Tik tok, tik tok masa berlalu begitu pantas. Hari ni hari terakhir tahun 2010. Rasanya semalam baru sambut tahun baru. Adakah masa pantas bergerak atau aku yang lambat. Mengenang kembali hitam putih kehidupan setahun yang lalu, banyak perkara yang perlu diperbaiki. Banyak perkara perlu dicapai. Ok, untuk tahun 2010 ni, jom kita sama-sama review apa yang berlaku sepanjang tahun 2010.

Kronologi Peristiwa 2010:

January
Tidak ada apa yang menarik berlaku di awal tahun baru 2010 melainkan aku melepaskan peluang interview dengan dua buah company. Bila difikirkan balik dengan situasi yang melanda sekarang memang menyesal, tetapi keadaan masa itu membuatkan aku tekad dengan keputusan yang dibuat. Tapi benarlah, apa yang putuskan masa tu depends pada keadaan masa tu. Kita tidak dapat jangka apa yang berlaku.

February
Bulan ini sedikit istimewa. Selain ianya adalah bulan kelahiran aku, bulan ini juga aku secara rasminya bergelar jurutera halal. huhuhu..sudah berdaftar dengan BEM. Alhamdulillah. Langkah pertama. Bulan ni outstation ke Singapore. Walaupun hanya sehari tapi cukup best. Banyak yang dapat aku belajar.

March
Dapat housemate baru dan jiran baru. Waa..sekaligus giteww. Setelah hampir 2 bulan duk umah sewa ni sensorang, bayar sewa rumah sorang-sorang, akhirnya berteman jugak. Tak la sunyi sangat kan. Bulan ni jugak, projek baru start. Satu projek yang buat satu opis jadi huru-hara. Semua tension. haha

April
Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Mendapat khabar bonda tercinta jatuh sakit. Dugaan yang terlalu berat untuk diterima, tension. Boleh dikatakan setiap 2 minggu aku balik kampung. Memang tension, sampaikan dah ambik keputusan nak resign kerja balik duk umah. Annual leave, emergency leave semua tibai cukup-cukup. Nasib baik bos faham. Tapi orang kata, setiap kesusahan itu ada pengakhirannya. Alhamdulillah bonda sekarang pun dah sihat.

May
Hati mula bergolak untuk meninggalkan kerja sekarang untuk mencar angin baru. Rasa tak best semua ada. Bulan ni juga aku menukar address blog ni kepada mohamadhafizul.blogspot.com dek terkantoi dengan bos aku. Cis, rupanya dia tahu aku ada blog selama ni. Nasib baik opismate bagitahu, cepat2 aku tukar address. Bulan May jugak menyaksikan cukup setahun aku beblogging.

June
Bulan ni boleh dikatakan semua orang demam. Demam bola World Cup 2010 termasuk lah aku. Unruk edisi kali ni, Spain jadi juara. Bulan ni macam jugak dengan bulan-bulan yang lepas, busy dengan kerja kat opis. Balik lambat tu perkara biasa. Dalam duk mencari peluang tempat lain, tup2 dapat offer dari kompeni HUC kat putrajaya. Sekali lagi aku tolak dengan alasan position yang dia nak offer aku tak minat. Damn!

July
World cup masih bersambung. Kerja pulak bukan main lagi banyaknya. Mengalahkan PM rasanya.hehehe. Bulan ni jugak meninggalkan pengalaman yang indah bersama2 opismate pergi PD join team building. Memang syok habis main rakit, paintball ngan go-kart. Macam-macam deklarasi buat masa team building nak naikkan income company, tapi bila dah balik opis hampeh. Cakap tak serupa bikin.

August
Ramadhan datang lagi. Kali ni sambut ramadhan biasa2 je. Kalau dulu banyak iftar kat masjid, tapi ramadhan kali ni aku lebih selesa beli makanan kat bazar balik makan sorang-sorang kat rumah. Syahdu..menitis air mata sorang2 bro. Alhamdulillah, walaupun berbuka sorang2, sahur sorang2, terawikh ramai2 aku dapat tunaikan kewajipan dengan sempurna. InsyaAllah.

September
Bila dah bulan august puasa, mestilah bulan september kita beraya pulak. Kali ni cuti raya agak panjang aku dapat. Itu pun campur MC. Overall raya tahun ni kurang menjadi bro. Seawal raya ke 2 dah kena chicken pox. Aduiii merana aku terbaring kat rumah menghabiskan cuti raya. Syok apa dapat cuti panjang, tapi tengah2 menghabiskan MC kat kampung bos call suruh datang opis sebab projek baru dah start. Adeh...burn je MC aku 3 hari.

October
Antara bulan tersibuk. Dengan projek baru yang baru start, nak belajar benda baru, nak layan kerenah client yang nak macam-macam sakit kepala aku. Boleh kata siang malam kerja. Siang kerja kat opis, malamnya sambung lagi wat kerja kat rumah. Tapi yang geramnya takde satu pun yang melekat kat hati.

November
Masih macam biasa. Projek yang sepatutnya disiapkan tak siap-siap lagi. Tension tak usah cakaplah. Ada je yang tak kena. Sekali lagi opis menjadi panas, kali ni dek kerana bos aku tiba-tiba hantar surat resign. Arrrghh...huru-hara jadinya. Dulu aku nak berhenti dia tak bagi, sekarang dia nak resign camtu je. Huhu..nasib badan. Tapi takpe, benda ni buat aku lagi semangat nak cari kerja lain. Memang takkan fikir 2 kali.hehe

December
Bulan ni projek pun dah siap. Report dah hantar. Tapi masalah lain pulak yang timbul. Tiba-tiba banyak pula projek yang kitaorang dapat, tapi tak boleh nak commit sebab bos pun dah nak blah. Rugi je. So, bulan yang sepatutnya busy bertukar menjadi bulan yang paling lepak dalam sejarah dunia pekerjaan aku. Pagi buat kerja sikit, main internet petang2 pulak sembang dengan opismate sambil pekena goreng pisang.

Ok. Selesai sudah kronologi selama setahun 2010. Untuk tahun 2011 yang bakal membuka jendelanya lebih kurang 3 jam lagi apa pulak ceritanya? Sama jugak macam tahun lepas, aku bukanlah jenis orang yang suka membuat azam tahun baru. Entah. Mungkin malas dan jugak mungkin tak nak fikir banyak. Biarkan saja kehidupan ini berjalan. Tapi untuk tahun 2011 ni, aku nak kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Yang lebih success gitew, terutamanya dalam beberapa perkara. Antaranya:

Kerjaya
Kerjaya yang stabil dan mantap. Sekarang tengah mencongak untuk mencari kerja yang sesuai dengan minat dan paling penting stabil. Tak nak lagi fikir untuk lompat kerja.

Kesihatan
Ini antara aspek terpenting jugak. Kesihatan harus dijaga sebaik mungkin. Kalau orang lain berazam tak nak makan banyak-banyak sebab nak nampak kurus, aku pulak nak makan banyak2 nak kasi gemuk. Kalau sebelum ni jarang sarapan sampai kena gastrik, tahun ni cuba sedaya upaya tak nak tinggal sarapan. Kalau tak sure kena marah dengan doktor.heee..

Perhubungan
Perhubungan ini luas scopenya. Perhubungan sesama manusia dan paling penting dengan Allah. Untuk sesama manusia dan orang tersayang ni perlu dieratkan. Moga tahun ni dapat meluangkan lebih banyak masa dengan orang-orang tersayang. InsyaAllah.

Harta
Mengumpul harta yang banyak. Ceh, macam lah kerja engineer boleh kumpul harta banyak. hehe. Harta ni boleh dilihat dari sudut ilmu dan jugak kekayaan. Diri perlu dipersiapkan dengan pelbagai ilmu termasuklah yang paling penting ilmu agama. Ilmu agama perlu diperdalamkan lagi. InsyaAllah. Dari sudut harta kekayaan dunia, biarlah sekadar yang mampu dan padan dengan keupayaan serta normal manusia. Ada kereta, rumah cukuplah sebagai persediaan untuk kawen. Cewah..panjang lebar aku describe.

Apa lagi ek? Itu je lah yang terfikir buat masa ni. Hopefully tahun 2011 ini membawa seribu bahkan lebih dari seribu kebaikan untuk kita semua demi untuk agama dan diri kita sendiri,. InsyaAllah. Azam tidak memerlukan tahun yang baru untuk dirancang tapi seharusnya sebagai umat islam sebolehnya kita usahakan agar hari ni lebih elok dari hari semalam dan hari2 sebelumnya. Dan sebagai peringatan untuk diri yang selalu alpa ini, action speaks louder than words.

Rahsia perangai anak berdasarkan kelahiran

Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi demi adik-adik.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
  • sering berjaya dalam hidup.
  • lebih pandai mengambil hati orang tua.
  • mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang ‘favourite’ di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga teras terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
  • lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
  • suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
  • sering merasakan diri mereka terpinggir.
  • terlalu mengalah.
Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :

  • happy go-lucky dan yakin diri.
  • manja.
  • berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
  • sukar membuat keputusan sendiri.
Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.

Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
  • sering merasakan diri mereka kesunyian.
  • lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
  • lebih bijak bergaul.
  • lebih cepat matang.
  • terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
  • sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.

p/s: me? of course anak tengah..hehehe

Umie, Abi dan anak-anak

Abi ada Umie,
Seorang isteri yang solehah,
Umie ada Abi,
Seorang suami pemimpin keluarga sakinah,
Umie dan Abi ada anak-anak.

