01 August 2010
by MohamadHafizul
Assalamualaikum..
Hai semua..terima kasih kerana masih sudi membaca blog aku ni. Thank you! Post pertama bulan ni ditulis pada petang Ahad yang indah. Sudah beberapa hari ketandusan idea untuk menulis sesuatu di blog yang tak seberapa ni. Akhirnya, tertulis jugak satu kisah kali ni.
Sedar tak sedar dua minggu lagi kita semua nak puasa. Bulan Ramadhan datang lagi. Bulan yang penuh berkat dan 'bonus' yang berlipat kali ganda. Bila masuk Ramadhan je, mesti aku teringat masa aku mula-mula menyewa kat rumah aku sekarang ni.
InsyaAllah, termasuk Ramadhan akan datang ni bermakna dah 3 kali aku menyambut bulan puasa kat rumah sewa ni. First, time mula-mula masuk menyewa. Masa tu berlima, masih bergelar student. Boleh kata tiap-tiap hari berbuka kat masjid sebelah. Sampaikan pakcik-pakcik dah boleh cam muka kitaorang, tapi disebabkan kitaorang ni tak pernah miss solat terawih berjemaah kat masjid (ada unsur tokok tambah di sini).
Ramadhan kali ke 2 disambut masa aku dah mula kerja. Baru beberapa bulan bekerja. Kali ni tak sekerap Ramadhan yang lepas kitaorang berbuka kat masjid. Maklumlah, orang dah kerja. Balik kerja pergi bazar Ramadhan, tunjuk-tunjuk apa yang nak. Yang tak boleh lupa, pernah berbuka puasa dalam teksi. Masa tu on the way balik dari Kemaman kerana satu tugasan kerja. Berderai air mata makan roti gardenia yang harga 60sen tu dengan minum air kotak (menangis dalam hati je).Tak macho ar menangis depan pakcik drebar teksi tu. Dia pun selamba je makan roti, sambil pegang stereng kete. Apapun..itulah kerja dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Cewahh..
Then, 2 minggu lagi Ramadhan datang lagi. Kali ni aku nak prepare awal-awal. Sediakan stok makanan banyak-banyak kat rumah untuk bersahur. Kalau untuk berbuka, aku rasa sepanjang 30 hari puasa aku akan menjadi pelanggan setia Kak Jah kat bazar Ramadhan tu. Time sahur yang leceh sikit. Takkan nak makan roti je tiap kali sahur. Nampaknya dapur rumah aku kali ni akan berasap. Aku nak masak je apa-apa yang patut untuk makan sahur. Ada sape-sape pandai memasak kat sini? Aku nak belajar masak.
p/s: Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga kita diberi kesempatan untuk memanfaatkan Ramadhan kali ini sepenuhnya.Aminnn.