Workaholic


A workaholic, is a person who is addicted to work (the correct medico-legal term is "ergomania")...sources: Wikipedia

gambar di atas bukan gambaran aku semasa di office



Erm..menarik. Word addicted tu yang membuatkan "workaholic" tu sesuatu yang menggerunkan. Tapi istilah medic cam biasa, perkataannya selalu 'menggulungkan' lidah aku untuk menyebutnya. Doktor yg membaca blog aku ni, sila ulas sikit. (aku tau ada doktor yg baca blog aku ni...hehe).



Kenapa aku tiba2 citer pasal workaholic ni? sebabnya aku rasa aku telah memaksa relakan diri aku ni menjadi workaholic sepanjang minggu lepas (dan mungkin jugak minggu yang mendatang). Terpaksa memaksa diri jadi workaholic kerana banyak sangat kerja yang perlu di'settle'kan dalam jangka masa yang pendek. Terkejar sana, terkejar sini.


Beginila kerja, terikat dengan dateline. Kadang-kadang kita terpaksa menjadikan diri kita workaholic. sebabnya, kalo kita tak buat camtu..alamak sampai bila pun kerja tak siap. Kalo kerja tak siap, sape susah,,kita jugak yang susah. dari sekecil-kecil peluru sampai la kepada bom atom kita diserang oleh bos. haha..Apapun, sebenarnya it is about responsibility. kerja dan tugas membuatkan kita lebih bertanggungjawab. Bertanggungjawab kepada amanah yang diberikan (cewahh!!).



Kalau diikutkan, minggu lepas sangat busy sehinggakan 3 hari cuti, terpaksa dikorbankan sedikit untuk buat kerja. Tension tu perkara biasa. Normal. semua orang yang bekerja aku yakin mengalami ke'tension'an. Bahkan orang yang tak kerja aku rasa lagi tension. kan?? Masa student dulu tension bila nak sipakan assignment.Cuma level tension tu yang berbeza. Bagi aku setakat ni, Alhamdulillah aku boleh lagi manage.



p/s: Kenapa aku rasa aku belum btol2 busy tahap maksimum??

nostalgia

Petang tadi tengah kebosanan, sempat aku buka web youtube. Tengah duk surf web tu, aku tertarik dengan iklan-iklan lama yg di'upload'kan kat situ. Waa..tergelak jugak la..mengingat kembali kenangan kecik-kecik dulu. Kalo nak banding jauh bezanya iklan dulu dgn sekarang. Pelakon-pelakon iklan dulu pun dh jadi veteran sekarang.

Dalam banyak2 iklan tu aku tertarik dengan iklan sabun Trojan ni. Iklan tahun 1992..masa tu aku masih di tadika. memang ingat lagi...sungguh nostalgia. Aku uploadkan iklan tu kat sini..mungkin juga boleh mendatangkan kenangan lama untuk rakan-rakan pembaca..




Menarik kan???

p/s: masa yg lepas tidak boleh diundur..tapi nostalgia tetap dalam ingatan

Selamat Tahun Baru

Selamat menyambut tahun baru 1431H..Semoga dengan kedatangan tahun baru ini memberi semangat untuk kita terus beristiqamah dan berusaha untuk meningkatkan keimanan. Semoga azam kita tahun ini dimakbulkan Allah.

salam tahun baru 1431H untuk semua

Marilah kita sama-sama berhijrah. Berhijrah dari keburukan kepada kebaikan, daripada kejahilan kepada berilmu, dari mazmumah kepada mahmudah..berhijrah la kerana Allah. InsyaAllah akan selamat.

peringatan untuk aku dan juga pembaca; ingatlah..kita semakin hampir dengan tarikh kematian kita ('',)

Interview Kali Ini

Hari ni, pukul 11 pagi aku ada interview kat Bandar Baru Bangi (BBB) untuk satu kontraktor kompeni Oil and Gas. Lebih kurang pukul 9.45 pagi aku bertolak naik kapcai aku ikut lebuh raya KL -Seremban. Sampai seksyen 10, BBB aku terpaksa pusing dua tiga kali mencari lorong/jalan yang dimaksudkan. Pkul 10.30am baru la jumpa kompeni tu.."alamak, keciknya .Signboard pun tak nampak sangat",itulah first impression aku. Tekak dah kering, jam baru pukul 1030am so aku ke Shell layan ice lemon tea dulu.