Anak-anak yang comel dan soleh,
Penyejuk mata Umie dan Abi,
Yang perempuan manja macam Umie,
Yang lelaki sensitif dan tegas macam Abi,
Semuanya permata hati Umie dan Abi.

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432

Selamat tahun baru hijrah 1432 kepada semua followers Perjalanan Kehidupan. Semoga kedatangan tahun baru ini memberi satu inspirasi kepada kita semua untuk terus berhijrah ke arah sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya.
‘Ya Allah…selamatkanlah suamiku’ rintih Semah di dalam hatinya.

Di saat itu segala kenangan manis, suka duka, gelak tawa dan gurauan Jalil menari-nari di benak fikiran Semah. Dia kesal. Kesal dengan sikapnya sendiri. Airmatanya makin deras mengalir. Apatah lagi melihat kemesraan pasagan separuh abad sedang menikmati blueberry cheese cake di kafe hospital.

‘Aku juga mahu seperti itu, hidup bahagia dengan suamiku.Ya Allah, aku masih belum puas hidup bersamanya’ Semah bemonolog dengan esakan yang semakin jelas kedengaran.

“Puan”..Inspektor Haris bersuara.
“Saya fikir bungkusan ini untuk puan” Inspektor Haris menyambung kata-katanya.

Dengan tangan yang gementar, Semah menerima bungkusan daripada Inspektor Haris. Kelihatan beg kertas yang tertera nama “Kedai Emas Meh Kong” telah renyuk, ada beberapa tompokan darah. Namun isi didalamnya tidak terusik. Sebuah kotak kecil berwarna merah masih utuh..

Semah membuka kotak kecil itu dengan perlahan. Nyata, ia adalah cincin berlian yang diidamkannya selama ini. Namun hatinya tidak gembira melihat cincin itu, hatinya tetap resah.

“Oh..aku tidak sanggup..aku tak sanggup menggadaikan nyawa suamiku sendiri kerana cincin ini” rintih Semah.

Rintihan yang cukup memilukan hati sesiapa saja yang berada di situ. Kelihatan Detektif Lim dan tauke Wong yang membawa Jalil ke hospital turut menyapu airmata. Tidak tahan melihat wanita secantik Semah merintih dan menangis.

“Tuan, bagaimana suami saya boleh jadi camni? Apa yang berlaku?” Semah bertanya kepada Inspektor Haris dengan teresak-esak.

“Tadi, semasa suami puan baru keluar dari kedai emas tauke Wong ni..ada seorang lelaki bertopi keledar cuba merampas bungkusan dari tangan suami puan. Berlaku pergelutan. Dalam pergelutan itu, suami puan di tikam tiga kali di perut. Namun dia dapat selamatkan bungkusan itu” terang inspektor Haris dengan panjang lebar.

“Wa..sudah bilang sama nyonya punya laki oooo..kasi lepas itu cincin berlian saja..tapi dia kejar jugak itu samseng” celah tauke Wong.

“Nyonya..ini laki you punya handphone, ambil la..gua kasi balik sama you” kata tauke Wong sambil menyerahkan handphone Nokia N96 milik Jalil kepada Semah.

“Kenapa handphone suami saya berada di tangan you tauke?” soal Semah penuh kehairanan.

“Tadi aa..masa dia beli itu cincin..dia tak cukup wang..dia kasi ini handphone, trade-in. Gua tak mau simpan. Ambil la balik. Banyak kesian” kata tauke Wong dalam nada yang sedih dan penuh simpati..

Mendengar jawapan tauke Wong itu, Semah semakin kuat menangis. Besarnya pengorbanan suaminya selama ini. Seingat Semah, handphone itu memang kesayangan Jalil. Detektif Lim pula hanya memerhati, tak berkata sepatah apa pun. Mungkin terlalu sedih melihat situasi yang penuh dramatis berlaku di depan matanya itu.

Tiba-tiba pintu bilik bedah dibuka, keluar seorang doktor perempuan separuh abad. Semah terus berlari menuju kearah doktor tersebut.

“Bagaimana keadaan suami saya doctor?” terpancul soalan dari Semah dalam nada penuh kerisauan.

“Saya baru selesai melakukan pembedahan. Ada dua tikaman di perut dan satu di bahu. Keadaannya amat kritikal sekarang. Saya harap puan bersabar. Doakan yang terbaik untuk suami puan supaya dia dapat bertahan” jelas doctor sambil berjalan meninggalkan Semah yang kaget. Kelu. Bisu. Tidak mampu berkata sepatah apa pun.

Dunia terasa gelap. Matanya berpinar. Badan Semah seakan lemah. Semah pengsan. Tidak sedarkan diri.

*********

“Semah. Bangun Semah…”

Mata Semah masih berpinar. Tapi dia cukup kenal dengan suara itu.

Perlahan-lahan Semah membuka matanya. Melihat sekelilingnya. Pasti. Dia sedang terbaring atas katil di hospital. Hati Semah berdebar-debar. Dia cukup cam dengan orang di depannya. Abang Jalil!

“Abang Jalil, kenapa abang berada di sini?” soal Semah penuh kehairanan.
“Abang temankan sayanglah. Ayang pengsan tadi. Terus abang bawa ayang datang hospital”, kata Jalil sambil mengusap-ngusap dan mencium tangan isterinya.

“Abang, apa sebenarnya yang berlaku?” Semah masih keliru dengan apa yang berlaku.

“Ermm..mungkin Semah dah lupa. Kita tadi dalam perjalanan nak ke rumah mak, tapi dengan tiba-tiba ayang menjerit. Abang brek kereta dengan mengejut. Kepala ayang terhantuk kat dashboard kereta. Nasib baik ayang pengsan je..” jelas Jalil sambil tersenyum.

“Iye ke?” soal Semah masih ragu.
“Ya sayang..itulah, abang dah pesan pakai tali pinggan keledar tu.Ayang degil” kata Jalil sedikit membebel.

“Alhamdulillah Puan Semah. Nasib baik kandungan puan tak apa-apa.”tiba-tiba seorang doctor perempuan bersama seorang houseman comel muncul.

“Hah..saya pregnant!” Semah kehairanan.
“Ya sayang. Awak pregnant. Baru 3 bulan…kita akan jadi parents”. Jalil tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya lagi. Semah jugak gembira dengan berita itu..

“Ayang..abang nak tanya sikit..sebenarnya apa yang berlaku tadi? Kenapa ayang menjerit semasa abang drive tadi?” soal Jalil. Sekarang dia pula yang hairan.
“Err..takde apa-apa bang. Ayang Cuma ternampak papan iklan cincin berlian kat seberang jalan tu..cantik cincinnya” jawab Semah dengan jujur.
“Ayang nak cincin tu?” kata Jalil sambil tersenyum…
" Abang!!" jerit Semah...

Dengan sepantas kilat, Jalil membrek kereta kancil yang dipandunya. Nasib baik tiada kereta dibelakang mereka, kalau tidak tak pasal-pasal kena langgar dek kerana brek 'emergency'nya tadi

"Ya Allah..terkejut abang. Ada apa sayang?" soal Jalil penuh kehairanan.
" Tu abang...cuba tengok papan iklan seberang jalan tu. Cantiknya cincin berlian tu. Semah teringin nak abang belikan. Lagipun, sejak kita kahwin..abang tak belikan present untuk ayang pun" kata Semah sambil buat mulut muncung tanda merajuk.

"Ermm..kan abang dah beli hari tu, cincin belah rotan kat kedai pajak kadai Habib Jawa.Jalil cuba ingatkan isteri kesayangannya itu dengan harapan isterinya memahami keadaan dirinya yang kesempitan wang.

"Alah...yang tu style lama. Sekarang semua orang pakai camtu.." kata Semah sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah papan iklan itu.
"Yela..nanti abang usahakan"..kata Jalil sambil menelan air liur memikirkan bagaimana nak mencari wang membeli cincin berlian seperti yang dipakai Ayu Raudhah dalam papan iklan itu.

Nak tak nak terpaksalah diturutkan kata isterinya itu. Isteri kesayangan katakan.Tambahan pula, tak sampai setahun mereka berkahwin. Bukannya Semah tak tahu gaji Jalil sebagai pengawal keselamatan di Maydin Subang Jaya hanya cukup-cukup makan untuk mereka berdua. Nasib baik mereka belum punya anak. Kereta kancil yang mereka pakai pun, harta peninggalan arwah ayah Jalil. Dapat jugak mereka bergerak ke sana ke mari dalam bandar Kuala Lumpur ini.

'ahh..peduli apa'..bentak Semah dalam hatinya. Yang pasti, suaminya mesti dapatkan cincin berlian yang diidamkan itu. Bukannya dia tak kasihan kepada suaminya..naluri seorang perempuan mengatasi segalanya.

"Bila abang nak beli?" soal Semah membantutkan akal fikiran Jalil yang sedang berkira-kira duit simpanannya dalam Maybank.
" Bulan depan ye sayang..bila abang dapat gaji"..Jalil cuba meyakinkan isteri kesanyangannya itu sambil cuba menghidupkan kereta kancil 600cc yang mati enjin kerana terlupa tekan clutch semasa membrek tadi.
"Yeay!!!!..abang janji ek? Sayang abang!" jerit Semah keanakan mendengar janji Jalil itu.

Jalil hanya tersenyum mendengar riak riang isterinya itu. Hatinya terhibur melihat kerenah Semah yang bahagia. Dialah satu-satunya cinta sejati Jalil. Hatinya telah berputik sejak pertama kali mereka bertemu ketika sama-sama membeli nasi lemak di Restoran Shahabudin, Kampung Melayu, PJ. Jalil masih ingat, ketika itu duit dalam dompetnya tak cukup seringgit untuk membayar nasi lemak ayam berempah. Nasib baik Semah muncul, menawarkan diri untuk membayar bagi pihak Jalil. Sejak dari itu, hati Jalil terpikat dengan Semah sehinggalah membawa mereka ke jinjang pelamin.

