Belajar

Assalamualaikum,

Semenjak dua menjak ni terlalu busy dengan kerja. Banyak projek nak kena handle sekarang. Nak abiskan cuti 'carry forward' tahun lepas pun tak sempat lagi. hari tu, balik cuti CNY sehari je. Ahad bertolak dari KL, sampai dah petang. Isnin lepak kat rumah sehari, Selasa dah bertolak balik ke KL. Nak hilangkan penat drive pun tak sempat. Dah la tu, tup-tup hari Rabu kena pergi Miri attend meeting dengan client, hari Khamis terbang balik KL. Waduh-waduh..tak menyempat aku berehat kat rumah.

Bulan ni saja, aku rasa dah 4 kali aku terbang ke Borneo. Paling sengsara masa pergi Labuan nak settlekan loading barang kat sana. Urgent. Terpaksa korbankan cuti hujung minggu, dari tengah hari sampai malam kat warehouse, esoknya pulak berpanasan kat jetty sehari suntuk. Dah jadi macam zombi. Kerja-kerja. Adoi..apa boleh buat? Mengeluh ajalah. Dah nama pun makan gaji. Mungkin orang lain ada yang lagi teruk. Kan?

Hampir setahun aku kat sini, banyak benda aku belajar. Dari finance, logistic, teknikal, management sampai lah kerja-kerja admin pun aku kena buat. Hidup ini penuh dengan ilmu. Yang penting tanya hati, antara nak dengan tak nak je. Ye dak?



Tempat aku cari rezeki




p/s: Lepas ni nak belajar ilmu rumah tangga pulak!

Bermula Dengan Kehidupan Baru

Assalamualaikum..


Otak dah berkarat sebab lama tak menulis dalam blog ni. Hari-hari duk fikir pasal kerja yang tak pernah habis dengan masalah. Keperluan diri sendiri pun terabai. Apa punya kerja daa..


BTW, 2011 dah menutup tirainya..sekarang kita buka cerita baru. Cerita tahun 2012 pulak. Ohye, sebelum tu “selamat tahun baru” untuk semua. Terlambat ke? Tak kisahla..asalkan ada jugak ucapan tahun baru dari aku dalam blog ni. Sepanjang tahun lepas, banyak perkara pahit manis berlaku.


Tahun lepas bermula dengan aku resign dari kompeni lama. Dah bosan, sebab takded kerja aku boleh buat. Tu pasal aku resign, sekarang kerja bukan main banyak lagi, insyaAllah aku tak resign. Then aku apply TNB, tapi kena reject. Kecewa sangat-sangat, tapi apa boleh buat kalau itu suratan takdir. Haruslah aku menerima. Bagus!. Lepas tu aku merasai pengalaman seorang penganggur selama sebulan. Saja nak rilek kat rumah, kira bulu kucing, walaupun masa tu aku dah dapat offer. Lepas sebulan cuti, aku mulakan kerjaya aku dengan kerja sekarang. Kemudian aku beli sebuah besi beroda untuk bergerak ke sana ke mari. Start dari situ aku rasa dah takde life sebab terlalu busy dengan kerja.


Bulan 9 pindah rumah baru kat Puchong. Dekat dengan tempat kerja. Maka bolehlah aku bangun lambat untuk pergi kerja. hehehe. Dan detik paling bersejarah dalam hidup aku sepanjang tahun lepas, bila aku selamat menyunting seorang gadis untuk dijadikan seorang suri hidup. Pelengkap diri, penyeri hati. Alhamdulillah, di penghujung bulan November, menjadi titik ikatan dengan cik tunang tersayang, Hafni. Moment dan majlis yang cukup indah untuk dikenang. Ini baru bertunang, kalau dah kawen macam mana la agaknya. Satu perasaan yang tak dapat digambarkan. Perancangan untuk bertunang pun ala kadar je, tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar..harapnya nanti majlis nikahnya akan diberkati dan dimudahkan Allah.


Semua ini perancangan Allah. Satu perjalanan telah aku tempuhi, sekarang dalam transition mode, daripada single kepada berdua. Persiapan menjadi seorang imam untuk isteri dan anak-anak. Nampak mudah, tapi sukar untuk dilaksanakan. Kalau disebut soal bersedia, aku rasa sampai bila pun kita tidak bersedia. Haruslah aku menghadapinya, kerana ini lah ketetapanNya terhadapku.


Doakan kami kekal hidup bersama, di bawah rahmat Allah.

Blogger Templates by Blog Forum