Catatan Kembara Jurutera - United Kingdom (Part 1)
10 October 2012 by MohamadHafizul
Salam,
Sudah lama rasanya tidak menjenguk apatah lagi mengupdate blog ini. Biasalah, alasan typical busy dengan kerja seharian ditambah pula dengan tugas sebagai suami. Aduhai, rasa macam tak percaya pula aku ni dah bergelar suami orang. Alhamdulillah, hampir 5 bulan mendirikan rumah tangga dengan isteri tersayang hidup ini rasa sangat bahagia. Ok.
Jam sekarang pukul 8.50 malam waktu UK atau 3.50 pagi waktu di Malaysia. Ya, sekarang aku menaip catatan ini keseorangan di Jurrys Inn Hotel, Newcastle. Cuaca di sini sangat sejuk untuk orang badan macam aku ni. Kalau pagi dan malam boleh mencecah sampai 2C. Menggigil.
Untuk part 1 ni, aku tak nak cerita panjang pasal urusan kerja aku ataupun keadaan di UK ni tapi aku nak menceritakan 'kerinduan yang melampau' kepada isteri tercinta. Aduh, baru 4 hari berjauhan rasa macam dah 4 bulan tak jumpa.
Ayatnya agak geli di situ tapi inilah hakikatnya tapi mungkin inilah namanya hikmah pernikahan. Pernikahan itu melengkapkan kekurangan yang ada pada kita. Tanpa isteri di sisi diri ini terasa macam keseorangan, apatah lagi bila tidak mendengar suaranya. Sunyi rasanya. Dialah isteri yang diciptakan untuk aku.
Untuk isteriku sayang, terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup abang. Ingatlah, pernikahan itu memerlukan persefahaman dan tolak ansur serta dibajai dengan kasih sayang yang berpanjangan. Walau apapun, abang tetap akan menyayangimu kerana abang percaya, Allah ciptakan kita untuk melengkapi satu sama lain dan sayang adalah amanah untuk abang.
Sayang, miss you deeply!
Salam sayang dari abang untuk isteriku tercinta.