'Phitttttttttttttttttttt'....Jalil tersentak dari memori silam apabila kereta belakang membunyikan hon. Jalil terus memecut kereta kancilnya itu sambil tersenyum melihat Semah tersengih manja, namun jauh disudut hatinya dia masih memikirkan jalan untuk mencari duit sekurang-kurangnya dua ribu ringgit untuk membeli cincin berlian itu. Kalau diikutkan gajinya yang RM 1800 itu, manalah cukup. Sewa rumah harus dibayar, dapur jugak mesti berasap, kereta mesti bergerak..ahh..serabut Jalil mencongak, menghitung, mengira...

*******
Semah melaram lagi. Hari ini dimasaknya lauk sambal udang kegemaran Jalil. Sayur kangkung goreng, daging masak kicap dan sambal belacan. Semuanya lengkap dan istimewa. Bilik tidurnya jugak dihias cantik-cantik. Disemburnya pewangi ambi pur disetiap penjuru bilik. Cadar katilnya diselit dengan kemas, bantalnya tersusun rapi. Semuanya nampak kemas. Dia tahu, hari ini Jalil, suaminya mendapat gaji. Mesti ada ganjaran untuknya nanti..cincin berlian yang diidamkan pasti menjadi miliknya jugak..

'Hari ini sangat istimewa.' fikir Semah sendirian sambil melihat jam didinding menghitung detik kepulangan suami tercinta. Ditunggunya deruman enjin kereta kancil 600cc milik suaminya memecah sunyi halaman rumahnya. oh..terasa sungguh lambat. Dibetulkan skirt pendek yang dipakainya.

'Mesti abang Jalil suka tengok aku pakai camni.Aku nak bagi suprise', fikir Semah sambil tersenyum.
Tidak pernah seumur hidupnya memakai skirt pendek begitu. Biasanya hanya kain batik lusuh menjadi kegemaran kalau di rumah.

Sementara itu..di depan kedai emas Meh Kong, Jalil mundar-mandir. Antara masuk atau tidak. Antara beli atau balik dengan tangan kosong.Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Namun, demi cintanya kepada Semah..apapun dia sanggup harungi..

Jalil masuk dengan redha..sambil ditangannya ada sekeping kertas yang tertera gambar cincin berlian idaman isterinya..Jalil menelan air liur melihat guard yang bertubuh sasa memegang shot-gun.

"Apa mau?" soal tauke Wong pemilik kedai sebaik saja Jalil duduk atas kerusi melihat deretan barang kemas tersusun rapi dalam kotak cermin..
"Ini..." jawab Jalil ringkas sambil memberi tauke Wong kertas yang dipegangnya.
"Oo..ini aa..dua ribu lima puluh woo.., kalau you mau..saya kasi dua ribu laa..kasi itu diskaun sama you.."jelas tauke Wong sambil keluarkan cincin berlian itu dari kotak cermin berkunci.
"Mahalnya tauke..kasi diskaun lagi laa..saya tak bawak banyak wang..." Jalil cuba memancing tauke Wong.
"Aiyo...ini pun banyak murah ooo...sama itu orang lain aaa..saya tarak bagi disakaun ooo"..tauke Wong menggunakan kepakarannya berniaga..
"Ok2..saya ambik...tapi boleh mitak tolong tak tauke?" soal Jalil sambil membuka walletnya..


"Hurmm..mana abang Jalil ni"...rungut Semah sambil menongkat dagu di meja makan menunggu suaminya pulang..
Dah berpuluh kali dia menelefon Jalil..tapi masuk voice mail.
'Entah-entah..dia saja tutupkan handphone sebab tak beli cincin berlian aku' Semah berburuk sangka kepada suaminya dengan gaya mulut muncung..

Sedang dia melayan perasaannya sendiri..tiba-tiba pintu rumah papannya diketuk berkali-kali.
"Dah balik pun..tapi kenapa tak bunyi enjin kereta' fikir Semah sambil berlari-lari anak menuju kearah pintu rumah. Di intainya lubang kecil di penjuru kanan pintu rumahnya..

"Polis??" hati Semah bercampur baur....hatinya mula merasakan sesuatu yang tak kena. Namu jauh di sudut hatinya..mengharapkan tiada sesuatu yang buruk menimpa suaminya..

"Ye encik?" tanya Semah kepada dua orang anggota polis yang lengkap berpakaian seragam.
" Saya Inspektor Haris dan ini Detektif Lim...adakah betul ini rumah encik Jalil Al-Mas'ud? soal pegawai polis yang segak iras-iras Norman Hakim dalam cerita Gerak Khas.
"Iya..betul..ini rumahnya dan saya isterinya. Kenapa encik? apa yang berlaku kepada suami saya?" bertalu soalan ditanya kepada pegawai polis, persis Inspektor Aliza sedang menyoal siasat penjenayah.
"Sila ikut kami ke hospital...suami puan ditimpa kemalangan" jawab Inspektor Haris dengan tenang.
" Ya Allah!..suamiku..." kaki Semah seakan tidak terpijak di lantai rumah. Dirinya terasa ringan..

bersambung

Hakikat Sebuah Pernikahan

Setiap makhluk yang diciptakan adalah berpasangan. Langit dan bumi, jantan dan betina, begitu juga manusia, lelaki pasangannya adalah perempuan. Lumrah kehidupan, lelaki memerlukan perempuan dan begitu lah sebaliknya. Dengan sebab fitrah dan naluri semulajadi yang ada dalam hati setiap manusia itu, maka adanya pernikahan yang menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan perempuan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang diperlukan oleh makhluk yang bergelar manusia.

Hakikat sebuah pernikahan itu sesuatu yang terlalu seni untuk dimengerti dengan hati. Sebuah pernikahan tidak hanya memenuhi kehendak zahiriah malahan lebih daripada itu. Di saat ijab dan kabul dilafazkan, terpikulah satu tanggungjawab yang besar ke atas seorang suami mahupun isteri. Tanggungjawab yang tidak tertunai dengan hanya cukupkan makan minum, tempat tinggal dan sebagainya bahkan tanggungjawab dan amanah yang lebih besar dari itu. Bagi seorang suami, isteri adalah suatu amanah dari Allah untuk dididik dan dibimbing selari dengan tuntutan agama. Begitu juga halnya dengan seorang isteri, menjadi permata hati dan penyejuk mata bagi suami yang diamanahkan sebagai pemimpin rumah tangga.

Teringat, seorang sahabat baik aku pernah berkata berkahwin bukan untuk menjadikan isteri sebagai tempat melunaskan hawa nafsu semata tapi jadikanlah isteri itu sebagai teman untuk meluahkan rasa, dan berkongsi suka duka. Bukan mudah untuk melahirkan sebuah rumah tangga yang dipenuhi kasih sayang dan rahmat, semuanya memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata manis dan sumpah janji setia semata.

What should I do

What should I do?

Lawak Sungguh

Salam semua,

Hari ahad yang indah, aku melepak kat rumah siapkan report. Esok bos nak review, nak hantar kat client. Adehh..nasib baik belum kawen, kalo dah kawen mesti isteri merajuk sebab tak dapat kuar pergi shopping beli handbag ngan kasut kat Parkson. hehee..

Okeh..kita stop wat keje jap, kita sama-sama layan benda yang aku nak kongsi kat bawah ni. Boleh gak hilangkan tension sekejap.

1. Apabila Inggeris dimelayukan.
Apabila perkataan inggeris dimelayukan keluarlah perkataan yang tak sepatutnya dan memalukan. Color code menjadi color kote..adeh...malu2. Aku rasa kat malaysia ni. Confirm laku kalau dia jual.

2. Scene yang dipotong dalam filem Titanic
Opocot mak engkau!!..kan dah kena. Kot ye pun..cari la port yang sesuai sikit nak ber'titanic'. Ni tidak, cari tempat yang burung-burung cari makan. Memang sah la, burung tu ingat hidung perempuan tu makanan dia.

3. Crocs yang ori
Ni la baru dikatakan crocs yang ori. Unik..siap ada gigi lagi. Tak sure pulak kat Malaysia ni ada jual ke tak.hehehe

4. Computer Engineer
Kreatif..hanya yang betul2 berminat je dapat call no phone kat atas tu.

5. Ubat gigi jenama baru
Nampak tak Ubat gigi Darkie tu..aku rasa ubat gigi ni untuk market afrika je kot. Tengok la model dia tu, biar pun muka gelap berkilat..gigi tetap putih. Jom pakat-pakat beli!

6. Ayat lelaki
Ayat lelaki ni memang power, sampaikan perempuan yang mendengar macam kena pukau. Kauum hawa kena hati-hati dengan ayat manis si lelaki ni. Harap-harap takde lah berlaku camni ye.

7. Senyum kambing
Sebagai penutupnya..layan la picture ni. Senyum kambing...comel je.Cute..aku nak jadikan kambing sebagai pet aku aku. Bila dah besar boleh sembelih, jual. Untung..lagi-lagi musim korban. ada sesape nak joint venture tak?

Banyak kerja

Aiseh...kesian blog aku ni. Dah lama tak berupdate..Blog member-member kat seblah ni pun dah lama aku tengok dengan entri yang sama je. Ape citer, busy jugak ke? Itulah hidup ni kan..rasa busy je memanjang. Mulut pulak tak henti-henti nak komen penat. Setuju?