Pastu terus gerak ke kompeni tu. Ada sepuluh minit lagi. Aku lepak kat moto dulu.Tiba-tiba sorang akak keluar dari opis tu tnya aku datang untuk interview ke dan dapat meneka nama aku dengan betul. Rupanya diorang menunggu aku. hehe.Macam biasa, akak tu bagi borang suruh isi, tak sempat aku abis isi borang tu, akak tu panggil kata bos nak jumpa sekarang. Tak siap isi pun tak pe lah dia cakap. Ok.Akak tu bawak aku masuk bilik Managing Director (MD).

Macam biasalah bagi salam dulu. Dengan sopan aku duduk.ehehe.

"nak minum?nak air apa? kopi?"dia tnya..

"owhh, tak pe la, baru sudah minum" aku cuba menafikan niat aku yang ingin merasa kopi free.
pastu dia call receptionist,'tolong bawak air masak untuk our guest'..haha..air masak dia bagi aku.

Then, bermulalah soalan interview pertama, normal question "about yourself" yang aku rasa tak berapa formal.Cakap pun campur BM ngan BI.Ok la tu..hehe.aku bukan fasih sangat speaking. Sedang tengok resume aku.. dia cakap, "ok, sy nak hire awk, so bila boleh start??"haha...baru tanya satu dua soalan dah nak amik aku??biar betul!!!

still nervous walaupun dah banyak kali interview


"i'm sure with pointer like this you able to do the job"...alamak,ni yang buat aku takut ni. Mesti diorang expect aku giler2 ni.

'but, dapat pointer tinggi, tak semestinya dapat buat keje dengan baik'..aku cuba recover balik..hehe.
Part yg membanggakan bila dia kata dia impress tgk result aku. hehe..Alhamdulillah, CGPA aku ok la jugak. semuanya rezeki Allah. Start dari tu macam-macam dia tanya, ramai tak dapat 3.** above, melayu berapa orang, satu batch berapa orang, amik sukan apa..aku pun menjawablah dengan tenang (tenangla sebab jawab kut BM je).Dalam sesi tu byk dia brief pasal kompeni dan tanya pasal background study aku. Ada gak dia tnya kenapa tak apply schlumberger. Dia kata, lepas 2 3 tahun keje ngan dia nnt, dia akan try rekemen aku untuk keje ngan schlumberger or other operator company.hehe..ada gak camtu ek. betul ke tak aku pun tak tau.

Abis dia bertanya aku, dia open question. so macam-macam jugak la aku tanya..of course yang first aku tnya pasal job scope..(bukan gaji ek). position, travel, project and etc.Mungkin dia tggu aku tnya pasal gaji, tapi aku hold dulu.hehe..aku tnya lebih kepada kerja. Last-last skali dia tnya aku "salary, how much do you expected??"hehe..

'ermmm..i wrote in my resume RM 2***'..aku cuba memberi jwpan yang tergantung.

'oh, no problem...we can can pay'.
sebenarnya gaji yang aku letak tak lah tinggi sangat pun, sama je ngan gaji aku sekarang. lagipun aku still consider aku as a fresh graduate. ada jugak dia tnya pasal keje aku sekarang. So aku cerita la mana yang patut. sesi aku interview dengan dia selesai bila dia terpksa keluar untuk satu urusan. penamat kepada sesi interview tu dia tnya samada aku boleh start keje esok??atau nak balik fikir dulu sebelum decide nak terima atau tak. of course aku pilih second choice..apa2 pun fikir dulu.

gaji bukan penentu kerja bagus atau tak...


