Rizal's Convocation

Salam,
Story kali ni pasal konvokesyen. Bukan konvo aku yang setahun lepas, tapi majlis konvo best friend aku di UITM. Sebagai memenuhi undangan, pagi tadi sempat la ke UITM sekejap meraikan si member ni. Ok, citer banyak pun tak guna. Layan aje la picture-picture yang sempat aku snap.
Konvokesyen UiTM ke-72

Man of the Day


Sila pandang kamera!!

Red Carpet...

Rizal&Semi


Aku pulak excited bergambar..hehehe

Engineers from UM

UiTM..nice place

p/s: tahniah kepada semua graduan.

"tuntutlah ilmu sehingga akhir hayat"

Setahun

Salam,

Cepat sungguh masa berlalu..16 Mei tiba lagi.Ye, aku tahu hari guru. Entry kali ini bukan pasal hari guru..Tapi apapun sebelum aku melanjutkan dengan entry aku yang sepatutnya, aku nak wish "Selamat Hari Guru" khususnya kpd cikgu2 aku dan semua cikgu2 kat Malaysia ni.

OK. Pada tarikh ni jugak..genaplah setahun aku berblogging. Sekejap je masa berlalu. Dalam setahun berblogging ni antara achievement yang aku dapat (jangan gelak ok)

5 orang follower yang setia
84 entry yang memikat hati pembaca
Layout blog yang menarik

Apapun, aku tak kesah asalkan aku puas hati berblog dan bercerita. Blog ini aku punya..hehe

Ip Man 2

Ip Man 2


Salam,

Semalam dah tengok movie Ip Man 2. Memang best. Jalan cerita yang mudah difahami dan menarik. Tak terasa..kejap je dah abis.Citer ni banyak moralnya. Kalau nak tahu, tengok sendiri kat pawagam boleh, download dari internet pun boleh.

Apa yang menarik dalam citer ni, watak Ip Man tu sendiri yang nampak tenang, dan of course cerita-cerita cina dulu kala mesti ada sparring (kung fu). Bersemangat pulak tengok diorang sparring.

Untuk Ip Man 2 aku bagi rate 9/10. Nanti nak tengok Iron Man 2 pulak.. (ade sape2 dah download ke??)

p/s: Piala Thomas: Malaysia kalah dengan Jepun (2-3).

Hikayat Si Burung Kecil



"Patutkah aku terbang berhijrah ke tempat lain?", fikir seekor burung sendirian di dahan pohon kayu yang agak redup.


Di situ lah tempat dia bersarang. Sudah hampir setahun di sana. Suasananya indah, buah-buahan yang segar menjadi santapan dan ditemani kawan-kawan yang baik. Namun begitu, hati si burung kecil selalu memberontak. Dirasakan mahu mencari sesuatu yang sesuai dengan jiwanya.Sesuai dengan dirinya. Tapi apa? Di mana? Bila?, semuanya masih belum mampu dijawab si burung kecil.

Pernah dulu di suatu masa, si burung kecil telah merayau-rayau mencari destinasi baru. Sudah banyak kali. Tapi kesudahannya, semua tidak menjadi dek kerana banyak halangan yang melanda. Difikirkan pada masa itu hatinya belum cukup kental, pengalaman di dada masih kurang, maka dibatalkan saja niatnya.

"Biarlah dulu aku di sini,mencari pengalaman hidup", kata si burung kecil.

Hari demi hari, si burung kecil menghabiskan masanya hampir setahun di sini. Hatinya gembira dengan suasana yang rilek di sini, tapi semua itu tidak mampu menipu hati si burung kecil yang masih mahukan sesuatu yang belum dicapai.

Kali ini, hatinya memberontak lagi.Ditambah pula dengan suasana persekitaran habitatnya yang tidak aman selama beberapa minggu. Ramai kawan-kawannya mahu mempersiapkan diri mencari destinasi baru. Burung kecil juga. Dia tidak mahu ketinggalan. Ini lah masanya. Tiada siapa boleh menghalangnya lagi. Lagi pula, hampir setahun sudah dia berhabitat di tempat sekarang. Dia sudah nekad mencari destinasi persinggahan yang lain. Selama beberapa hari
si burung kecil penat terbang ke sana ke mari mencari persinggahan baru yang lebih sesuai dengan jiwanya.