Sejak balik cuti raya ni, kerja memang banyak kat opis. Ada je benda nak kena buat. Nama pun makan gaji. Beginilah kerja sebagai seorang engineer. Bukan kena 'bijak' tapi kena 'pijak'. Hehehe..biasalah tu kan. dah jadi lumrah kehidupan seorang kuli. Sebagai seorang engineer ni, semua benda nak kena alert. Alert dengan client kalo kerja kat company services provider macam aku ni. Paling tidak, alert dengan bos sendiri. Kalau tidak, senang-senang je la kena hentam dengan client ataupun bos sendiri. Adeh...apa lah nasib sebagai seorang kuli.

Kadang-kadang, buat kerja salah..tak buat lagi la salah. Client salah, kita jugak yang kena. Tersepit kat tengah-tengah, pusing kanan terhantuk, pusing kiri pun terhantuk. Apa lah aku melalut malam-malam ni kan. Ok, berbalik pada projek yang aku involve sekarang ni (actually semua projek aku involve), banyak benda yang aku dapat belajar. Macam mana nak screening data untuk buat simulation, tak termasuk nak evaluate data tu lagi. Nak baca well completion diagram..nak calculate itu, nak calculate ni. Serius, kali ni baru aku rasa aku betul-betul seorang engineer. Walaupun kerjanya banyak dan meletihkan otak aku dengan seribu macam kerenah client, aku suka! dan aku enjoy. Experience baru untuk aku.

Kerja yang nampak mudah pada awalnya, tapi sungguh complicated pada saat-saat akhir. Macam-macam yang berlaku. Dengan limited time yang ada, masa tu jugaklah baru nak kena belajar, nak buat analysis, nak buat reportnya lagi.Huh..sungguh mencabar. Banyak kan kerja aku?

Ohye, sebagai selingan untuk entri malam ni, aku nak kawan-kawan baca sedikit statement pasal Ayah Pin ni (yela...ayah pin, pemimpin ajaran sesat kerajaan langit). Statement ni aku qoute dari BH.

“Pada perjumpaan dengan penyokongnya itu, Ayah Pin mendakwa dia tidak melarikan diri sebaliknya naik ke langit hingga ke aras tujuh untuk meninjau syurga dan neraka serta menghadiri mesyuarat dengan malaikat, jin serta iblis"

See...Ayah Pin pun ada meeting daa..agak-agaknya kalau diorang meeting sape yang ambil minutes meeting ye.. Dah la tu, siap ada 'site visit' lagi..kalah engineer macam ni.hehe..Sesat sungguh! Memalukan orang Besut je. Ish,,

101010

Ten Ten Ten..

Siapa si comel itu?

Tadi duk belek-belek album lama, aku terjumpa antara picture yang paling aku sayang. Seingat aku, picture ni diambil pada hari raya. Masa tu kalau tak silap umur aku 3 ke 4 tahun. Aku ingat-ingat lupa masa orang lain sibuk nak snap picture ni. Just untuk share, aku kongsikan picture tu kat sini.

Raya tahun 1990*

Amacam..dapat teka tak yang mana aku? Of course la yang paling comel tu..opss terperasan sudah..memang betul apa. kecik-kecik dulu memang comel abis.hehe.

Malam ni aku terpaksa balik KL, lebih awal dari yang dirancang. Argghh..

Semalam dapat sms dari ofismate, katanya bos suruh aku masuk ofis minggu ni jugak. Ada kerja urgent yang perlu dibuat. Ni semestinya pasal projek corrosion assessment tu. Dah la aku baru je beli tiket untuk balik KL sabtu ni, tak pasal-pasal kena beli tiket baru untuk balik malam ni jugak. Adoiii..MC aku ada 3 hari lagi nak abis. Mahal aku beli MC tu.

Nak kata tak tension bohong la kan. Dah dapat cuti tapi terpaksa korbankan cuti. Tapi nak wat camne, khidmat aku diperlukan segera..Cewah..macam orang penting la pulak..

p/s: tak sabar menunggu ahad, ada orang nak belanja Kenny Rogers..yeayyy

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H kepada semua follower dan peminat setia Perjalanan Kehidupan. Sempena bulan Syawal yang diberkati ni, pertama sekali, aku nak mintak maaf kepada kekawan semua, andai ada tersalah dan tersilap sepanjang aku berblog ni. Mana tau ada tulisan aku yang telah menyinggungkan perasaan korang semua.

Kedua, mintak maaf juga sebab lambat ucap selamat hari raya. Bukan sengaja, tapi keadaan tak mengizinkan untuk aku mengupdate blog ini. Hasilnya, entri ke mana blog bersawang tak terupdate hampir sebulan. Terima kasih jugak la kepada follower dan kekawan yang sudi menjenguk ke blog ni walaupun takde entri baru.

Alang-alang masih dalam mood raya ni, jom kita cerita sikit pasal penghayatan hari raya. Bukan apa, bagi aku penghayatan makna hari raya@hari kemenangan tu aku rasa dah takde dalam hati umat Islam sekarang. Sepatutnya hari raya disambut bagi meraikan kemenangan kita melaksanakan puasa Ramadhan selama sebulan dan melawan hawa nafsu, tapi sekarang aku merasa kita terlebih 'celebrate'. Hari raya lebih dilihat kepada hari cuti umum untuk 'membalas dendam' @ mengqada' perkara-perkara yang tak boleh dilakukan dalam bulan puasa. Hari raya mesti disambut gila-gila. Baju baru mesti bewarna sedondon, langsir mesti bertukar, sofa mesti berganti, kuih mesti berlambak atas meja. Anda setuju??

Malam hari raya, aku biasanya lebih suka lepak di depan halaman rumah. Melihat keindahan malam 1 Syawal. Aku pelik, kalau dulu2 malam itu indah diisi dengan takbir memuji kebesaran Allah tapi,tahun berganti tahun malam 1 Syawal lebih meriah diisi dengan bunyi mercun yang berdentum-dentum lebih hebat dari malam-malam sebelumnya. Sampaikan begitu susah untuk mendengar orang bertakbir di masjid. Hasilnya, TV jugak menjadi mangsa jika mahu mendengar takbir raya. Kita mesti menyambut hari kemenangan kita. Tak ada salahnya bergembira di hari tersebut, namun metodnya tidak betul. Caranya sudah salah!

Bagi aku pulak, raya tahun ni kurang meriah sikit berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ditimpa musibah seawal hari raya pertama, sehingga terpaksa dikuarantin lebih seminggu di rumah. Sekarang pun masih kat rumah. Dapat pulak MC 5 hari..fuhh lama sungguh cuti aku kali ni. Kalau campur tolak semua adalah dekat 2 minggu lebih. Yang tak berapa nak syioknya.. ada ke doktor charges RM50 untuk 5 hari MC yang dia bagi. Adeh...tak baik la doktor buat camtu.

Best memang la best duk melepak je kat rumah. Yang tak bestnya, kerja kat opis bertimbun. Dah la sekarang ni tengah nak start 2 projek baru. Adui..ruginya tak dapat involve dengan projek tu. Awal-awal lagi aku struggle untuk dapat projek tu. Cari paper, study software, buat proposal, presentation depan client semata-mata nak dapatkan projek tu. Last-last, projek dapat, aku terkontang-kanting kat rumah. Adeh...(saje nak tunjuk aku ni rajin) tapi serius terkilan jugak lah.

Ohye, dikesempatan ini jugak aku nak mitak maaf bebanyak kepada kekawan terutamanya kawan sekolah dulu kerana tak dapat nak beraya rumah korang semua walaupun tak dijemput.hehe..mintak maaf jugak sebab tak dapat nak join g beraya umah set2 kito..Jugak, terima kasih kepada Cikgu Aida, Zakiah, Kolid dan jugak Semi kerana sudi datang melawat walaupun aku tak keluar bilik. TQ..Hahaha...

Selamat hari raya, maaf zahir batin to all followers and readers of Perjalanan Kehidupan. Wish u all happy and have a nice day. Bye


Beza antara lelaki dan perempuan bila buat salah

Kehidupan sebagai manusia memang tidak akan terlepas dari membuat silap dan salah. Salah sesama manusia sudah tentu tak boleh nak elak. Biasanya lepas buat salah kat seseorang ni, kita mesti akan mintak maaf. Lain la kalau dia tu jenis degil dan keras kepala.

Lagi-lagi kalau orang yang kita lukakan itu orang yang kita sayang, emak ke, ayah ke..ataupun pasangan kita sendiri. Tapi persoalannya, aku rasa ramai antara lelaki yang kat luar sana lebih suka minta maaf berbanding perempuan walaupan perempuan itu sendiri yang buat salah. Kalau tak percaya jom kita tengok situasi dalam picture kat bawah ni.

Macam mana? Situasi semacam ni mesti pernah terjadi kat korang kan wahai kaum lelaki..Bagi kaum hawa tu, sah-sah anda tersengih-sengih sekarang. Baru anda sedar yang kaum lelaki ni banyak berkorban untuk anda. Jadi, hargai lah pasangan anda tu.hehe..

