Showing posts with label Engineering. Show all posts
Showing posts with label Engineering. Show all posts

ICA and Subsea Asia Exhibition

Salam,

Minggu ni kerja tak berapa banyak kat office. Project yang aku handle dah pun siap, report pun dah hantar. Ok, bukan pasal report itu yang aku nak cerita kali ni tapi pasal exhibition yang sempat aku pergi pada hari ni dan hari semalam.

Exhibition yang pertama (8-10/6/2010) adalah ICA 2010. ICA ni lebih fokus kepada instrumentation dan automation industri exhibition termasuk lah jugak laboratory punya instrument.
Pas masuk ke ICA 2010 Exhibition

Yang keduanya adalah Subsea Asia. Ni antara exhibition yang grand dalam Oil n Gas industry selain dari OGA. Exhibition ni banyak display pasal technology dan equipment baru dalam Oil n Gas industry lebih-lebih lagi untuk offshore side.

pas masuk ke Subsea Asia Exhibition

Best jugak dapat pergi exhibition ni. Selain daripada dapat menambah ilmu dan kenalan, dapat juga cenderamata kalau rajin tunjuk muka dan ramah bertanya kepada exhibitor yang ada. Ohye, kedua-dua exhibition ni berlangsung kat KLCC..

Ada apa dengan engineer

Salam,

Sedar tak sedar dah cukup setahun aku kerja. Kerja sebagai engineer. Alhamdulillah, masih di company yang sama. Pencapaian untuk setahun??Hurm..banyak yang dapat aku belajar sama ada yang relate dengan kerja secara langsung ataupun tak. Tapi yang pasti, sebagai seorang engineer, setahun pengalaman is nothing especially in Oil n Gas industry.

Kalau dulu-dulu masa zaman sekolah menengah, orang cakap kalau nak jadi engineer kena pandai subjek fizik. Betul tu, tapi yang paling penting adalah math. Semua subjek engineering ada math, kalau tak banyak sikit pun ada. Subjek math kat U tak payah cakap la. Semua ada, calculus, algebra, differential equation dan etc. Sampaikan satu tahap di mana seorang undergraduate engineering student terfikir adakah dia ingin menjadi mathematican atau engineer!

Bila dah kerja? Totally different dengan apa yang belajar. Again, you need to learn new things. Degree hanya lah platform untuk kerja. Orang kata engineer ni busy je memanjang, kerja tak tentu masa. Bagi aku ia bergantung pada bidang dan job scope masing-masing. kalau aku, tiap-tiap hari duk goyang kaki je kat office, sebabnya aku memang suka buat kerja sambil goyang kaki.heee..kerja tak tentu masa, kadang2 busy dan jarang-jarang rilek!

p/s: dapat offer kerja. gaji ok..job function tak berapa nak ok.



Garantia de Fluxo

Salam,


Apakan daya, aku hanya engineer biasa. Masih di ofis menyiapkan chemical testing sejak pukul 3 petang tadi. Kerja datang bertalu-talu. Esok client dah nak result. Sementara tunggu test siap, meh kita sembang sikit pasal bidang aku ni.


Ok. Dalam oil and gas ni terlalu banyak cabang-cabang kerjanya termasuk lah bidang yang aku involve sekarang, Flow Assurance. Mungkin jarang yang tau ada term ni..kebanyakan bila aku cakap Flow assurance, ada lah yang tanya balik..'hah insurance?"

Bukan kak, bukan..Flow assurance ni dalam bahasa mudahnya adalah satu kerja yang nak pastikan hydrocarbon fluid (minyak dan gas) flow dari reservoir ke receiving facilities. Nak tahu maksud yang lagi tepat, sila klik di sini.


Dalam flow assurance ni pulak, banyak yang dicover antaranya thermal and hydraulic analysis, blockage, corrosion, erosion dan jugak operatability. Sekarang ni kerja aku lebih tertumpu kpd fluid testing. Nak check fluid properties (chemical @ crude oil) dan macam-macam lagi.



My workstation

p/s: Garantia de Fluxo=Gurantee the Flow=Menjamin Aliran(???)

Bukan Jurutera Haram


Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak aku jadi engineer. Maksud aku, Legal Engineer atau dalam bahasa mudahnya, jurutera yang diiktiraf/didaftarkan. Untuk langkah yang pertama ini, teriktiraflah aku sebagai "Graduate Engineer" dari Board of Engineer Malaysia.