Dirasakan mahu saja dia meninggalkan habibat atas pokok kegemarannya. Biarlah bukan atas pokok pun, asalkan destinasi lain. Namun, sejak dari dulu pokok yang redup itulah cita-citanya..Mahu ditinggalkan begitu saja? Entah lah si burung kecil..

Berat hati si burung kecil. Kalau diikutkan hati, boleh saja dia meminta tolong kawan lamanya yang tinggal dia atas bangunan milik kerajaan di seberang sana. Suasana di situ selesa, maklumlah bangunan kerajaan. Bila angin kuat bertiup pun tak bergoyang. Tapi si burung kecil serba salah. Suka sangat tinggal di pohon redup. Apa yang istimewa pohon redup pun dia sendiri tidak memahaminya.

Bak kata kawan si burung kecil, selepas hujan..pasti cerah kembali. Begitulah hakikatnya. Suasana di habitatnya sekarang nampaknya kembali reda. Kawan-kawannya juga ada yang mengundur diri untuk mencari destinasi lain. Ermm..bagaimana burung kecil? Dia keliru lagi. Bukan kerana terikut-ikut dengan kawan-kawannya, tapi dek kerana diberi satu peluang
yang selama ini terbuku juga dalam hati si burung kecil untuk memilikinya.

Si burung kecil diberi peluang untuk meluaskan ilmu didadanya. Diberi peluang untuk melihat dunia luar. Tapi semua itu harus dibayar. Bukan dengan wang ringgit kerana si burung kecil tidak punya wang. Tapi kesetiaan menghuni pohon redup itu. Memang itulah cita-cita si burung kecil. Peluang yang dirasakan mungkin jarang terdapat di destinasi lain. Tapi si burung kecil mash ragu, masih sangsi, bolehkah dia menghadapi semua itu. Bolehkah dia menghabiskan masa bertahun- tahun lagi di pohon redup itu? Itulah yang harus dibayar si burung kecil.

Si burung kecil dalam dilema...keliru..

(bersambung ke episod 2)

Liku Perjalanan

Salam..

Kehidupan adalah satu ujian. Terkadang diuji dengan kesenangan, terkadang diuji dengan kususahan. Itu lah hidup, satu perjalanan yang harus ditempuhi selagi belum sampai ke penghujung yang dijanjikan. Terasa sungguh terkesan dengan musibah yang menimpa diri. Dirasakan cukup perit untuk diterima, namun apakan daya itu kehendakNya. Yakin, kemanisan menanti di setiap penghujung ujian yang diberi.

Apa yang mampu dilakukan hanyalah doa. Berharap dikurangkan penderitaan hati yang tak tertanggung oleh seorang insan kerdil yang menumpang seketika. Dalam kesusahan itu tersedar diri, akan kuasaNya. Tersedar akan kekurangan diri. Tersedar akan ujian yang menimpa ini, tidaklah sehebat ujian yang menimpa insan lain.

Di sini lah ujian. Allah sedang mnguji kita. Hanya itu yang mampu dirungkapkan untuk mendamaikan jiwa yang resah. Bersabarlah, semuanya akan berlalu, Allah pasti akan menolong. Diri yakin, Allah tidak akan menzalimi hambaNya..tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung.

Ujian ini menuntut pengorbanan. Pengorbanan yang tidak mampu dinilai kecuali dengan keikhlasan. Pengorbanan yang tak minta dibalas, malah tidak perlu dilihat oleh mata manusia yang melihat. Cukuplah dengan rasa indah dihati, ketenangan dijiwa dan keberkatan Illahi yang dikecapi.

Sabarlah, Allah sedang menguji kita. Pasti ada jalan keluar yang terbaik. InsyaAllah..

New Address

Salam,

Pertamanya aku minta maaf banyak-banyak kepada pembaca Perjalanan Kehidupan kerana terpaksa menukar URL blog ini atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan dan untuk menjaga sensitiviti pihak yang berkenaan.

Sekian,
Terima Kasih.

Blogger Templates by Blog Forum