Ramadhan Fever

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa seperti mana diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (al-Baqarah:183)

Sedikit fakta yang mungkin selama ini kita terlepas pandang:-
  • Ramai yang sanggup bersengkang mata sampai ke pagi selama sebulan kerana bola sepak, namun tak ramai yang mampu berterawih setiap malam dan berqiamulai di pagi hari selama sebulan
  • Ramai yang tak sabar menunggu kedatangan mega sale di shopping complex, namun tak ramai yang sedar adanya 'diskaun' dan ganjaran berlipat ganda selama sebulan di bulan Ramadhan
  • Ramai yang mampu berkaraoke berbelas lagu di pusat-pusat hiburan setiap malam, namun tak ramai yang mampu mengalunkan ayat-ayat suci al-quran walaupun hanya satu juzuk satu malam.
  • Ramai yang tidak kekok bergaul dengan orang-orang kaya, namun tak ramai yang ada rasa belas dan kasihan kepada fakir miskin dan anak yatim.
  • Ramai yang mampu menikmati hidangan yang istimewa di hotel dan restoran mewah, namun tak ramai yang sanggup berkongsi sedikit rezekinya untuk orang lain.
Hanya sekadar peringatan untuk aku dan kawan-kawan. Selamat menyambut bulan Ramadhan, selamat berpuasa dan semoga Ramadhan kali ni menjadi 'turning point' untuk kita melakukan perkara-perkara yang terbaik yang memberi kebaikan untuk semua.




Kisah Ramadhan

Assalamualaikum..

Hai semua..terima kasih kerana masih sudi membaca blog aku ni. Thank you! Post pertama bulan ni ditulis pada petang Ahad yang indah. Sudah beberapa hari ketandusan idea untuk menulis sesuatu di blog yang tak seberapa ni. Akhirnya, tertulis jugak satu kisah kali ni.

Sedar tak sedar dua minggu lagi kita semua nak puasa. Bulan Ramadhan datang lagi. Bulan yang penuh berkat dan 'bonus' yang berlipat kali ganda. Bila masuk Ramadhan je, mesti aku teringat masa aku mula-mula menyewa kat rumah aku sekarang ni.

InsyaAllah, termasuk Ramadhan akan datang ni bermakna dah 3 kali aku menyambut bulan puasa kat rumah sewa ni. First, time mula-mula masuk menyewa. Masa tu berlima, masih bergelar student. Boleh kata tiap-tiap hari berbuka kat masjid sebelah. Sampaikan pakcik-pakcik dah boleh cam muka kitaorang, tapi disebabkan kitaorang ni tak pernah miss solat terawih berjemaah kat masjid (ada unsur tokok tambah di sini).

Ramadhan kali ke 2 disambut masa aku dah mula kerja. Baru beberapa bulan bekerja. Kali ni tak sekerap Ramadhan yang lepas kitaorang berbuka kat masjid. Maklumlah, orang dah kerja. Balik kerja pergi bazar Ramadhan, tunjuk-tunjuk apa yang nak. Yang tak boleh lupa, pernah berbuka puasa dalam teksi. Masa tu on the way balik dari Kemaman kerana satu tugasan kerja. Berderai air mata makan roti gardenia yang harga 60sen tu dengan minum air kotak (menangis dalam hati je).Tak macho ar menangis depan pakcik drebar teksi tu. Dia pun selamba je makan roti, sambil pegang stereng kete. Apapun..itulah kerja dan tanggungjawab yang perlu ditunaikan. Cewahh..

Then, 2 minggu lagi Ramadhan datang lagi. Kali ni aku nak prepare awal-awal. Sediakan stok makanan banyak-banyak kat rumah untuk bersahur. Kalau untuk berbuka, aku rasa sepanjang 30 hari puasa aku akan menjadi pelanggan setia Kak Jah kat bazar Ramadhan tu. Time sahur yang leceh sikit. Takkan nak makan roti je tiap kali sahur. Nampaknya dapur rumah aku kali ni akan berasap. Aku nak masak je apa-apa yang patut untuk makan sahur. Ada sape-sape pandai memasak kat sini? Aku nak belajar masak.

p/s: Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga kita diberi kesempatan untuk memanfaatkan Ramadhan kali ini sepenuhnya.Aminnn.

Kerja

Assalamualaikum...

Waa..semenjak dua menjak ni, kerja kat ofis bukan main banyak lagi. Bertimbun. Belum siap satu keje datang pulak keje lain. Inilah manusia, time takda kerja merungut bosan, bila kerja dah bertimbun satu pun tak settle lagi.

Ok la. Saja nak berkongsi ngan korang semua. Minggu lepas terlalu sibuk dengan satu equipment ni. Buat hal la plak. Time-time camni la dia meragam. Dah ganti spare part pun tak nak jalan lagi. Degil betul. Yang sakit kepalanya, aku lah. Hari-hari bos tanya progress, mati kutu aku nak menjawabnya. Sampai hari ni pun tak settle2 lagi masalah equipment tu. Adehh...

Ditambah pulak dengan meeting hari khamis. Kalau meeting ni cam biasalah, kenalah prepare presentation, lebih-lebih lagi kalau client nak tahu pasal sesuatu. Dengan bersusah payahnya, terpksalah aku 'google' kan apa-apa info yang patut, cari paper-paper yang sesuai untuk dibaca dan dimasukkan dalam presentation material nanti. Ya, sebijik macam kat universiti dulu. So tak sia-sia lah aku mengasah bakat 'copy and paste' info dari internet masa buat assignment dulu.hehe..

Hah, itu satu presntation, Ni satu lagi presentaion. Nak tolong opismate aku prepare budget presentation dengan management nanti. Bos tolong check dan tambah apa-apa yang patut je nanti. Kitaorang la yang prepare basisnya. Sekali tengok agenda/info yang management nak tahu masa meeting nanti, terkejut aku. Fuhh..sebijik macam soalan interview nak mintak kerja. Semuanya analytical thinking. " How the additional resources (asset and manpower) will increase the sales?" Agak-agak apa korang nak jawab. Nasib baik aku amik subjek analytical thinking dengan Mr. Hank dulu, dapatlah goreng 2 3 point.hehehe...

Sekarang ni jugak, tengah duk prepare 'response' untuk technical clarification yang client hantar tadi. Kerja ni tak la susah sangat. Kejap je boleh siap kalau struggle betul-betul. Tadi pun aku dah siapkan template untuk menjawab. Belum jawab lagi. Tengok la esok atau lusa, Hari Khamis baru hantar. Tapi khamis meeting plak. adeehhh...

Satu lagi ni pasal PPA. PPA ni singkatan untuk apa entah. Dah lupa plak. Tapi macam KPI lah kalau dalam government. HR department dah siap mintak, akhir bulan ni kena submit via online system, tapi satu haram pun aku tak buat lagi. Susah la nak nilai diri sendiri. Kalau bagi semua bagus nanti kata bajet bagus plak, kalau letak rendah-rendah tak pasal-pasal aku tak dapat increment tahun ni,huhu..

Ohye, mungkin gak nanti aku terpaksa berkelana kat KL. Ada project baru. Kalau semua berjalan lancar dan takde halangan dapatlah aku merasa experience baru. Opis baru, kawan-kawan baru dan yang paling penting ilmu baru. Tapi tu semua dalam perancangan. So aku tak mahu cerita banyak-banyak. nanti aku cerita dalam entri yang lain.

Ok. Dah banyak sangat aku membebel. seseorang tengah menunggu ni. Sebelum tu, layan lagu ni dulu.


Politik dari kaca mata seorang budak

Sebuah keluarga dari golongan pertengahan, di mana suami dan isteri bekerja. Mereka mempunyai dua orang anak. Seorang lelaki berusia 9 tahun dan seorang perempuan berusia setahun. Segala urusan rumah dikendalikan oleh seorang pembantu rumah Indonesia .

Pada suatu malam, ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak sulung yang berusia 9 tahun itu bertanya pada si ayah, "Ayah, apa itu politik?"

Tersedak si ayah mendengar persoalan anaknya itu. Jawab ayah, "Politik itu macam keluarga kita. Ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis. Mama gunakan wang itu untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa
depan. Faham?"

Kelipok-kelipok mata si anak pejam celik. Memang tidak faham. Lantas si ibu mencelah, "Tak apa, malam ini waktu hendak tidur, kamu fikirkan apa yang ayah cakap dan cuba faham okay."

Jadi semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap. Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak. Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Abdullah itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis. Sampai di bilik dia lihat si ibu sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Di lihat si ayah pula tiada di sebelah ibu. Jemu mengejutkan ibu yang tak bangun-bangun, dia mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah. Bila dibuka bilik pembantu rumah, dia lihat si ayah sedang 'bermain' dengan si pembantu Indonesia itu. Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu bersarapan esok pagi, si ayah bertanya, "Dah faham apa itu politik?"

Si anak yang sedang selera makan selamba menjawab, "Dah!". Si ayah dan ibu terkejut dengan jawapan selamba itu. Lantas si ibu mencelah, "Jadi apa dia politik tu?"

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab, "Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan pekerja. Akibatnya rakyat diabaikan dan masa depan bergelumang najis! Itulah politik!!!"

p/s: what do you think??
Sebelum aku memulakan entri kali ini dengan lebih lanjut, mari kita sama-sama baca berita dari Berita Harian di sini.(sila tekan button tengah mouse anda untuk membuka new tab)

Tidak keterlaluan aku katakan kerana seekor sotong kurita, ramai manusia diluar sana hilang pedoman, meletak seekor haiwan yang tidak berakal mengatasi akal pemikiran yang ada pada diri sendiri. Takjub menjadi taksub. Taksub dengan sesuatu perkara yang tidak sepatutnya. Begitu senang syaitan merasut jiwa anak Adam, licik dan teliti. Jadikan Paul sebagai aplikasi dalam telefon supaya lebih ramai manusia bergantung nasib pada seekor haiwan. Biarkan seekor 'haiwan' dalam telefon menentukan keputusan untuk anda.Oh..kalau dulu manusia menenung nasib berpandukan kepada haiwan sebenar, sekarang apa bezanya. Secara asasnya sama, mempercayai sesuatu atau meletakkan sesuatu setaraf dengan Allah. Itulah syirik. Nauzubillah.