Sijil Pengesahan Sebagai Graduate Engineer





Nak jadi Graduate Engineer ni senang je, janji ada kelulusan dalam bidang engineering dari universiti yang diiktiraf dan course2 yang diambil cukup criterianya. Yang paling penting kena bayar wang process RM50 (kalau tak permohonan tak dilayan..hehe).Tak rugi daftar, at least berbaloi jugak penat lelah kita amik course engineering, akhirnya diiktiraf sebagai ENGINEER.




p/s: ada apa dengan engineer?

Malaysian Engineer..

Berbanggalah menjadi engineer keluaran Malaysia...

To all engineers out there..gud luck!!

Training

16 Jun-start dari 15-17 Jun ada training nak handle equipment yang baru dibeli iaitu micro DSC. DSC stands for Differential Scanning Calorimetry..iaitu equipment yg boleh digunakan untuk mencari masa dan temperature yg tepat bagi pembentukan wax ataupun hydrate. Training yang aku ikuti ini diajar oleh spcialist dari kompeni yang buat equipment ni dari France.

Nak handle equipment ni amatlah cerewet..terutamanya bila nak put sample dalam 'bath' ataupun furnace..semua kena perfect dan bersih. Bila dah put sample, kena setting input kat komputer . Oh ya, equipment ni pakej dengan software nya sekali. Bila dah siap run test, kita kena interprate graph yang keluar kat skrin komputer untuk mencari onset temperature formation of wax atau hydrate.

Pening kepala jugak la nak kena ingat semua step-stepnya.equipment ni boleh digunakan untuk mengkaji sample pada high pressure sehingga mencapai 400 bar. Ini penting kerana biasanya hydrate form pada pressure yang tinggi. yang penting bila nak interprate graph, kena tahu yang mana cooling dan yang mana heating process dan jugak exothermic ataupun endothermic..

Esok ada sehari lagi trainning untuk equipment ni..Minggu depan trainning untuk equipment lain plak..Hari ni kerja aku training je..xbuat kerja lain..balik pun pukul 7.15mlm..tunggu nak belajar cara nak calibrate equipment. penat betul.

wassalam

Exhibition

10 Jun- Seperti biasa, aku lah antara orang yang terawal sampai ke ofis. Sebelah pagi, aku sambung buat slide presentation untuk meeting hari Jumaat nanti dengan PETRONAS Carigali..Nasib baik aku kena wat slide je, tak perlu present..

Tengah buat slide presentation, bos aku ajak pergi exhibition OGA 2009 kat KLCC. Masa tu dah pukul 12.15 tgh hari. OGA atau nama penuhnya Oil & Gas Asia merupakan exhibition yg menghimpunkan company yg terlibat dgn oil and gas industri mempamerkan produk dan servis masing-masing..OGA ni berlangsung selama 3 hari dari 10-12 Jun ni..

http://www.oilandgas-asia.com/index.php

Alhamdulillah..dapat aku jalan-jalan hari ni.dah bosan duk kat ofis buat slide presentation..Dapat jugak aku naik Honda Accord model baru bos aku...Masa yang diambil nak sampai ke KLCC agak lama sedikit, maklum lah jalan tengah sesak lebih-lebih lagi waktu lunch.

Sampai je area KLCC satu lagi masalah timbul..masalah parking. Parking kat KLCC ditutup..kami decide nak parking kat Mandarin Oriental tapi parking full, lepas tu banyak lagi tempat dan hotel lain sekitar KLCC yg kami cuba masuk termasuk la Impiana tapi semua full. Alamak malangnya..

Tapi nasib baik ada UOA..kami pun masuk la nak park kereta..pusing punya pusing satu pun tak jumpa.Semua reserve..Apa ni..buat sakit hati je..dah la lapar.Kami pun keluar dari UOA baru la si guard UOA tu letak sign board "parking Full"..awal-awal tak nak letak.

Tengah ronda-ronda cari parking..nasib baik parking KLCC dia buka balik.Dapat la parking kat dalam KLCC.kami sampai kat tempat yang dituju lebih kurang pukul 2.45ptg..Aku pun dengan keizinan bos aku mula la merayau-rayau ke booth2 company lain..Macam-macam company ada dari yang bekalkan product/servis offshore samapi la kepada onshore. yang bestnya, company-company ni semua sediakan cenderahati.tapi aku tak larat nak jalan jauh-jauh, penat tak makan. nak keluar makan pun rasa dah malas.

Pkul 4 ptg aku ke booth company aku, sempatlah berkenal-kenalan dengan staff-staff dari group of company yg lain..Lebih kurang pukul 4.30 aku dan bos aku berangkat pulang dengan kelaparan dan kepenatan..Jalan pun agak sesak..sampai je ofis, aku kemas-kemas barang dan trus pulang..

wassalam

Blogger Templates by Blog Forum