Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha untuk semua umat Islam amnya dan pembaca "perjalanan kehidupan" ini khasnya. Hari raya aidil adha dipanggil juga hari raya haji ataupun hari raya korban.Kita disunatkan untuk berkorban binatang ternakan seperti kibas, kambing, lembu, kerbau atau unta sebagai ibadat kepada Allah pada hari raya aidil adha iaitu 10 zulhijjah dan juga hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 zulhijjah).

Selamat menunaikan ibadat korban bagi yang mampu..

* tahun ni sampai pagi raya..syahdunya...

Khutbah Jumaat: Penyakit Hati

Hari ni mari kita sama-sama berkongsi sedikit sebanyak pasal khutbah Jumaat yang aku dengar hari ni kat Masjid TTDI Shah Alam. Tajuk khutbah hari ni, adalah penyakit hati. Hati ini boleh ditafsirkan kepada dua iaitu hati jasmani dan rohani. Hati jasmani ni adalah segumpal darah yang terletak sebelah kiri bahagian badan manusia, manakala hati rohani adalah jiwa kita yang tidak boleh dilihat.

Kedua-dua hati ini adalah berkait rapat. Hati rohani atau jiwa lah yang memandu diri kita samaada melakukan kebaikan ataupun keburukan. Penyakit hati ni banyak seperti hasad dengki, iri hati, dan banyak lagi la yang aku rasa semua orang pun tahu. Cara untuk mencegah penyakit hati ini adalah dengan mengelakkan diri daripada sifat-sifat mazmumah dan memperbanyakan sifat-sifat mahmudah serta banyak-banyak mengingati ALLAH. Bukankah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang??

Kadang-kadang sebagai manusia biasa kita tidak boleh lari dari mengalami kegusaran jiwa atau perasaan. Dan bagaimanpula cara untuk merawatnya..Aku amat tertarik dengan Khatib tadi bila dia mempersoalkan soalan ini. Bagaimana nak mencari ketenangan hati? Adakah dengan pergi ke club malam? berkaraoke, menonton filem-filem yang melalaikan?Dan macam-macam cara lagi. Tapi itu semua bukan jawapan dan cara untuk mendapat ketenangan hati..Hanya satu pokok pangkalnya adalah dengan mengingati Allah atau zikrullah.

Zikrullah tidak memerlukan masa dan tempat yang tertentu..boleh dilakukan di mana-mana dan dalam apa jua keadaan sekalipun, samaada tengah duduk, berdiri, berbaring, melakukan kerja ataupun apa sahaja.

Itu sajalah yang dapat aku kongsikan kat sini untuk kali ini. InsyaAllah..semoga apa yang aku postkan kat sini dapat memberi kebaikan kepada rakan-rakan dan memberi peringatan lebih-lebih lagi kepada org yang mengepost entri ni iaitu aku. InsyaAllah...

Jaga hati kita agar sentiasa mengingati Pencipta (sekadar gambar hiasan)

p/s: hati yang sakit tidak mampu diubati dengan keseronokan dunia semata-mata

aku menunggu mu

Erm..sedapnya minum neslo, makan biskut oreo sambil mengadap laptop surf internet. "perjalanan kehidupan" ni jugak la yang menjadi teman aku di kala keseorangan di opis ni. haa...balik lambat lagi. Kali ni aku tunggu test rheology yang aku 'run' pukul 9 pagi tadi siap. Test ni amik masa 680 min untuk siap ataupun bersamaan dengan 11 jam 20 minit..agak-agak dalam pkul 9 mlm nanti baru siap..

Lepas siap test ni, nak kena run sample crude lain plak. Sample ni pun sama amik masa lebih kurang 12 jam jugak nak siap.So aku running pkul 9 mlm ni..9 pagi esok baru siap. Semenjak dua menjak ni..equipment ni tak pernah stop..running je 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk sebulan dua ni..haha..nasib la.

Bila dah duk keseorangan camni..tak de apa yang boleh dibuat. Solat maghrib dah..mengadap laptop je la. surf internet, main FB dan update blog sambil ditemani bunyi kompressor berkuasa 2 hP yang kadang-kadang bila berbunyi boleh mengejutkan aku. haha..