"ala..hanya untuk main-main saja". Mungkin itu jawapan dari sebilangan orang. Ya, benda macam ni dianggap remeh. Tapi dalam Islam yang haq tetap haq dan yang batil tetap batil. Aku bukanlah seorang ahli agama yang dapat memberi hukum ini dan itu halal atau haram, tapi kalau difikir dengan akal yang waras, layak kah seorang manusia menentukan nasib dirinya dengan ramalan seekor haiwan bayangan (virtual)??

p/s: hanya untuk renungan bersama dan berdasarkan pendapat aku saja.
credit to: Mohd Noor Mhd Shah

Bernard Polar Bear

Hi guys, enjoy the videos...:)



another one



and one more

Macam-macam WorldCup

Demam WorldCup 2010 dah pun kebah dengan kemenangan 1-0 Spain ke atas Holland semalam. Tahniah buat Spain kerana buat pertama kalinya masuk final dan terus jadi juara WorldCup untuk edisi kali ni. Aku yakin, ramai yang bermata merah pagi ni disebabkan bersengkang mata tengok match Spain-Holland semalam. Termasuk lah aku. Bukan disebabkan tengok bola, tapi kerana tak dapat tidur sebab tak dapat tengok bola.

Awal-awal dah bajet nak tengok bola. Tidur pukul 12 malam bangun pukul 130 pagi, excitednya aku nak tengok final match. Tunggu punya tunggu, ish..rasa malas pulak nak kuar pagi-pagi buta ni. Senyap sunyi, anjing plak time tu la nak menyalak. Seriau plak rasanya. Last-last dah pukul 230 pagi, aku decided nak tidur la. Terpaksa la aku lupakan hasrat nak tengok bola. Tapi inilah problemnya, disebabkan awal-awal dah set dalam kepala nak tengok bola sampai ke sudah aku tak dapat nak lelapkan mata. Tup-tup pukul 430 pagi jugak aku tertidur. Huh..samalah halnya kalau aku tengok bola. Rugi je. Ini lah orang kata, yang dikejar tak dapat, yang dikendog berciciran. Mata mengantuk, bola tak dapat tengok.

winner WC2010

Panjang pulak intro aku kali ni. Saja nak selitkan kisah aku sebagai pembuka selera (atau pembunuh selera ) untuk korang baca entri ni sampai abis. Ok, berbalik kepada fenomena WorldCup ni,aku rasa kaum perempuan la paling seronok bila musim bola ni dah abis. Mana tak nya, malam-malam takde lagi kena tinggal dengan suami. Maklumlah musim bola ni, suami lebih prefer lepak kedai mamak dengan member daripada peluk bini kat rumah (oppss..terlepas sudah). Tapi kalau yang jenis kutu malam tu, musim bola ke, musim badminton ke, apa-apa musim sekalipun tak sah kalau tak keluar lepak dengan member. Kesian bini kena tinggal kat umah.

Untuk edisi Worldcup kali ni ada sedikit special berbanding edisi2 yang lepas. First of course benua negara Afrika jadi host dan yang keduanya kemunculan sotong. Euww..sotong pun reti main bola ke? Bukan lah..sotong jadi ahli tilik plak. Itulah kisahnya si Paul ni. Serius, aku rasa Ronaldo, Kaka, Wayne Rooney dan ramai lagi pemain bintang terasa tercabar kerana Paul lebih menonjol dalam WorldCup kali ni berbanding mereka semua. Sotong bukan sebarang sotong. Sotong ni dapat predict 8 match dengan betul termasuklah final match malam tadi. Aku rasa lepas ni harga sotong mesti melonjak naik. Sah-sah sambal sotong kat gerai Mak cik Jah sebelah umah aku tu naik harga.adehhh..

Tapi betul ke sotong tu memang ada kuasa mistik atau 'misteri nusantara' nya? Kalau ditanya soalan tu kepada aku, aku tak percaya sama sekali. Tak baik percaya benda karut-marut ni, silap-silap boleh terpesong akidah. Jangan kerana bola dan si Paul ni akidah kita sebagai muslim tergadai. Na'uzubillah. Kadang-kadang lucu dengan kerenah manusia ni, nampaknya sotong lagi cerdik berbanding manusia. Sehinggakan ada yang nak bunuh Paul gara-gara ramalan si sotong itu betul menyatakan negara mereka kalah. Tak pasal-pasal nanti ada keluar dalam berita tentang Paul diculik, dibunuh atau dimasak kari! Apa lah salah seekor sotong itu.

Paul

Walau apapun dalam menilai situasi seperti ini, aku suka melihat kepada 2 perkara berikut;

Konspirasi
Apa orang kata, Matlamat menghalalkan cara? Haa..apa-apa pun orang sanggup buat demi melaksanakan cita-cita mereka walaupun benda itu salah. Mungkin juga match-match yang di'predict' oleh si Paul ni diatur atau dibeli terlebih dahulu untuk menjadikan ramalan Paul tu realiti. Besar kemungkinan. Mana lah tahu kan. Maklumlah, apa-apa pun boleh jadi dengan duit. Yang kaya nya, tauke-tauke judi ataupun bookies ni.

Kebesaran Pencipta
Kedua, jika teori yang pertama di atas salah, kita perlu melihat kepada ramalan si Paul ni adalah sebagai petanda kebesaran Allah yang menciptakan si Paul tu. Jika Paul hebat, diberi anugerah untuk predict mestilah penciptanya lagi hebat. Itulah hakikat yang harus ditanam. Semuanya kuasa Allah, tiada apa yang mustahil.

Bagi aku, worldcup hanyalah untuk enjoy-enjoy. Aku tak sokong specific team pun sebenarnya. Aku sokong match yang menarik saja. Kesimpulannya, worldcup pun dah menutup tirainya, cakap-cakap bola pun dah abis, bookies pun dah kaya raya.

p/s: perkataan ramalan/prediction terpaksa digunakan untuk menyampaikan maksud yang mudah difahami pembaca. Ramalan si Paul. Betul ke seekor sotong boleh buat ramalan? Apapun aku suka ayat Hasbullah Awang; "bola itu bulat, apapun boleh berlaku". Peace no war.

Bercerita tentang hati, perasaan dan kebahagiaan

Salam,

Hidup ni ibarat roda, kadang-kadang kita di atas, kadang kala di bawah. Kalau pancit, abis lah.huhuu.. Kehidupan kita ni tak selalunya gembira, dan tak juga sentiasa dalam kedukaan. Dalam kemanisan terselit kedukaan, dan yang pasti dalam kedukaan ada hikmah yang menanti. Cewahhh..bermadah pulak aku malam-malam buta ni. Maklum lah..tengah bosan. Nak tidur tak mengantuk lagi walaupun dah pukul 1 pagi.Nasib baik ada blog yang tak seberapa ni, boleh gak conteng-conteng apa yang patut.(membebel sebenarnya). Kenapa agaknya, hati tak tenang.

Ok, bercerita tentang hati dan perasaan ni tak pernah abis. oppss..termasuk bab jiwang sudah. ah, tak kisah la kan, asalkan aku dapat membebel sesuatu. Apa yang istimewa sangat dengan hati ni? Dari hati ni la bermulanya perasaan. Perasaan cinta, benci, hasad, belas kasihan dan macam-macam lagi la. Kalau hatinya sentiasa berbunga, orang panggil dalam hati ada taman. Kan dalam taman ada banyak pokok bunga, betul kan?

Hati dan perasaan ni benda sensitif. Nak jaga hati ni memang payah, tak kisahlah hati sendiri ke ataupun hati orang lain. Ada orang boleh jaga hati sendiri, tapi tak mampu menjaga hati orang lain. Ada pula yang pandai menjaga hati orang, tapi hati sendiri kucar-kacir. Payah.Memang payah nak balance kan keduanya. Hati orang lain nak kena jaga, hati sendiri pun sama. Hidup pun bahagia.

Dalam hidup kita ni, ada beberapa perkara yang penting menjamin kebahagiaan seseorang, sama ada lelaki atau perempuan, sama saja. Ni pendapat aku lah, mungkin ada lagi faktor-faktor lain yang korang rasa penting. Apa bendanya, mari kita list satu-satu:

Pasangan yang baik
Dalam erti kata lain, isteri yang solehah atau suami yang soleh. Hidup miskin takpe, apa yang penting kerjsama! Opss. apa yang penting ada isteri yang solehah atau suami yang soleh. bagi perempuan, sudah tentu memerlukan seorang lelaki yang dapat membimbing mereka dan bagi seorang lelaki, isteri yang solehah itu penyejuk mata hati yang dapat meresahkan jiwa. Cewahh..jiwang pulak.


Anak yang soleh
Setiap pasangan yang berkahwin itu mesti mengharapkan lahirnya zuriat keturunan yang baik dan soleh. Anak yang soleh ni la akan mendoakan kita nanti, bila kita dah meninggal. Sesungguhnya apabila mati anak Adam, terputuslah segala amalnya kecuali tiga iaitu, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh. Ok, jelas.



Tempat tinggal yang aman
Tidak perlu banglo mewah 4 tingkat untuk menjamin kebahagiaan. Rumah besar, tapi kosong tak ada makna, kosong. Yang penting, walaupun sederhana tapi dipenuhi dengan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan yang baik. Rumahku adalah syurgaku.

