2 esok bos puas hati.

wassalam.

Hari Yang Memenatkan

03 JUN, hari yang agak memenatkan bagi aku.Sudah terasa bahang sebagai seorang pekerja ataupun engineer. Namun banyak benda yang aku belajar hari ni, secara langsung dan tak langsung..

Di sebelah pagi aku cuba siapkan quotation price yg tak sempat aku siapkan semalam. tapi kerja tu tak dapt aku teruskan kerana ada somebody datang untuk terangkan sikit pasal equipment lab, yg wajib aku ikuti. Aku kagum dengan otai ni, banyak experience.Maklumlah dah lama jadi technician untuk PETRONAS. banyak yg dia cerita pasal crude oil, resevoir minyak, PVT,cara nak handle equipment lab dan macam-macam lagi. walaupun dia hanya bercerita itu adalah satu input yg berguna untuk aku sebagai org baru.

Equipment yg dia terangkan tadi adalah equipment untuk mengkaji formation wax dalam pipeline.Wax dalam pipeline berlaku bila condition wall pipeline mempunyai suhu yang rendah. Lain minyak lain dia punya wax properties. Wax ni boleh mengecilkan diameter pipeline, dan akan mengurangkan production crude oil dari resevoir ke platform. sbb itulah pentingnya untuk buat analisis ni.Sample crude oil yg digunakan untuk sesuatu analisis terbahagi kpd 2 iaitu live oil dan dead oil.

Selepas abis sesi tunjuk ajar dari PETRONAS technician tu, aku tolong colleague aku untuk siapkan report emulsion laboratory analysis untuk dihantar kpd klien esok. aku balik pkul 7 ptg td pun dia tak balik lagi tgh siapkan last page report. Sebelum tu pulak, aku "hampir siapkan" kerja aku yg tertangguh disebelah paginya. itupun dengan pertolongan dari bos aku.hehe...ada beberape price lagi yg tak tahu yg patut aku tanya dengan colleague aku..Erm esoklah aku tanya, lagipun dia sibuk siapkan report dia td..

banyak pengajaran yg aku dapat..salah satunya, kalau dulu zaman sekolah/universiti kalau ada tutorial, homework atau groupwork tak siap atau tak dapat solve boleh la kita pass atau tiru org lain. tp dalam kerja, bila diberi satu kerja atau tugas kita harus siapkan..tak kisah lah, susah ke, senang ke, bosan ke, janji siap. Kalau dulu senang je, soalan tutorial susah sikit dah tak nak buat..malas. sekarang tiada lagi begitu...you start it, you must finish it.

wassalam.

Hari Pertama

1 Jun 2009, merupakan hari pertama aku bergelar seorang Jurutera, ataupun nama glamornya Engineer ataupun digelar Muhandis dalam Bahasa Arab. Lebih tepat lagi, sebagai Fluid Engineer untuk satu company konsultant Oil & Gas kat Shah Alam..

Hari pertama sebagai engineer, takde apa yang menarik selain diperkenalkan dengan staff-staff yang lain. Dah la hari pertama masuk ofis pun pkul 9 pagi, (sepatutnya pukul 8.30pg). Entah macam mana boleh tersilap masuk lorong..sesat sampai kat Proton Shah Alam..nasib baik bos tak tanya.hehe...bertolak dari rumah pukul 7.40pagi lagi, bajet boleh datang awal 1st day tapi sebaliknya yang berlaku...apapun ini lah yg dikatakan, "kita hanya merancang tetapi Allah yang menetukan"..

Selain ada urusan dengan HR di awal pagi tak de lagi kerja yg perlu aku buat. maklumlah 1st day..just nak tengok2 dulu.Hari ni separuh hari ofis tempat aku kerja kosong, semua keluar kerana ada urusan kat luar. tinggal aku dengan seorang staff dept lain dan student praktikal. aktiviti aku hari ni, hanya jaga ofis ngan monitor 2 orang dari company lain dtg untuk install equipment kat lab...bosan tengok diorang pasang equipment tu, aku sempatla belek-belek buku yg dh sedia ada kat atas meja aku...

Ermm...pukul 2 petang baru bos aku pulang..tapi takde kerja gak yg dia kasi. untuk menghilangkan boring yg semakin meningkat...aku baca la report2, proposal, dan projek2 yg staff kat ofis ni buat bebaru ni..samapi la pkul 5.30ptg aku pun angkat kaki..

Tempat kerja aku

Masih belum kemas, komputer pun tak sampai lagi


tggu apa yg berlaku esok,,huhu..

wassalam

Blogger Templates by Blog Forum