Jam baru pukul 7.30..ada sejam lagi. Apa nak buat ni..keboringan yang amat sangat.HUhu..
Orang kata perkara yang paling menyakitkan adalah menunggu. menunggu toilet yg full? mmg menyakitkan.menunggu member yg lambat dtg bila dah janji..mmg boleh hilang sabar..menunggu jwpan cinta...mmg lama dirasakan (xde kena mengena ngan aku..contoh je). tunggu dapat keja (bagi sesape yg tanam anggur)...rasa mmg dunia xpedulikan kita..hehe..hah, menunggu apa lagi..sekali fikir betul gak..menunggu mmg perit. Sama la cam aku sekrg menuggu test yg xsiap2..memang berasap kepala..tapi apa boleh buat..kerja

Coretan dari,
Flow Assurance & Fluid Engineering Office

'pasar tani'

Setelah agak lama menunggu untuk register sebagai 'graduate engineer' dengan Lembaga Jurutera Malaysia @BEM, hari ni baru lah berkesempatan. Itu pun mujur sebab bos aku nak apply untuk profesional engineer, jadi aku tumpang la sekaki. Kalau tak..tak tau la bila boleh apply untuk jadi graduate engineer ni.

Resit rasmi bayaran proses

>>>>>BEM<<<<
Ok..berbalik kepada cerita hari ni, kami bertolak seawal pukul 9 pagi ke KL untuk dapat cop dan 'sign' Ir. dari salah sorang bos sister company..dah tu, kitaorg terus bergerak ke BEM yg "bertapak" di Kompleks Kerja Raya Malaysia. Kalau bagi sesape yang tak tau..(cam aku), Kompleks Kerja Raya Malaysia ni terletak di Jalan Sultan Salahuddin..dekat dengan Bank Negara.. Kat area tu ada kementerian kesihatan dan kementerian kerja raya.

Masuk je area tu, jalan sedikit sesak..orang ramai.Aku terfikir gak..ada apa ni??rupa-rupanya ada cam pasar tani kat situ. Semua ada, dari yang menjual makanan, ulam-ulam sampaila kain baju pun ada. Masa kami sampai tu lebih kurang pukul 12 tengah hari. Orang memang ramai..dan aku yakin..90% adalah kakitangan kerajaan yang bekerja kat situ..Errk,,,pukul 12 tgh hari dah waktu rehat ke???tak kira lelaki atau pempuan..ada yang dah beli makanan, air, belek-belek kain baju yang dijual...dan ada jugak yang beli sayur-sayur..(agaknya pagi tadi tak sempat g pasar kot).

Tapi aku tak boleh nak serkap jarang, mungkin hari tertentu ofis kerajaan ni bagi rehat awal..tu aku tak sure la. (sesape tahu tolong info kan)..Yang aku boleh gambarkan, suasana kat situ tak lebih dari keadaan pasar tani hari minggu yang sibuk!!!Ermm..dalam pada tu..selepas duk siapkan dokumen-dokumen untuk application ni..aku pun menapak la ke bangunan kompleks Kerja raya Malaysia tu. Kalau nak tau, ofis BEM ni duk kat tingkat paling atas bangunan tu..tingkat 17. Nak apply tu kena bayar RM50 utk pemprosessan...(wang pos @cek sahaja!!).

Dah orang BEM semak semua,resit pun dah dapat aku turun balik..dan balik la opis.,Ohye on the way balik opis..kebetulan perut dah lapar..singgah jap kat damansara..kita pekena nasi kat kedai mamak dulu..apa nama kedai tu ek..(yang pasti ada perkataan "kayu") aku pun dah lupa..tapi yang pasti memang best!!

P/s: esok balik pkul 9 malam..nak kena 'run' test yang amik masa 12-15 jam untuk siap..adoi..

hari mendatang semakin busy

Hari-hari yang mendatang sebagai engineer dirasakan semakin busy. Banyak projek yang masuk.Bagus..tapi semua nak cepat. Semua terkejar-kejar.Kejar di sana, di sini yang tercicir. No wonder akhir-akhir ni, aku balik lambat dari hari biasa. Ini lah baru dikatakan engineer yang sebenar..(nak pujuk hati..hehe).

Kerja sebagai engineer kat consultancy company macam ni lah. Hari-hari jumpa dengan klient..macam-macam kerenah. Semua projek kejar dateline..Kerja dengan klient ni kalau tak kena marah tak sah. Lebih-lebih lagi kalau klient tu 'orang kulit putih'. Mungkin di rasa mereka tu hebat sangat kot..tapi hakikatnya tak la sehebat mana pun. Tapi ini lah kelebihan kerja kat consultancy kompeni ni. Macam-macam kerenah manusia kita jumpa..ada yang macam tu..ada yang macam ni.Dari setiap kerenah tu pulak banyak yang kita boleh belajar.sama ada dari segi kerja ataupun softskill.

P/s; untuk aku dan jugak fresh graduate yang diluar sana yang merasakan kerja makin teruk dengarkan nasihat aku ni..
Masa fresh ni..belajar banyak-banyak. Penat sikit pun takpe.asalkan dapat banyak experience.baru senang nak naik atau nak move nanti.

Blogger Templates by Blog Forum