Kerjaya yang baik
Bagi lelaki faktor ni tersangat lah penting. Nak bagi isteri dan anak-anak makan kena la kerja. Itulah gunanya lelaki sebagai ketua keluarga. Berkerja siang dan malam (over time mungkin), mencari rezeki dan paling penting kerja tu mestilah halal. Tak guna gaji berjuta kalau kerja merompak bank (merompak bank kerja ke??, belasah je la ek)

Hurmm..sebenarnya banyak lagi faktor-faktor lain, tapi untuk malam ni cukuplah setakat tu je aku listkan. Dah banyak sangat aku membebel di pagi-pagi buta ni.

p/s: sebenarnya hanya satu kunci yang membawa kebahagian sesorang iaitu zikrullah (mengingati Allah). Sesungguhnya, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Itulah caranya mendapat kebahagiaan dunia mahupun akhirat. InsyaAllah.

Team Building

Assalamualaikum..

Ok, seperti yang dijanjikan dalam entri yang lepas, kali ni aku akan cerita sikit apa aku buat kat PD hujung minggu lepas. Hujung minggu yang menggembirakan! Mestilah gembira, first time join Team Building company. Sebelum ni kalau join aktiviti luar pun masa kat U je. Memang berbeza.

Aku orang first check in bilik ni..

Nice room

Bertolak dari opis jam 4 petang, sampai kat sana lebih kurang pukul 6 petang. Ohye, tempatnya biarlah aku rahsiakan, tapi dalam kawasan PD jugak. Bila sampai macam biasalah, daftar, check nama group dan check-in bilik. Duk sebilik dengan orang yang tak pernah aku kenal (lain department), ahli group yang 5 orang tu pun aku tak kenal kecuali sorang sebab dia receptionist. Ok la kan, nama pun team building. Hah, siapa jadi group leader? Of course la aku.hehe..

Macam biasa, 3 hari 2 malam penuh dengan aktiviti, indoor dan outdoor. Tapi aku cerita aktiviti outdoor je la. Kalau aktiviti indoor ni, aku rasa semua dah tahu kot..ada main-main game, ada kelas, ada discussion, ada presentation dan macam-macam lagi la.

Aktiviti design bendera kumpulan

group J..lepas tamat

Hari pertama, aktiviti water rafting. Seawal jam 830 pagi dah bertolak ke lokasi camp yang berjarak kira-kira 7 kilometer dari tempat kitaorang menginap. Sampai je, kecut perut tengok air laut. Air tengah pasang, ombak pulak memang tengah ganas, langit dah gelap nak hujan.(situasi sebenar tidak dapat digambarkan dengan picture di bawah) Tapi nasib baik hari tu hujan renyai-renyai je. Kitaorang dibahagi kepada 4 kumpulan besar. Aktiviti ni bermula dengan pertandingan membuat rakit dengan menggunakan 12 batang buluh dan 4 biji tong dalam masa lebih kurang 45 minit. Kena ikat betul-betul bro, nanti tak sampai tengah laut dah terburai kena pukul ombak.

Ombak mengganas, langit gelap nak hujan

Bila dah siap semua rakit, kitaorang kena berakit ke tengah laut amik bendera yang telah dipacak. Nampak dekat, tapi bila dah berakit lenguh tangan mendayung melawan ombak. nasib baik rakit tak pecah, orang tak tercampak. Bila dah amik bendera, patah balik ke darat. Tangan sakit, tekak pun sakit bersorak. Oppss..tak abis di situ, sampai je kat pantai kitaorang kena buka balik rakit tu, simpan semua buluh dan tong di tempat asal. Bayangkan, penat wooo...Team yang pertama lapor diri kepada marshal dikira pemenang.

Lepas tamat aktiviti water rafting

Aktiviti water rafting ni selesai lebih kurang jam 1230 tengah hari, balik ke apartment makan dan bersiap untuk akitiviti yang membuatkan aku sakit seluruh badan. Paintball! First time main paintball, memang excited. Main paintball ni macam biasalah, setiap game ada 2 team yang berlawan nak amik bendera yang terpacak kat tengah2 medan pertempuran.Cewahh..

Setiap orang kena abiskan 50 biji peluru dalam satu game. Bunyi cam banyak, bila dah main, tekan trigger 2, 3 kali dah abis 50 biji. Kalau kena tembak, mak ai..sakit bro.Tak sah la main paintball kalau tak lebam badan, lagi-lagi kalau kena tembak jarak dekat. Bayangkan peluru tu bergerak dalam 85 km/hour...laju tu. Disebabkan aku ni memang perajurit sejati, satu tembakan pun aku tak kena.Ok, aku tipu..terkena gak la tiga, empat das kat badan. Tengok saje la picture kat bawah ni..Serius, main paintball ni boleh tingkatkan semangat jihad nak lawan Zionis Israel! Bagi lelaki aku nasihatkan, pakailah protector yang sepatutnya pada tempat yang sepatutnya. Kalau kena, naya bro...seblah takpe lagi, kalau kena dua-dua, menangis tak berlagu bro.

Open..menembak dan tertembak

sekali aksi macam combat daa..

seorang dah terjatuh ditembak musuh

Sudah selesai main paintball kitaorang main go-kart. Tercapai gak hasrat aku nak main go-kart. Sesiapa yang tak pandai bawak kereta jangan risau, kereta go-kart ni auto, tak perlu masuk gear punya. Mula-mula nak main memang berdebar abis, tapi bila dah biasa dengan pedal minyak dan brek tu jadi senang pulak, yang penting control stereng elok-elok, kalau tak mau jugak boleh terbabas ke tepi. Ohye, sukan go-kart ni sesuai jugak dijadikan aktiviti dating dengan awek . Ops, sorry maksud aku isteri bila dah kawen nanti. Best betul main go-kart ni, sekali feeling macam masuk F1 pulak. hehe..Picture tak sempat aku snap, rugi sungguh.

Semalam kami bertolak balik jam 230 petang. Jalan punya la jem teruk. 30 minit, tak keluar lagi dari PD. Nasib baik boleh naik bas, boleh gak tidur 'sekejap'.

Jalan sesak, hari hujan, tidur pun best


p/s: nanti kalau ada picture lain aku update.

Tazkirah Jumaat: 8 Perkara

Salam,

Sekarang ni kat ofis tengah lengang. Ramai yang dah balik bersiap sebab kami semua nak ke PD petang ni dan menghabiskan hujung minggu yang 'gembira' di sana. Apa bendanya? Tunggu dalam entri akan datang. Ok, sementara duk melepak kat opis ni, aku nak kongsi sikit intipati tazkirah Jumaat yang aku dengar kat masjid tadi. Kebetulan keluar awal hari, sempatlah dengar tazkirah dulu sebelum masuk waktu.


Imam Syafie pernah ditanya dengan 8 perkara, iaitu apakah;
1. wajib
2.terlebih wajib
3.pelik
4.terlebih pelik
5.payah
6.terlebih payah
7.hampir
8.terlebih hampir

Maka dijawab oleh Imam Syafie dalam bentuk syair. Iaitu,
Wajib
atas manusia untuk bertaubat
tetapi tinggalkan dosa itu terlebih wajib
Seluruh masa diguna utk bertaubat itu pelik
Lalainya manusia dari bertaubat terlebih pelik
Sabar tunaikan perintah itu payah
Tetapi luputnya pahala itu terlebih payah
Semua perkara yang diharap itu hampir
Dan mati itu sebenarnya terlebih hampir

Renungkan dan fikir-fikirkan. Semoga menjadi pedoman dan tauladan untuk kita semua. InsyaAllah.

Aku pernah bergelar housekeeper

"Kamu nak minta bahagian mana?"
"Erm,,housekeeping." Kami bertiga menjawab.

Itulah dialog yang berlaku semasa aku dan 2 orang lagi member aku nak mintak kerja part time kat Hotel Armada, PJ sementara menghabiskan cuti sem 2007. Masa tu memang tak fikir kerja lain, yang tahu kalau kerja hotel ni hanyalah housekeeping. Selepas isi borang semua, lebih kurang seminggu lepas tu kami dapat call dari hotel tersebut dan dipanggil untuk interview.

Sesi interview pertama adalah dengan seorang supervisor housekeeping department. Macam biasalah, semasa interview cakap nak kerja full time dan oleh sebab itu terpaksalah kami merahsiakan identiti kami sebagai student. Kalau tak memang tak lepas nya.

"Betul ke nak keje housekeeping ni?, kerja basuh jamban semua. Tak geli ke?" tanya kakak supervisor tu.
"Ye, takpe. Boleh". dengan yakin kami menjawab.

Selepas interview dengan supervisor tu, kami disuruh untuk berjumpa Madam. Madam ni kira HOD la untuk housekeeping department. So banyak lah jugak soalan yang ditanya. Antara soalan yang paling aku ingat, bila dia tanya pasal study background. Memang tergelak sorang-sorang kalau ingat balik.

"Saya repeat SPM, 2 kali tak lepas. Baru amik SPM lagi baru ni. Sekarang tunggu result" kata salah sorang kawan aku. Oh, memang. Dia tipu!.haha..

Lepas tu tiba giliran kawan aku yang sorang lagi. Entah apa dia jawab aku pun dah tak ingat sangat. Tapi tipu jugak. Masa tu aku memang dah tak tau nak bagi jawapan apa yang nak menunjukkan aku ni 'fail' dalam study.

Madam tu hanya mengiyakan saja. Oh..ok. bagus, walaupun aku dapat rasa dia tahu yang kitaorang memang tipu. Ye lah, ketiga-tiga kami bercermin mata dan berwajah skema!! Sure dia tahu kitaorang ni student.