Dia serahkan aku pulak kepada seorg 'head' yang boleh dikatakan menguruskan pasal HR ni. Kali ni bukan interview, tapi just dia briefing pasal benefit, salary, working environment yang dia kata byk keje (ehehe) dan macam2 lagi la. aku kuar opis tu dalam pukul 1230..lama gak aku berinterview.hehe..

sekarang ni, problemnya..aku nak terima atau tak. Kalo terima macam mana dengan kompeni yang aku keje sekrang. kenalah jaga hati bos jugak, takkan nak blah camtu je..tapi kalo aku stay kat kompeni skrg ni..aku rasa tak byk engineering work yang aku blaja. kalo move pulak, i'm sure workload bertambah sbb kompeni ni bertukar management baru, so manpower tak cukup.

pilihan???


p/s: yang peliknya, setiap kali aku interview mesti interviewer tanya..kenapa tak apply PROTON??mentang-mentang la aku pernah intern kat sana..huhu

Persimpangan

Akan ada satu masa dalam kehidupan ini, kita akan berada di persimpangan. Yang pasti masa tu kita perlu membuat keputusan yang boleh memberi manfaat dan hasil pada kita dan orang lain.

pilih jalanmu

Berapa banyak pun lorong di hadapan, kita mesti terus berjalan. Bukan kerana byk lorong kita jadi give up. Semuanya pilihan kita. Setiapnya ada hikmah berbeza.
p/s: ingat masa form 5 dulu, kalo tak silap ada poem 'the road not taken'

Peristiwa Semalam

Pagi-pagi hari cuti camni mmg seronok dan semangat nak tulis post baru. Ohye sebelum tu, Selamat Hari Keputeraan utk Sultan Selangor. Untung duk negeri Selangor ni..dapat cuti hari ni.Tapi disebabkan cuti hari ni, semalam merupakan hari yang kelam kabut. kerja datang last minute.nak tak nak terpaksa lah aku ngan sorang lagi colleague aku balik pkul 8.30mlm (rekod terkini 12.00mlm). Kerja kena siapkan jugak sbb esoknya (hari ni) client dah mintak,,maklumlah diorang (client) opis kat KL. Tak cuti (selamat bekerja orang KL...).

Balik rumah mmg penat ditambah pulak dengan tanda-tanda demam akan menyerang. Lapar pulak tu..Bila sampai rumah mmg dah malas nak kuar lagi cari mkn. nasib baik ada roti, boleh gak alas perut.
Piture ni tiada kaitan ngan aku..hehe

Semalam gak aku dapat call dari satu kompeni (kontraktor) oil and gas (nama kompeni nya aku rahsiakan) kat bangi untuk datang interview. Bisnes kompeni ni lebih kepada 'corrosion preventive' utk equipment kat offshore macam riser and etc. Yang aku terkejutnya, aku hantar resume melalui website diorang malam tu, pagi esoknya (semalam) dia call. Tak pernah ada kompeni yang reply cepat camtu..yang langsung xreply ada la.hehe. Mungkin diorang sgt2 nak pakai manpower agaknya..
Dari perbualan aku ngan dia semalam, kalo dapat kemungkinan besar aku akan merasa kerja kat offshore. OFFSHORE!!!!! (tiru skill jeritan seseorg).Tapi tak tau lagi la dapat ke tak, interview pun belum lagi. kalo dapat pun aku fikir 2 kali (bahkan lebih dari 2 kali) untk terima offer tu ataupun tak. Rasa dah ok keje kat kompeni sekarang (dari segi gaji, environment, jarak..etc) walaupun sekarang ni tak de sangat kerja yang relate dengan scope kerja aku.

Apapun..tengok la camne nnt.
p/s: lain kompeni yang diminta..lain yang dapat. Cubala dapat MMC ke, RNZ ke, Technip ke..hehe.

Blogger Templates by Blog Forum