Dipendekkan cerita, kami diterima bekerja dalam housekeeping department tu. So, macam biasa diperkenalkan dengan staff-staff kat situ dulu yang kebanyakannya perempuan dan muda-muda belaka. Seminggu pertama kitaorang dilatih dahulu. Macam mana nak tukar cadar, nak tukar sarung bantal, nak ikat plastik sampah, nak susun alatan dalam bilik, bahkan diajar macam mana nak basuh jamban!

Selepas seminggu training, barulah supervisor ni lepaskan kami kerja, itupun berdua. Ok la. Masih tak pro, kena la buat kerja dengan partner. Dah lama sikit baru lah diberi satu floor seorang. Bayangkan satu floor ada 14 bilik, kau nak kena bersihkan 14 bilik tu sorang-sorang dari pukul 8 pagi sampai pukul 4.30-5 petang. Nampak macam mudah. Kalau bilik tu tak bersepah, senang hati. Mahunya dapat bilik macam kapal pecah, 30 minit pun belum tentu siap.

Hari-hari berlalu, setiap pagi bangun pukul 6. Bersiap terus ke hotel. Punch kad kat guard-house terus ke housekeeping department. Makan dulu kat kantin. Bab ni paling best, makan 3 kali sehari.Free!!hehe.Sehari aku kena bersihkan 14 bilik (satu floor). Penat bro, lepas siap satu bilik..tolak troli yang besar bagak ke bilik sebelah pulak. Kalau tak cukup towel ke, tak cukup sarung bantal ke, kena turun kat laundry mintak stock. Tu yang leceh tu.

Hari-hari kena kemas katil, bersih jamban. Kemas katil, bersih jamban. Lepas siap kemas satu bilik, supervisor datang check. Kalau dapat supervisor yang baik ok la, kalau dapat yang garang tu..berasap la telinga kalau ada benda yang dia tak puas hati.

Banyak benda yang aku belajar sepanjang kerja kat hotel tu. Nak solat, pandai-pandai lah cari masa, yang penting supervisor nak 14 bilik siap dikemas! Solat Jumaat la paling mencabar. Memang tak bagi keluar solat. Tapi kitaorang tetap keluar gak. Sembunyi-sembunyi lah..Kalau dapat tahu memang mati kena sembelih.

Sehinggalah suatu hari semua rahsia kitaorg terbongkar. Allah itu Maha Kuasa. Ada lah satu incident yang menyebakan rahsia kitaorg sebagai student UM dah terbongkar. Malu benar rasanya kat Madam ngan supervisor kat situ, tapi seperti yang aku syak..memang diorang dah tau awal-awal lagi yang kitaorang ni memang student! Mungkin dah ada experience kena tipu kot sebelum ni. hehehe...

Selepas rahsia kami terbongkar, alhamdulillah..masih diterima bekerja. Takde pulak diorang semua boikot kitaorang. Dipendekkan cerita kami kerja kat sana dalam 2 bulan sebelum cuti sem berakhir. Ada hikmahnya rahsia kitaoranng terbongkar awal-awal lagi, kalau tak jenuh jugak nak explain kenapa nak berhenti. huhu..

Pada hari terakhir kitaorang, ada satu perkara yang tak boleh aku nak lupakan.

"kamu bila cuti sem lagi kalau nak kerja datang lah sini. Kamu dah ada experience, terus je datang mintak dengan madam".

Oh..apakah.Aku hanya tersenyum mendengar.

Apapun walaupun aku kerja sebagai assistant housekeeper tak sampai pun 3 bulan, tapi banyak benda yang aku dapat belajar. Dari situ la aku kenal betapa susahnya nak cari duit sendiri...dan yang paling penting tidak memandang rendah kepada orang lain walaupun kerjanya housekeeper!.Lain kali kalo check in hotel tu, fikir-fikir la sikit kalau nak sepahkan bilik sesuka hati. Kesian kat housekeeper yang nak kena bersihkan. Yang paling penting jangan lupa flush jamban! walaupun aku tahu korang bayar untuk bilik tu.

p/s: sorry entry kali ni agak panjang.

Membebel sambil tengok bola

Assalamualaikum...

Agak-agak la..siapa lagi suka membebel? lelaki ke perempuan? Mesti la perempuan kan...lelaki cool je. Steady, macho, rilek. Perempuan ni bila bercakap (membebel) tak ingat dunia, lebih-lebih lagi kalau si pendengarnya adalah lelaki. Sungguh mengambil kesempatan atas sikap lelaki yang cool.

Sebenarnya konsentrasi aku agak terganggu masa tengok match world cup tadi. Ada lah sorang perempuan ni mulut tak berhenti bercakap (aku rasa membebel) kat suami dia (mungkin jugak pakwenya). Si lelaki ni pulak wat bodoh je hisap rokok berbatang-batang sambil tengok bola. Bukan aku nak masuk campur urusan diorang, tapi dah kebetulan dia duduk depan meja aku..nak tak nak terpaksa la dengar jugak walaupun tak tau apa yang dibebelkan. Ok, bersangka baik, mungkin perempuan tu tengah bagi nasihat.

Sakit telinga....(sumber: google)

Cerita pasal membebel ni, takde sape suka kena bebel. Nasib la badan..tak tahan wooo..bingit telinga kalau asyik kena bebel ni. Tak hairan la kalau lelaki mencari perempuan lain.hehehe..Perempuan jangan salahkan lelaki pulak. Ermm, bagi aku la yang tak berapa nak ada pengalaman ni..lelaki lebih memerlukan perempuan yang boleh memberi nasihat dan semangat kepadanya, bukannya yang hanya tahu bercakap. Cewah pandai sungguh aku. Opss terperasan la pulak.

Oh, agaknya perempuan suka membebel sebab nak tunjuk rasa sayang kot. Mungkin jugak. Siapa tahu kan, itu cara perempuan meng'ekpresi'kan rasa sayangnya. Allah ciptakan manusia ni bermacam-macam. Lelaki tak sama sifatnya dengan perempuan, dan saling memerlukan. Itulah fitrahnya. Jadi, lelaki-lelaki semua jangan tension bila isteri anda membebel!

p/s: kenapa aku pulak yang membebel malam ni?

Just Do It

“If you don't like the way the world is, you change it. You have an obligation to change it. You just do it one step at a time.”

Marian Wright Edelman

Gadis bertudung merah

Sebenarnya telah lama aku mencari seorang kekasih! Siapa yang mahu menjadi kekasih aku? Bukannya kekasih yang "teman tapi mesra" tetapi kekasih yang halal untuk aku. Aku selalu berdoa untuk mendapatkan kekasih yang baik, yang sesuai untuk aku.

Pada suatu hari, aku terpandang seorang wanita. Sungguh anggun dengan tudungnya yang berwarna merah. Sungguh cantik dan solehah pada pandangan aku. Tiba-tiba..aku terdengar..



erm..sungguh best lagu ni.. tapi aku terfikir kenapa tudung merah, bukan hijau ke, kuning ke. Apapun credit to wali band. Lagu diorang memang best dan bermakna.

p/s: 'aku' dalam cerita dia atas adalah BUKAN penulis.

ICA and Subsea Asia Exhibition

Salam,

Minggu ni kerja tak berapa banyak kat office. Project yang aku handle dah pun siap, report pun dah hantar. Ok, bukan pasal report itu yang aku nak cerita kali ni tapi pasal exhibition yang sempat aku pergi pada hari ni dan hari semalam.

Exhibition yang pertama (8-10/6/2010) adalah ICA 2010. ICA ni lebih fokus kepada instrumentation dan automation industri exhibition termasuk lah jugak laboratory punya instrument.
Pas masuk ke ICA 2010 Exhibition

Yang keduanya adalah Subsea Asia. Ni antara exhibition yang grand dalam Oil n Gas industry selain dari OGA. Exhibition ni banyak display pasal technology dan equipment baru dalam Oil n Gas industry lebih-lebih lagi untuk offshore side.

pas masuk ke Subsea Asia Exhibition

Best jugak dapat pergi exhibition ni. Selain daripada dapat menambah ilmu dan kenalan, dapat juga cenderamata kalau rajin tunjuk muka dan ramah bertanya kepada exhibitor yang ada. Ohye, kedua-dua exhibition ni berlangsung kat KLCC..

Ada apa dengan engineer

Salam,

Sedar tak sedar dah cukup setahun aku kerja. Kerja sebagai engineer. Alhamdulillah, masih di company yang sama. Pencapaian untuk setahun??Hurm..banyak yang dapat aku belajar sama ada yang relate dengan kerja secara langsung ataupun tak. Tapi yang pasti, sebagai seorang engineer, setahun pengalaman is nothing especially in Oil n Gas industry.

Kalau dulu-dulu masa zaman sekolah menengah, orang cakap kalau nak jadi engineer kena pandai subjek fizik. Betul tu, tapi yang paling penting adalah math. Semua subjek engineering ada math, kalau tak banyak sikit pun ada. Subjek math kat U tak payah cakap la. Semua ada, calculus, algebra, differential equation dan etc. Sampaikan satu tahap di mana seorang undergraduate engineering student terfikir adakah dia ingin menjadi mathematican atau engineer!

Bila dah kerja? Totally different dengan apa yang belajar. Again, you need to learn new things. Degree hanya lah platform untuk kerja. Orang kata engineer ni busy je memanjang, kerja tak tentu masa. Bagi aku ia bergantung pada bidang dan job scope masing-masing. kalau aku, tiap-tiap hari duk goyang kaki je kat office, sebabnya aku memang suka buat kerja sambil goyang kaki.heee..kerja tak tentu masa, kadang2 busy dan jarang-jarang rilek!

p/s: dapat offer kerja. gaji ok..job function tak berapa nak ok.



Blogger Templates by Blog Forum